November 24, 2010

7 Orang yang Lebih Kurang Sama dengan Kita - Percaya atau Tidak ?



Kembar Olsen . Paling femes dan berjaya .

Pernah dengar tak orang cakap ? :

" Dalam dunia ni akan ada 7 orang yang muka lebih kurang sama dengan kita ? "

Pernah dengar tak ? Hah ? Tak pernah ? Oh . Ada mungkin ketinggalan kerana tidak mengikuti perkembangan dunia masa kini . =_____=

Aku dulu memang tak pernah dengar pun statement macam ni . Lepas aku jumpa orang pertama yang lebih kurang macam aku , baru aku dengar . Terus cakap dalam hati : " Ohhhhh , macam tu ke ? "

  1. Cik Alina Binti Mohammad
Dia adalah orang pertama yang aku jumpa muka lebih kurang dengan aku . Cik Alina ni warden hostel masa aku kat sekolah teknik dulu . Orang yang pertama tegur muka sama adalah warden asrama jugak , Cikgu Adam . Memula aku takdelah nak ambil serius sangat . Ingat dia sekadar mahu berlawak tapi kalau dah asyik cakap benda yang sama je , mesti ada betulnya kat situ kan ?

Bila cikgu Adam dah tegur muka kami sama , barulah yang lain pun cakap : " A'ah lah . Muka kau sama dengan Cik Alina . Sejibik . " . Baik satu dorm , apatah lagi satu geng or satu prep . Semua mengatakan perkara yang sama . =_____=

Pada mulanya , aku macam rasa takdelah sama pun . Lain je . Tapi bila tengok banyak kali , hmmm ... ok . Mungkin mereka betul . Pendapat aku , mungkin sama sebab kami berkaca mata . ( skema ) . 

Sejak tu , bila ramai dah tahu gossip yang tak berapa ni , asal nampak aku ke , Cik Alina ke , mesti ada je yang ringan mulut bertanya : " Eyh , kakak mana ? " =_____=

Itu kembar aku yang pertama sekali aku jumpa . Ingatkan habis kat situ je . Kemudian , tak sangka ... aku akan jumpa kembar aku buat kali kedua . Kalau dulu masa aku masih sekolah menengah , yang kedua ni pulak boleh terjumpa masa aku belajar di UiTM Shah Alam .

Agak-agak ini kebetulan atau suratan ? ( Macam lagu pulak . Senyum )

Kembar yang kedua ni aku memang tak akan tahu kalau Puan Khalida ( lecturer aku ) tak tegur aku . Ada satu hari tu , aku ada kelas dengan dia . Entah kenapa , hari tu dia memang kejap kejap tengok aku , kejap kejap tengok aku . Aku dah cuak masa tu . Bukan cuak apa , cuak takut kena tanya soalan . ( sengih-sengih )

Sekali je , agaknya bila hati dia meronta-ronta , terus dia tengok aku dan bertanya :

Puan Khalida : " Awak ada kakak tak ? "
Aku : " Ada . "
Puan Khalida : Dengan muka terkejut . " Belajar kat Singapore eyh ? "
Aku : " Eyh , tak . Kakak saya belajar kat sini jugak lah dulu . Tapi sekarang dah jadi cikgu. "

( Dalam hati ... bila pulak lah kakak aku boleh sambung belajar nun kat negara singa tuh ? )

Puan Khalida : " Oh , yeke ? " . Bunyi macam frust sikit .

Terus dia cakap kat satu kelas :

" Semester depan ada sorang lecturer . Sekarang masih ambil Master kat Uni Singapore . Muka dia sebijik macam awak , Nailah . Ingat kakak awak . Tapi memang samalah . Nanti awak tengok , jumpa sediri . Sama ke tak . "

Aku masa tu dah ... " Laaaa , takkan ada lagi kot muka yang sama dengan aku yang aku akan jumpa ? " . Hmmmmm . Masa Puan Khalida cakap tu , aku rasa , masa tu semester 2 . Bila naik semester 3 tu , memang takde peluang langsung nak jumpa or tengok sendiri lecturer yang dikatakan mirip dengan aku . Tapi , ada jugak kengkawan aku or merangkap senior yang bagitahu perkara sama .

Senior 1 : " Weih , ada lecturer tu sejibik macam kau . Pakai tudung sama . Mata bulat . Perangai pun lebih kurang sengal jugak macam kau ! " =_____=

Aku ? Senyum .

Senior 2 : " Eyh , haritu aku ingat kau , tau tak ? Bila aku panggil , tak toleh ! Sekali je baru aku perasan , bukan kau . Rupanya Puan Farah . "

Oh . Baru aku tahu . Kembar seterusnya yang aku akan jumpa ni bernama Farah . Puan Farah . Tak habis di situ , Nisah pun bagitahu benda yang sama bila dia pun tersalah orang . Dia ingat Puan Farah tu aku masa dia nak pergi kelas .

Makin lama , makin ramai bagitahu benda yang sama . Aku pulak masa tu memang tak puas lah selagi tak tengok orangnya . Sehinggalah ternyata memang kalau dah kata kembar kan , mesti ada jodoh . ( Muntah ! )

Bila masuk semester 4 , setiap student kena buat invidual final thesis untuk grad degree kan ? Haaaa jangan tak tahu , supervisor yang aku dapat masa tu , dialah ! Puan Farrah Norizzah Mohd Yusoff . ( Nama penuh kau ! Kata supervisor . Senyum . ) 

Aku ingat lagi , kali pertama aku jumpa dia , berdepan dia , masa aku nak tunjuk thesis aku . Nak propose tajuk aku buat . Reaksi aku ??? 



Reaksi seperti budak ini .

Speechless kejap . Eyh , kenapa tetiba rasa macam aku tengok diri aku sendiri ? Serius . Cara dia pakai tudung . Mata dia . Dia pakai eyeliner . Lebih kurang memang sama . Kebetulan ? Dah dia tengok aku macam tercegat depan pintu bili dia , terus dia tegur aku :

Puan Farah : " Kenapa ? Terkejut ? Lama saya tunggu awak . Teringin jugak nak tengok kembar saya yang orang ramai dah kecoh ni . "
Aku : " Eyh , yeke ? Haaa tu lah . Ramai pun bagitahu saya jugak . Saya pun dah lama tunggu nak jumpa Puan . Asyik dengar orang cerita je kan ? "

Dua-dua terus gelak . Pertemuan pertama yang membuatkan kami tersenyum sendiri . Sejak tu , jangan kata budak kelas , budak kelas lain pun suka je cakap : " Kakak kau sihat ? " , takpun , " Eyh , tadi aku nampak kakak kau ! " . Lagi sadis , bila budak kelas contohnya taknak buat kelas subjek dia : " Eyh , cakaplah kat kakak kau , tak payah buat kelas ... bla bla bla ... " . ( semester 4 tu dia bukan merangkap supervisor aku je tapi lecturer subjek aku dalam masa yang sama )

So , sekarang ni , kalau termasuk aku dah 3 orang lah manusia yang aku jumpa lebih kurang sama dengan aku . So , ada lagi 4 orang yang aku belum jumpa or takkan jumpa or mungkin juga boleh terjumpa . Siapa tahu kan ? Korang pulak macam mana ? Pernah jumpa tak ?

cerita kecil sampingan :

Laki aku selalu sangat , orang akan tegur and cakap muka dia sangatlah familiar . Selalu sangat lah . Lepas tu , yang tegur tu mesti perempuan . =_____= . Cemburu ? Ohhh tidak ! Paling ketara nak tahu bila ? Masa dalam flight nak balik Malaysia baru-baru ni , ada sorang stewardass perempuan ni . Cantik lah . Sekejap-sekejap lalu tempat kami . Bila lalu je mesti dia tengok laki aku dengan muka berkerut sampailah dia sendiri tegur laki aku :

" Eyh , you look familiar lah ! Pernah kerja dengan any airlines tak ? "

Aku yang terdengar , terkejut bila perempuan tanya yang laki aku pernah keja airlines ke tak ? Kejadah nak kerja airlines ? Haishhhhhh . Laki aku ? Banggalah . Apa lagi ? Bangga sebab berangan muka dia pemessss sangat ! Tak kuasa nak layan . ( jelir lidah )

5 comments:

  1. jan penah dengar jugak neklah.. & jan dah pun jumpa beberapa org yang seiras.. tp statement yang jan dgr bukan takat "kita ni ada 7 org yg muka seiras dgn kita.." neklah.. huhu yang jan dengar, kalo kita dah jumpa cukup 7org muka seiras dengan kita, alamatnya nyawa kita dah tak panjang la tuh.. (kononnya sign ajal dah nak tiba..) uuu~ ntah ape2 je..

    ReplyDelete
  2. Hahhhh ??? pulak dahhh ?? mengarut betul lahhhhh ! boleh pulak camtu ??? hihihihi . ( takut lak ni .)

    ReplyDelete
  3. ahaha.. alah neklah.. jan pun rasa ngarut la.. jodoh & kematian kan rahsian tuhan.. hihi (agak takut juga, miahaha.. jan pun dah jumpa ramai muka sama ngan jan.. ;D)

    ReplyDelete
  4. waaa yeke ? neklah jumpa sendiri baru 2 orang tu je lah . kalau yang lain tu , like ade certain cakap neklah macam muka kazen lah itulah inilah . heheheh . kira beruntung sbnrnye sbb tahu kan ade org lebih kurang sama dgn kita dari yang mmg xpenah jmpe or tahu . ;)

    ReplyDelete
  5. aku tak pernah nampak "kembar" tapi ada orang pernah tegur aku semasa aku pergi temuduga dan mati mati budak perempuan cina ini mengatakan aku ni kawan dia padahal aku tak pernah nampak atau kenal orang itu. Aku berterus terang " Do I know you and have we met before ?" Bila aku tanya pakcik ini dia cakap memang dalam dunia ini ada 7 kembar dalam dunia tapi berbeza perangai tapi tak pernah nampak pulak depan mata aku sendiri. kalau tidak masakan ada orang tegur aku .. Itu yang pelik nya

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...