May 19, 2011

Stroller Jenama FENDI


Assalamualaikum.

Semalam lepas dah siap solat Maghrib, terus siap-siap nak keluar. Nak pergi Mall of Arabia. Sebab aku teringin nak makan Oreo Madness dekat TGI Friday. Dah lama tak makan. Bila puasa, macam tu lah jadinya! Segala benda nakkkkkk! 

Nasib baik tekak aku takde nak makan makanan Malaysia yang memang takkan dapat kat Jeddah ni. Melainkan kalau manisan, pasti aku terus terbayang kemeriahan warna yang ada kat Kek Lapis Sarawakkk! Ya Allah .. sedapnyaaaa kek lapis Sarawakkk! Menangis agaknya kalau dapat makan sekarang jugak! Huuuuu. T____T ( Manalah aku tak gemuk kan? )

Lepas dah siap tu, terus gerak ke Mall of Arabia. Kat negara Arab ni, kalau kau keluar lepas Maghrib, boleh kata jalan tak berapa nak jammed sangat sebab orang Arab ni suka benor keluar lepas Isyak atau dah nak pukul 10 malam baru keluar. Spesies burung hantu sebenarnya dorang ni. Aku pun dah nak berjangkit jugak sebab pe'el aku, kalau boleh solat, nak keluar awal tu, amatlah terkedek-kedek aku nak siap! 

Kalau boleh, nak keluar lepas dah siap urusan solat Isha'. Baru senang hati sikit nak jalan. Tapiiiiiii ... memandangkan semalam aku tak masak apa-apa untuk aku makan berbuka, sekadar minum air kosong je, terpaksa jugaklah keluar awal. 

Itupun sampai dekat Mall, orang dah start solat Isha'. Jadinya, bila dah dapat parking kereta tu dan nak masuk Mall pun, saja lagi jalan terkedek-kedek sebab tahu, bila waktu solat ni, memang takkan ada satu butik atau restoran makanan apa sekalipun akan bukak. Semuanya tutup sebab nak bagi ruang manusia yang bertuhankan Allah dan beragama Islam untuk melupakan seketika hal duniawi dengan menunaikan dulu kewajipan kepadaNya. Heh.

Bila aku jalan nak masuk ke Mall tu kan, baru je tapak kaki aku ni nak melangkah masuk .. mata aku dah terpandang sesuatu ...

Korang boleh kata aku jakun ke apa dan aku boleh cakap korang pun akan jakun jugak sebab benda yang aku nampak adalah sangat rare sekaliiii melainkan kalau kau memang duduk kat Amarika ataupun Eropah.

Nak tau aku nampak apa? 0____o

Aku nampak ni ...

.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar ni memang sama dengan stroller yang aku nampak semalam cuma stroller semalam agak dah lusuh sedikit. Mungkin dah guna dalam tempoh yang lama. 

Ya. Aku nampak satu pasangan suami isteri ni tolak STROLLER FENDI! FENDI okayyyy! Bukan Quinny ke, kejadah brand stroller glamer apa sekalipun. Bukan. Tapi stroller FENDI!

Nak terjojol bijik mata aku tengok stroller tu. Dalam hati aku berkata : " BAPAK GILA KAYA ORANG NIIII! STROLLER PUN NAK FENDI KE? perghhh! Perghhh! PERGHHHHHH! ".

Aku tengok sampai kepala aku naik teleng. Ekor je nengok sampai pasangan tu hilang entah ke mana. Mulut pulak tak reti nak berhenti cakap : " Fendi siotttt! Fendi! ". Terkumat kamit mulut aku tak berhenti. Kalau zikir kan bagus macam tu ... Kahkahkah.

Aku ni, kalau perempuan Arab usung sana sini bawak beg tangan Fendi, aku memang tak heran ah sebab memang bersepah gila pakai beg tangan Fendi kat sini. Pergi pasar beli ikan pun pakai beg tangan Fendi. Kau nak heran apa kan?

Tapi ini stroller Fendi. Memang ah gua heran jakun tahap langit ke lapan kan? Tak kisah ah kalau kau orang nak cakap aku jakun tapi memang aku jakun pun.

Kagum kejap aku. Tahap kaya orang Arab ni memang luar biasa. Cuma orang Arab ni, kaya macam mana pun, ada yang masih hidup sederhana. Takde nak bermegah mana. Nak menunjukkan kekayaan ke apa ke. 

Aku rasa kalau program tv Amarika yang Crib tu tunjuk kekayaan orang Arab Islam kat Saudi ni, mau orang Amarika terduduk kot? Yelah. Selama ni kan, orang Amarika je yang rasa dialah ramai rakyat paling kaya tahap billionair. Cuma kau datang sini? Kau tengok sendiri. Berani? Heh.

Duduk kt negara Arab yang kaya dengan minyak ni, kadangkala buat aku lebih mengerti dan paham bahawa, kekayaan itu pada mereka hanya duniawi. Kau akan lihat, kaya macam mana pun orang Saudi ni, tiba waktu solat dan azan, mereka terus tunduk pada Ilahi menunaikan tanggungjawab dan kewajipan padaNya.

Tak macam setengah negara Islam lain termasuk lah Malaysia. Dah bunyi azan pun masih lagi buat tak tahu. Siap tak solat pun ada. Sangat berbeza dengan orang kat sini.

Semoga sifat mereka kekal begitu. InshaAllah.

Sekian. Masalamah!

3 comments:

  1. kawan aku name effendi x heran pun

    ReplyDelete
  2. tu sbb dorg kaye kan.sampai masa tunaikan waktu,bukan mcm kite.solat kemana2,kejar harta je.

    kalo g pasar bwh fendi mmg dasayt lah kan.

    ReplyDelete
  3. @afiq : Yelah. Kawan kau nama Effendi. Boleh mintak dia barang FENDI. Kan?

    @rara pinkmafia : Yup. Mungkin. Segalanya seiring. Dunia akhirat seimbang. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...