May 21, 2011

Terapi Untuk Azman


Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya laki aku tak berenang as for his terapi untuk tangan dan kaki dia yang patah masa eksiden dulu. 

Seperti biasalah, selalunyaaaaaaaaa ... kalau dia ajak, kalau tak aku yang malas, kekadang, dia pulak penat. Lagipun, sekarang ni, laki aku kerja tak kira masa sebab banyak job luar yang dia amik. 

Rezeki. Alhamdulillah.

Tapiiii ...

Even takde nak pergi berenang pun, kami ganti aktiviti berenang tu dengan berjogging tepi pantai Red Sea dekat Corniche. 

Semua tu keperluan untuk kebaikan kaki dan tangan dia kalau nak cepat sembuh sepenuhnya dengan baik. Bukan nak kata laki aku tak sembuh lagi. Ikutkan dah ok dah cuma sekarang kan, dalam tangan dan kaki dia masih ada lagi besi, jadinya, aktiviti bersukan ni memang bagus lah sebagai terapi. In case, kalau besi tu dia nak keluarkan ke apa, takde masalah. Mungkin. InshaAllah.

Kenapa tak buat terapi kat hospital? 

Memang tak dapatlah kan. Membazir duit je. Baik terapi sendiri. Lagi senang. Lagipun, sebelum keluar hospital dulu, ada doktor terapi dah ajar, senaman apa yang bagus dibuat untuk tangan dan kaki dia yang patah tu. 

Salah satunya, berenang dan berjogging lah.

Dan disebabkan dah selalu sangat jogging, mungkin laki aku dah boring. Itu yang agaknya tetiba dia ajak, berenang balik.

Tapi aku tetap sedih sebab tetap tak dapat nak berenang. Rinduuuuuuuu sangat nak berenang! T_____T




( Akhirnya selipar Aldo tu berjaya jugak digunakan untuk ke pantai. Sejak beli kat Doha dari bulan Februari, barulah bulan Mei dapat jejak kat pasir pantai. 

Sebelum ni setakat jejak lantai dalam rumah je. Hehehehe. )




Kesian laki aku. Selalunya kalau picnic begini, aku buat bekal macam nasi goreng ke apa ke, tapi aku bawak badan je haritu! Hahaha.

Mood kemalasan memang melanda. Lagipun memang tak sempat pun nak buat bekal bagai. Bukan lama pun duduk tepi pantai tu. Adalah dalam sejam lebih. 

Aku cuma bawak air masak je. Keropok ke apa ke, memang tak bawak langsung! Hahaha. 

Agak sangap jugaklah sebab sepanjang laki aku berenang tu, aku blur je tak tau nak buat apa. Sudahnya? Online je dekat phone. Itupun kene beringat. Kang tak pasal dapat bil telefon dekat seribu lagi! Mampuih nak bayar! =____=

Lepas laki dah puas berenang-renang, gerak balik. Itupun sepatutnya sampai rumah awal, tapi laki aku ajak pusing-pusing entah ceruk mana entah. Rasanya aku lalu dekat tapak projek Kingdom Tower Jeddah tu tapi tulah, sepanjang pantai tu banyak sangat projek nak naik. Taktau yang mana satu.

Sampai rumah dalam pukul 10.30 pagi. Terus aku pung pang, pung pang kat dapur, buat kerja sikit. Lepas tu, baru aku terus terbongkang dalam bilik tak ingat duniaaaaaaa sebab aku memang penat dan sangat mengantuk! Tak cukup tidur. Heeeeeee.

( Jadi suri rumah sepenuh masa pun penat tau! Ada je kerja nak kena buat! Tapi itu tanggungjawab. Heh! )

Sekian. Masalamah!


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...