Assalamualaikum.
Semalam petang, awal-awal lagi suami terchenta dah hantar pesanan ringkas ke telefon bini ...
Laki : " I balik lambat sikit sebab nak singgah kedai kopi kejap tau. "
Aku : " Baiklah. Kalau singgah Subway, belikan cookies. Nak 5 keping!. "
Hambek kau! Tak beragak! Sekali 5 keping cookies dikirim. Manalah badan tak macam permainan yoyo sebab kejap naik, kejap turun. Kang minggu lepas, dah elok dagu dari tiga lapis ke dua lapis je ... minggu ni, kang dagu kembali tiga lapis! =_=
Ok. ADA AKU KESAH? 0_O
Baiklah.
Disebabkan nak tambah lagi dagu jadi SAMPAI ENTAH BERAPA LAPIS lagi, aku dengan rasa SANGAT RAJIN dan KONON NAK JADI SEORANG ISTERI YANG RAJIN BUAT MINUM PETANG ( Padahal dah berminggu tak buat. Hahaha. ) ... aku pun buatlah ini :
Meatball Kambing!
Konon macam nak jimatlah taknak makan dekat IKEA dah tapi bila dah buat banyak kali ni, aku pulak dah NAIK BORING dan rasa macam : " Ahhhhhhhhh, nak makan kat IKEA je lah lepas ni!. ". Kahkahkahkah.
Tengah suka ceria dan gembira goreng meatball kambing tu, jap lagi laki aku balik. Yang aku kagum tu, dia bukan balik bawak beg plastik kedai kopi je tapi siap dapat SHOPPING BAG kedai kopi tu! Ya Allahhhhhh!!!
Dah tengok dapat shooping bag besar-besar, memang aku dapat mengesahkan yang laki aku ni BUKAN SETAKAT BELI KOPI SAHAJA tapi ini mesti dia ada BELI BARANG SAMPINGAN punya!
Dengan rasa SANGAT KEPOH, aku terus tinggalkan meatball yang nasib baik dah siap goreng dan terus geledah apa yang terkandung dalam shopping beg itu. Tengok-tengok ...
Rupanya laki aku pegi borong gula-gula, coklat juga kekacang dekat kedai kopi tu! Tengoklah tu. Beli gula-gula siap bungkus macam tu. Siap lapik dengan PINGGAN BERAT DAN PASTI MAHAL pulak tu! Ini sudah lebih ...
Dan dengan rasa kepoh dan SANGAT GELOJOH lagi, aku bukak semua kacang, gula-gula dan coklat yang laki aku beli tu ...
Ini gula-gula dari Turki. ( Aku bagitau sebab takut ada yang buta huruf. Hahaha. )
Ini rupa gula-gula tadi. Ini perisa Oren.
Gula-gula ni macam gula kenyal-kenyal tu. Entah apa nama tapi kat PASAR MALAM BERLAMBAK ah yang warna-warni tu tapi ni kira VERSI MAHAL DAN LEBIH BERKUALITI. Boleh lah. Sedap jugak. Rasanya tak manis macam kat pasar malam tu.
Kau jangan INGAT AKU NAK HINA ORANG BELI GULA-GULA KAT PASAR MALAM pulak eh? Aku cakap macam kat atas tu, sebab aku nak BUAT PERBANDINGAN. Jangan nak 'SAKIT BONTOT' pulak! Lagipun, aku beli jugak makanan serta cikedis dekat pasar malam. Ok?
Selain gula-gula tu, ada jugak terselit coklat yang YA ALLAH! SANGAT CANTIK DAN RASA SAYANG NAK MAKAN juga rupa seperti RANTING KAYU kat pokok ...
Sedap ohhhhhh coklat ni! Silap-silap kalau makan sambil tengok tv, AKU SORANG MAKAN DAN HABISKAN pun bolehhhhhhh!
Tapi laki awal-awal dah sound bini :
Laki : " Oiiii, coklat tu jimat eh? Bukan sehari suruh habiskan. "
Aku : " Yelah. " ( Terus terbantut nak makan tapi sempat curik 5 batang coklat ranting! Kahkahkah. )
Lepas tu, aku pulak tanya laki aku ...
Aku : " Ni berapa ratus habis ni beli benda ni semua? . "
Laki : " Adalah. Rahsia. Tapi beratus lah jugak. "
Tengok? Budak ni memang pandai kalau NAK SELAMATKAN DIRI. Memula nak marah tapi tak jadi sebab LAKI BARU DAPAT GAJI ghupenyer! ( Sengih lebih sikit. Heeeeeeeeeeeeeeee~ )
DAPAT GAJI BINI MANA BOLEH MARAH-MARAH LAKI KAN? Hahahahahahahaha. Jadinya, bini senyum je lah sebab sekurang-kurangnya, aku tahu, laki aku ni, pergi lah beli apapun, mesti dia ingat aku. MESTI DIA BELIKAN APA-APA UNTUK AKU.
Apapun, terima kasih untuk laki sebab dia bersusah payah sebenarnya nak belikan aku kopi Arab sebab semalam aku migrain sebab paksa diri minum kopi cap Kapal Api. Aku memang jenis tak boleh minum kopi murah. Nanti mesti migrain datang.
Kau boleh cakap aku berlagak tapi tu adalah kebenaran. Sekurang-kurangnya laki aku tahu dan kopi Arab tu pulak sedap dan jimat! Hehehe.
Nanti aku tunjuk macam mana nak buat Kopi Arab sebab nak buat kopi Arab serius tak sama macam buat air kopi biasa. Buat kopi Arab, kau kena MASAK DEKAT ATAS DAPUR GAS! Nanti aku buat entri eh? Tunggu jelah. Ok?
Sekian. Masalamah.
bestnye choc kak ! hee
ReplyDelete@maryam - Nak ke? Meh datang sini. Banyak sangat coklat kat rumah ni. ;))
ReplyDelete