May 8, 2011

Bunyi Muzik Yang Tidak Di Ingini


Assalamualaikum.

Dulu, salah satu sebab cari dan pindah rumah sewa lain adalah disebabkan sikap jiran bawah rumah aku yang kerap buat pesta muda-mudi dengan bunyi muzik yang sangat kuat sehingga menggangu waktu tidur kami lakibini. Ingatkan bila dah pindah rumah baru ni, dah boleh aman damai lah kan. Tidur dengan lena ...




Tapiiiii ....

Malam tadi dalam pukul 12 tengah malam macam tu lah, jiran atau Tuan Rumah, entah buang tebiat ke apa ke agaknya ... boleh pulak bukak muzik sekuat hati sampai bergegar lantai kat bilik aku! Bukan setakat lantai je bergegar, kipas ekzos dalam bilik air pun bergegar sama! Memang sah lah kan dia punya muzik tu aku rasa pada kadar bunyi paling tinggi dan tahap takyah tinggikan bunyi muziknya lagi! =_____=

Dah lah malam tadi laki aku memang memerlukan masa tidur yang berkualiti sebab dia nak stay up untuk siapkan kerja sampai ke Subuh. Dan dan tu jugaklah jiran bawah ni dok jugakkkkkkkk nak bukak and pasang bunyi muzik kuat-kuat ikut suka hati doranggggg! Macamlah kan takde orang kat tingkat atas rumah dia ni kan? 0_o

Selalunya, jiran bawah ni takdelah pulak nak perangai macam tu. Elok je perangainya. Kalau dorang nak bukak muzik kuat sekalipun, memang tak lama dorang bukak. Lebih kurang dalam setengah jam je. Tapiiiiii ... malam tadi punya muzikkkkkkk ... mak aiiiiiiiiiiiiiiii!!! Aku pun jadi pening kepala dan boleh datang migrain dengan tiba-tiba. T______T

Dahlah malam tadi aku tidur lambat! Masuk tidur pun dah dekat pukul 1 pagi. Aku memang jenis senang tidur. Letak kepala memang boleh tidur je terus tapi ini disebabkan bunyi muzik yang entah bila nak tutup, kesudahannya, aku dapat betul-betul tidur dekat pukul 3 pagi! Jenuh gila nak paksa diri untuk tidur. Siap tutup sorok selubung badan dalam selimut. Siap jugak tutup telingan dengan muka dengan bantal tapi tetap susah jugak nak tidur dengan lena sebab bilik bergegar-gegar bergema dengan bunyi muzik kuat yang macam tu.

Kalau muzik tu sedap, takpelah jugak. Ini ....

Entahlah. Pada aku, orang Arab ni perangai dorang memang dah solek kalau bab solat ikut waktu tapi kalau kau solat tunggang terbalik macam mana pun tapi hidup tak reti nak ada rasa hormat pada jiran tetangga, pun rasa macam tak berbaloi jugak! Ye dok?

Sebab dalam agama Islam sendiri kan, kita dah diajar. Kalau kita hidup serumpun berjiran, kita kena ada saling hormat menghormati dengan jiran lain tetangga kita yang lain. Kita sama sekali tidak boleh sakiti hati jiran kita. Apatah lagi kalau mengganggu ketenteraman jiran kita.

Nasiblah baiklah aku ni tak punya anak kecil lagi. Kalau ada anak dan anak aku tak boleh nak tidur, mahu aku turun bawah pergi ktuk pintu rumah jiran suruh dia senyap sikit! Huhuhuhu.

Agaknyalah kan, hidup kat sini, memang susah nak dapat jiran yang boleh menghormati erti hidup berjiran. Setakat nilah, aku tak pernah dan belum lagi aku jumpa dan dapat berjiran dengan 'jiran' yang sebenar-benarnya jiran! =___=

Pada aku lah, kalau malam, aku lagi rela dengar bunyi bising budak-budak main kat luar tengah malam dengan terpekik terlolong, jerit memekik memekak sana sini sesama dorang dari aku diganggu dengan bunyi muzik yang cukup buat aku pusing kepala!

Sudahnya, pagi ni, bangun tidur, tahap pening aku dah rasa macam aku nak cabut kepala aku dan kasi hentak dekat dinding kuat-kuat! Sampai rasa nak migrain jadinya. 

Alahaiiiii ... memang dugaan betul lah! Bilalah masalah jiran ni nak selesai kan? Nasib .. nasib. Hanya Allah lebih tahu segalanya!

Korang yang hidup berjiran tu, tok sah ler buat perangai macam ni ok? Buat tambah dosa je nanti. Nanti Tuhan marah tau kalau kita sakiti jiran tetangga kita. Hehehe.

Sekian. Masalamah!

Sent from iPhone by Mobily

2 comments:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...