May 18, 2011

Jatuh Dari Tingkat 16 Sebab Nak Elak Dari Dicekup.


Assalamualaikum.

Itu tajuk yang aku baca dekat MyMetro tadi. Tajuk tu siap jadi tajuk utama kat muka depan surat khabar online tu. Terkesima kejap bila baca tajuk berita macam tu. Sedih pun ada. Sedih sebab mati dalam keadaan yang sungguh mengaibkan. Asatgfirullah Al-Azim.

Boleh dikira, bukan kali pertama aku baca berita sebegitu dekat surat khabar. Kalau tak silap, rasanya, tahun lepas aku ada baca perihal yang sama. Tapi dekat Kosmo! Online. Sedih. Sangat sedih.

Memang ajal itu di tangan Tuhan tapi ... T_____T

Entahlah. Sukar nak diterangkan. Bayangkanlah perasaan Mak Ayah si mati. Apa perasaan mereka? Menerima jenazah anak yang mati dalam keadaan yang macam tu. Keadaan yang cukup memalukan. Nak diluah rasa marah, memang dah terlambat. Akibatnya, segala perilaku buruk si pelaku, Mak Ayah serta seluruh keluarga yang terpaksa menanggung malu. Tak kasihan kah?

Kes maut yang berlaku dulu, yang aku baca dari Kosmo adalah masih remaja lagi tapi yang baru-baru ni, adalah lelaki tua yang sudah berusia 62 tahun dan seorang bekas polis pula! Si mati didapati berdua-duaan dengan seorang wanita yang juga lewat usianya. =___=

Apa nak jadi lah dengan sikap manusia sekarang? Lagi-lagi yang beragama Islam.

Sebetulnya, usia sebegitu, masa kena lebih dipenuhi dengan persiapan menghadapNya. Tak kira sebenarnya, dah tua baru nak bersedia ke apa, sebenarnya, dari usia muda lagi kita kena sentiasa bersedia untuk kembali kepadaNya sebab kita tahu yang Izrail itu boleh menjemput kita tak kira berapa usia pun kita ini.

Mintak dijauhkanlah diri kita, juga keluarga dan rakan-rakan dan umat Islam seluruhnya supaya tidak pergi menghadapNya dalam keadaan yang sungguh mengaibkan begitu. Minta simpang Malaikat 44! Takut sungguhlah. 

Mintaklah doa, pohonlah doa kepadaNya supaya kita dijauhkan mati dalam keadaan begitu aib atau dalam Islam dipanggil Su'ul Khotimah tetapi kita mati dalam keadaan baik, yang sangat baik sekali atau juga dalam Islam orang panggil Husnul Khotimah.

Antara doa yang boleh kita amalkan supaya mati dalam Husnul Khotimah adalah :


هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

" Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. " ( Q.S. Asy-Sy'aara )

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika

" Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan ( jadikanlah ) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu ( di Hari Kiamat ). " ( H.R. Ibnu Sunny )


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

" Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Husnul Khotimah ( akhir yang baik ), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan Su'ul Khotimah ( akhir yang buruk ). "


Buat si mati, semoga Allah SWT ampunkan segala dosamu kerna sesungguhnya Allah itu lagi Maha Pengampun dan Maha Penyayang kepada setiap hambaNya. InshaAllah. Amin Ya Rabb. 

Sekian. Masalamah.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...