Assalamualaikum.
Nampaknya, kejadian tanah runtuh dekat Malaysia semakin menjadi. Selain dekat kawasan Bukit Antarabangsa dan sekitarnya, kawasan perumahan yang kedudukan di tepi kaki bukit pun boleh jadi kejadian yang macam ni.
Bila semalam dapat je tahu kejadian tanah runtuh dan menimpa rumah anak-anak yatim pulak tu, memang sedih sangat aku rasa. Kesian kat budak-budak tu. Umur baru setahun jagung tapi dah diduga bermacam dugaan dariNya.
Belum redha sedih kehilangan Mak Ayah, sekarang ada di kalangan mereka yang pergi menyahut panggilan Illahi. Semuanya 'disapu' tanah yang mengalir dari kaki bukit berhampiran dengan dewan makan dan surau.
Masa kejadian, semua kebetulan tengah membersihkan dewan dan ada juga yang tengah nak berlatih nasyid sebab ada majlis bersama FINAS.
Tapi kehendak Allah kan? Siapa kita yang mahu melambatkan atau mempercepatkan ajal maut manusia lain? =___=
Ada juga yang dengan nada sinis cakap, ini semua mungkin petunjuk dari Allah buat pemimpin Malaysia yang sekarang ni makin bergolak dan makin bercanggah pendapat antara satu sama lain.
Sebabnya? 0__o
Ada yang kata, kawasan KL bukan hujan lebat sangat pun malah panas terik. Padahal kalau ikut logik kan, tanah runtuh tu berlaku bila hujan turun dengan lebat tanpa henti sehingga menjadikan struktur tanah lembut dan seterusnya boleh menyebabkan tanah bertukar menjadi macam 'air yang mengalir'.
Mungkin. Wallahualam.
Tak berani nak komen lebih-lebih. Lagi-lagi kalau melibatkan unsur politik ni sebab takkan ada kesudahannya. Hehehe.
Pada yang sudi tu, luangkan masa ziarah anak-anak yatim yang lain yang masih hidup. Derma lah. Tolonglah mana yang mampu. Kalau rasa kedekut sangat nak bagi duit kau, kau melawatlah. Itupun dah cukup.
Tapi kalau jauh macam aku ni, cuma doa je lah yang mampu mengiringi pemergiaan anak-anak yatim yang telah menyahut seruan Illahi. Semoga anak-anak yatim yang lain, yang sempat menyelamatkan diri tu, tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ingatlah adik-adik, MATI ITU PASTI. MATI ITU BENAR.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
" Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali. "
Al-Fatihah ...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِي1:1 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 1:2 الرَّحمـنِ الرَّحِيم 1:3 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين 1:4 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين 1:5 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 1:6 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
" Dengan menyebut nama Allah yang lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) yang dimurkai ( Yahudi ) dan bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat. ( Nasrani ) ."
Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh. T___T |
Sekian. Masalamah.
seriussslyyy sedih.yg plg kecil 4thn kan?kecik lagii..huhuhu..
ReplyDelete@lynn : Kesiannn. Sedih. Tapi dah ajal kan? T___T
ReplyDelete