May 8, 2011

Rindu Emak.

Assalammualaikum.

Semua berlumba nak buat entri untuk wanita yang melahirkan kita ke dunia. Semua juga berlumba nak buat atau beli kad ucapan dan bagi pada wanita yang menjaga kita dari kecil sehinggalah kita dewasa dan menjadikan kita yang sekarang ini. Semua juga berlumba nak beli hadiah, kek dan segala macam lagi demi wanita yang telah bersusah payah memastikan kita tidak lapar pada setiap masa.

Dan aku?

Mestilah taknak terkecuali!




Tapi tahun ni seperti tahun lepas! Duduk jauh dari keluarga juga emak tersayang, setakat mampu bagi ucapan dari jauh je lah. Sejak kahwin, memang belum pernah berpeluang lagi nak sambut Hari Emak. ( Walaupun sekarang kecoh pasal pengharaman sambut Hari Emak, ada aku kesah? Hehehehe. )

Kalau dulu, aku ada seorang je Emak. Tapi sekarang dah ada dua orang sebab termasuk mak mertua sekalikan? Mak mertua kenalah sayang macam Emak sendiri juga kan? Ye tak? Lagi-lagi kalau suami tu anak kesayangan emak. Jadi kenalah ambil hati mertua dulu sebelum nak tambah anaknya! Hahahaha.

Apapun, kasih sayang pada Emak sendiri masih sama macam dulu sebab hidup aku tak pernah jauh dari Emak dari kecik sampailah aku duduk asrama. Walau dah duduk asrama pun, Emak setiap hujung minggu mesti datang bawak nasi dan lauk kegemaran. Paling suka masa tu, siap awal lagi sebelum Emak nak datang asrama, siap mintak Emak masakkan sayur kentang dengan telur dengan suun! Sedap ohhhhhhh!

Emak pada aku seorang yang sangat tabah dan sangatlah penyabar dengan karenah anak-anak. Lagipun, masa aku kecik dulu, hidup Emak didugaNya tapi Emak tetap terus tabah meneruskan hidup seperti biasa demi anak-anak yang masih di bawah jagaannya! Sekarang Emak dah boleh rasa lega dan ada ruang sikit sebab pada aku, Emak dah dikira berjaya dalam mendidik anak-anak. Anak-anak pun dua orang dah selamat jadi bini orang. Tinggal anak bujang lagi sorang tu je nak menamatkan zaman bujang! Heeeeee. Itupun pening jugak Emak nak uruskan hal macam-macam.

Biasalah. Anak bujang kalau kahwin ka suka ambil mudah sesuatu perkara. Buat rilek je padahal Emak dan adik-beradik yang lain boleh jadi panik sebab nak uruskan hal kahwin dia. Hihihihi. Macam sekarang, Emak dah pesan beberapa barang dari sini untuk buat hantaran abang aku kahwin nanti. Siap awal-awal bagitahu :
" Nanti Emak ganti duit beli barang tu semua! ". Alahaiiii ....

Walaupun aku dah kahwin ni haaaa, tetap nak manja dengan Emak. Segala benda nak cerita dengan Emak. Emak pun sama. Asal ada benda nak gosip, kang mulalah hantar mesej. Takpun, online je chat dekat Pesbuk. Boraklahhhhh anak beranak sampai habis gosip! Kalau tak gosip, mesti nak mengadu sesuatu perkara. Hehehehe.

Aku ingat lagi, masa nak nikah dulu, kan negeri Johor ada buat Sakinah ke apa entah di mana nanti, lepas Akad Nikah, pasangan pengantin kena baca macam tazkirah gitu. Emak awal dah cakap kat aku : " Alaaaaaa ... Emak takkan nangis punyalah nanti kalau baca Tazkirah tu! ".

Tapiiii ...

Kesudahannya????

Banjir oiiiiiiii dekat ruang tamu. Baik Emak baik aku. Dua-dua menangis tak hengattttt! Aku tak kisah dah dengan make up. Emak pulak masa tu suara dah gigil-gigil sebab tahan sedih taknak nangis depan orang. Bila dah habis Majlis Akad Nikah tu, aku siap gelakkan Emak lagi sebab nangis! Kahkahkah. Memang kelakar lah pada aku sebab sebelum tu Emak dah berlagak sangat! Hihihi.

Jasa dan segala apa yang Emak dah buat dan lakukan, memang takkan dapat dibalas dengan apa sekalipun! Kau bagilah Emak duit banyak setiap bulan atau hadiahkan handbeg mahal sekalipun .... Takkan terbayar weih! T_____T

Agak-agak kalau suatu hari nanti, aku ada anak sendiri, boleh tak aku buat sama seperti apa yang Emak aku dah buat untuk aku dan juga adik-beradik yang lain? ( Macam tak jeeeeeee. Huhuhuhu. ) Mintak-mintaklah dan aku berdoa semoga aku dapat bagi Emak aku cucu nanti. Hehehehe. Doakan ye kawan-kawan?

Buat Emak mertua pulak, terima kasih tak terhingga di atas segala layanan terbaik sepanjang dah jadi menantu ni. Alhamdulillah sebab Emak mertua aku memang baik orangnya. Dah lah lembut jeeeeeee. Tapi kuat kerja!

Mana taknya, asal boring duduk rumah, atau kaki sakit ke, mesti nak jugak pergi ambil upah buat kerja bendang! Iye. Keluarga mentua aku orang kampung. Bangga sebab pada aku, mereka keluarga dari kampung yang boleh dikatakan sudah berjaya dan hidup senang.

Apapun, aku sayang keduanya. Semoga mereka berdua terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya! Semoga juga Tuhan terus berikan mereka kesihatan ayng sangatttttt baik untuk mengerjakan amal ibadah dan mencari keredhaanNya.

Juga buat teman rapat yang dah jadi Emak, terus didik anak-anak jadi orang yang berguna dan taat perintahNya juga selalu mencari keredhaanNya!

Buat Emak :
" Ilah sayang Emakkkkkkkkk!!! "

Rindunya. Sedih tiba-tiba. T______T

Buat yang sudah tiada wanita bergelak Emak, jangan lupa sedekah kan Al-Fatihah juga terus titip doa buat mereka di dunia sana. InshaAllah.

Sekian. Masalamah!

Sent from my iPhone by Mobily.

4 comments:

  1. oloooo sweetnye.hehe.selamat hari ibu utk mak kak nailah.takpe nanti balik raye leh jumpe insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. @chinta - Semua orang sayang emak masing-masing. Kan?

    @sizuka - Tak sabar nak jumpa emak!

    ReplyDelete
  3. @chinta - Semua orang sayang emak masing-masing. Kan?

    @sizuka - Tak sabar nak jumpa emak!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...