May 23, 2011

Kisah Benar : Terus Tunggu Atau Cari Yang Lain?


Assalamualaikum.

Ada satu kisah yang ingin diceritakan.

Si perempuan adalah teman aku. Kenal masa kami belajar satu universiti dahulu. Ceritanya ...

Dia mempunyai kekasih hati dan kekasihnya ini bekerja merantau di seluruh pelusuk dunia. Mereka boleh kata baru setahun jagung bercinta. Baru setahun perhubungan cinta yang dibina.

Kemudian, sehinggalah ...

Destinasi akhir si lelaki ini adalah negara matahari terbit iaitu negara Jepun. Kebetulan pulak, sewaktu si kekasih hati sampai di negara itu, takdir Allah dan kuasa Allah, DIA ciptakan ombak besar yang melumpuhkan kota bandaraya terkenal di seluruh dunia itu. 

Dunia sedih. Seluruh dunia masa tu berkabung dengan kejadian bencana alam yang maha dasyhat dari sang Pencipta itu.

Si perempuan apatah lagi sementelah message terakhir dari si kekasih hati itu sewaktu kekasih hati betul-betul baru sampai di negara itu dan beberapa jam selepas itulah, kejadian bencana alam itu berlaku.

Selepas beberapa jam, hari sehinggalah berbulan dan sampai sekarang selepas kejadian bencana alam itu, tiada langsung khabar berita dari kekasih hati.

Si perempuan sangat kecewa. Bermacam cara sudah dicuba. Bila telefon, nombor tidak dapat dikesan, tiada bunyi. Sms apatah lagi.

Bila aku tanya : 

Aku : " Kau tak tanya keluarga dia? .".  
Si perempuan : " Baru kenal. Memang keluarga belum tahu lagi pasal perhubungan ni. "
Aku : " Kau memang takde no telefon keluarga dia langsung? ".
Si perempuan : " Tiada. "
Aku : " Dah tu macam mana? ".
Si perempuan : " Entah. Aku pun buntu. "
Aku : " Kawan-kawan dia, mungkin tahu? ."
Si perempuan : " Pun aku dah tanya. Kawan-kawan dia pun terputus hubungan dengan dia macam aku."

Aku terdiam sekejap sehinggalah Si perempuan memulakan bicara kembali ..

Si perempuan : " Aku dah taktau nak buat apa. Cuma mampu berdoa je siang malam. "
Aku : " Kau dah buat solat sunat semua. "
Si perempuan : " Dah. Sekarang aku buat Tahajud je setiap malam. "
Aku : " Solat Isthikharah?. "
Si perempuan : " Dah. Pernah sekali lepas buat, bayangan dia kerap muncul. "
Aku : " Petunjuk untuk kau mungkin?."
Si perempuan : " Entahlah. Aku pun tak pasti. "
Aku : " Yang kau risau sangat kenapa?. "
Si perempuan : " Keluarga aku. Aku baru bagitahu Mak aku. "
Aku : " Mak kau cakap apa?."
Si perempuan : " Mak aku dah bising. Mak aku cakap, sampai bila aku nak tunggu?."
Aku : " Kalau kau dah taknak tunggu, apa jadi?."
Si perempuan : " Mak aku nak carikan jodoh sebab umur aku pun dah nak masuk 26 tahun."
Aku : " Kau sanggup ke? Kau nak ke?."
Si perempuan : " Aku sayang kat dia tapi keadaan sekarang ni, buat aku keliru dan buntu. "
Aku : "Sabarlah. Apa kata kau mintak Mak kau toleransi sikit dengan kau. Bagi kau tempoh. Contohnya, sampai hujung tahun ni ke? Misalnya kalau kau tak dapat jugak hubungi boifren kau, kau teruskanlah hidup kau. "
Si perempuan : " Entahlah. Aku dah lama tak balik kampung sebenarnya Nailah. Aku malu. "
Aku : " Eh, boifren kau tu selamat lagi ke tak? Hidup lagi ke tak sebenarnya?."
Si perempuan : " Entah. Aku pun taktau. Aku harap dia selamat mudahan. "
Aku : " InshaAllah. Kalau ada jodoh kau, adalah tu. Kalau takde, paham jelah."
Si perempuan : " Kau doakan aku kalau kau pergi Makkah lagi nanti. Aku bangga sebab aku punya kawan yang tinggal dekat dengan Makkah."
Aku : " Eh kau ni. Ada ke situ pulak. Rezekilah. Alhamdulillah je yang mampu aku ucapkan. Bersyukur dapat duduk sini. Nanti aku doakan kau ok?".




LOVE IS THE MOVEMENT.

Patutkah dia terus tunggu dan tunggu dan tunggu si kekasih hati yang entah bila akan pulang atau terus tidak pulang?

Atau dia harus berhenti berharap dan meneruskan langkah hidupnya seperti biasa

Mana yang lebih perlu? 0___o

Mungkin ada pandangan kau orang yang boleh aku bagi kat dia. Aku pun buntu sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa dan macam mana. Susah jugak sebenarnya sebab hidup mati pun tak tahu.

Kalau aku kat tempat dia pun, aku pun buntu. Tak tahu nak buat apa. Kau orang pulak macam mana? Mana tahu boleh bantu ke apa ke. Ok?

Sekian. Masalamah.

5 comments:

  1. contact la embassy.. bagi nama penuh

    ReplyDelete
  2. dh mcm novel~
    nk tggu next apisode larh!!!

    ReplyDelete
  3. btl2. contact embassy...gtau kat mak dia...sabar je skit..


    takut jadi macam my sis. Lepas bertunang dgn pilihan keluarga,baru bf dia datang cari yang selama diam sebab sakit. :(

    ReplyDelete
  4. my opinion...akak tak nak mengharap...follow the flow...kalau dia syg kita...dia tau mana nk cari..bukan dgn cara sembunyi

    ReplyDelete
  5. @afiq - Nak suruh contact Embassy pun, dia bukan kerja dengan company Malaysia. Tak tahulah cemana tapi memang dah suruh buat pun.

    @Adawiyah - Banyaklah hang cerita novel! :P

    @redbirdfe : Alahaiiii .. sedihnya jadi macam tu. Tapi kena redha je lah kan? =___=

    @Mimy Hamid - Yess. True. Neklah pun dah cakap, jangan mengharap sangat. Hidup perlu diteruskan sebab banyak tanggungjawab lain lagi kite kena buat.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...