May 21, 2011

IKEA Meatball & Kopitiam Di Seluruh Pulau Pinang


Assalamualaikum.

Isu Kluang Railway Coffee menghidangkan kopi yang mengandungi bahan daripada babi belum lagi habis, belum lagi redha di kalangan umat Islam Malaysia ...

Tiba-tiba, harini, lepas solat Subuh, bila online ... dekat Twitter, semua sebarkan maklumat mengenai Food Court di IKEA yang terpaksa di tutup sebab kena disamak dan dibersihkan kerana disyaki, salah satu menu yang dihidangkan kepada pelanggan, dipercayai mempunyai kandungan dari babi juga.


Notis yang dikeluarkan dari pihak IKEA untuk semua pelanggan yang datang.

Dipercayai, menu itu adalah Meatball yang memang tersangatlahhhhhhhhhhh pemes di kalangan pengunjung setia IKEA!

Perghhhh ... kembang tekak aku sekejap! Walaupun kali terakhir aku makan meatball kat IKEA Malaysia adalah mungkin dalam tiga tahun yang lalu, agak-agak kau orang, ada tak sisa daging babi yang melekat jadi daging dalam tubuh aku? Sobs. T_____T

Atau mungkin dah selamat jadi tahik dalam perut dan sudah selamat dikeluarkan dan mungkin sudah bahagia berenang di pusat kumbahan? Kahkahkah.

Mungkin. Entah.

Itu aku yang makan tiga tahun lepas, bayangkan yang baru makan meatball IKEA ni hari semalam. Sehari sebelum notis tu di keluarkan oleh pihak IKEA. Aku berani jamin, kau orang yang baru makan semalam, mesti dah tak senang duduk sekarang ni kan? Hmmmm.

Simpati je lah yang mampu aku berikan. Benda dah nak jadi. Nak buat macam mana kan? Lagipun, siapa yang memang suka meatball IKEA ni, memang tahu, meatball IKEA tu memang sedap yang luar biasa. Bila sekali dah rasa, mesti asyik nak datang IKEA je nak makan benda tu semata. Kannnnnn???

Aku paham sebab aku pun suka jugak dengan meatball IKEA tu. Even dah duduk Jeddah ni pun, aku masih setia lagi dan tak boring nak pergi IKEA dan makan meatball tu. Sedap dia lain macam ohhhh! Nasib baik kat sini memang halal. Tak perlu risau tentang bahan tambahan ke apa sebab semua diproses di sini. Memang halal. InshaAllah.

Tapi belum habis isu IKEA Meatball ni, bila aku bukak dan baca Kosmo! Online, terjumpa pulak artikel ini ...



Alahaiiiii ...

Nampaknya, nak makan luar macam dah tak selamat je sekarang ni. Asyik-asyik nak tambah sumber dari babi. Kenapa? Sana sini tak halal dah sekarang ni. 0___o

Sampai bila nak habis isu macam ni? Letih. 

Tapi apapun, sebagai orang Islam, kita kena amik berat hal macam ni. Isu halal haram ni kita tak boleh buat remeh sebab kalau kau dah tahu benda tu memang dari sumber haram, tapi kau makan jugak, memang padahlah jadinya. Boleh buat Tuhan murka tahu? =____=

Jadinya, kalau boleh, pada pandangan aku lah, kalau kau orang nak pergi makan kat restoran mana-mana ke, baiklah cek dulu status restoran tu halal ke tak. Check dekat website JAKIM. Bukan susah pun kan? 

Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih.

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :
  • Harini aktiviti berpuasa kembali hingga ke hari Rabu. InshaAllah. Semoga segalanya dipermudahka olehNya.
  • Semoga Allah melindungi anak-anak yatim yang tertimbus di bawah runtuhan tanah di Ulu Klang. Sedih. Hanya mampu doa dari jauh moga ada yang masih selamat walau ada mayat yang telah berjaya dikeluarkan. T____T

12 comments:

  1. zaman sekarang susah nak taw mana halal mana tak

    ReplyDelete
  2. eeeuuuuwwww betul ke?rara baru pas makan meat ball last week.

    ReplyDelete
  3. ye ke...otomatik tekak ni kembang walaupun dh lame xmakan meatball tu..

    ReplyDelete
  4. @fittiariri : Tau takpe. Rasa macam tak yakin dah nak makan kat luar. =__=

    @rara pinkmafia : Baru makannnnn ke? *TELAN AIR LIUR*

    @Aimi Dayana Bahari : Yup. Meatball yang ada campuran daging babi. =___=

    @cinta dan lirik : Yup. Saya pun kembang jugak tekak walaupun dah lama makan. Huhuhu.

    ReplyDelete
  5. "Dipercayai, menu itu adalah Meatball yang memang tersangatlahhhhhhhhhhh pemes di kalangan pengunjung setia IKEA!"

    Dipercayai? Mana sumber? Saya bukan tak sokong entri ni, tapi adalah elok tidak mengeluarkan spekulasi jika tiada kepastian. Bimbang menimbulkan kekeliruan seperti mana kes Secret Recipe baru2 ni. Jaga halal haram apa yang kita makan ni memang penting sebab jadi darah daging, tapi jangan lah sampai menimbulkan kekeliruan ataupun mungkin membawa kepada fitnah. Walaubagaimanapun, terima kasih kerana berkongsi entri ni. Sekurang-kurangnya pembaca blog ni tahu pasal IKEA ni, namun seperti mana notis yang dikeluarkan IKEA, tindakan telah diambil.

    ReplyDelete
  6. Itu sume percaturan yahudi yg memg nak menyesat dan merosakan org islam,,,,so papepun kita umat islam le ni memg perlu lebih berhati2 kadg2 tanpa sedar jek kt diperdaya oleh mereka.... memg mereka tu laknatullahi alaihim....

    ReplyDelete
  7. Salam,

    betul2 pasti ke yg meatball tu ade kandungan daging babi? ada bukti? tak elok menuduh tanpa bukti yang kukuh taw.. itu fitnah namenye.. harap owner blog dpt take note.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    betul2 pasti ke yg meatballs tu ade daging babi? Ada bukti? Kalau menuduh tanpa bukti yang kukuh itu fitnah namenye..

    Saya faham, niat owner blog baik, tapi selagi takde bukti kukuh saya rase x wajar tuduh benda yg anda sendiri x pasti..

    ReplyDelete
  9. hmm...patutlah sedap sesgt! ada babi rupanya....hehe

    ReplyDelete
  10. Salam semua, kita kena berjihad untuk kehalalan. Dalam semua aspek spt makan,minum, make-up, beli barang pun di kedai orang Islam. Elok kukuhkan ekonomi orang Islam. Saya tak pernah makan kat kopitiam atau IKEA, tak ada masalah pun.

    ReplyDelete
  11. Dulu mmg ada isu ikea meatball ada campur ngan pork, msk nst.., and diorang mmg dh samak dh (mengikut nst la).. Ikea ckp mereka concern dgn soal halal dkt restoran mereka kerana mostly pekerja mereka juga beragama islam, now isu ini timbul blk ke? Membuatkan sy semakin confuse.. Lebih baik stop mkn buat sementara waktu.. Huu.. T.T

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...