May 22, 2011

Korset Premium Beautiful


Assalamualaikum.

Eh? Aku nak jual PB kah? Kau orang rasa yeke aku nak jual PB? Heeeeeeeeeeeeeeeeee.

T A K D E M A K N A N Y A okayyyyyyy!!!

Tapi sebenarnya aku dah lama usha benda ni. Dari sebelum aku kahwin lagi. Dulu sebelum kahwin, usha benda ni konon nak kurus lah kan tapi bila dah kahwin dan belum ada rezeki lagi nak ada anak, aku usha sebab nak dapat zuriat!

Sebabnyaaaaaa ...

Ada yang kata kalau pakai PB ni, boleh mengandung sebab PB ni macam membantu memperbetulkan kesuburan ke entah apa jadah entah. Aku pun tak pasti. =___=


Korset Premium Beautiful

Kemudian, bila aku tengok ada rakan sekolah lama aku dah jadi agen PB ni, semangat nak beli PB tu jadi makin berkobar-kobar. Konon dah semangatlah ni nak beli, lepas tu pakai, lepas tu balik Malaysia masa Raya AidilFitri nanti, biar semua orang tengok aku dan cakap :

" Ehhhhh, kurusnyaaaaaaaaaaaa Ilahhhhh! "

Kahkahkah. Belum apa-apa aku dah berangan lebih. Usaha takde pun. Dah tu memanglah kau tak kurus kan? Pangggggggggg!!!

Tapiiii kannnn ...

Baru semangat nak beli dan hampir-hampir nak suruh Mak aku dahulukan duit dia dulu bayar downpayment PB ni ( sebab sekarang boleh buat installment. Bayar RM250 terus boleh dapat PB, dan terus bayar bulan-bulan ) ..

Tiba-tiba ...

Aku dapat tahu yang Aidid bongkar kisah di sebalik PB ni! Baca punya baca, tergamam aku kejap. Aku kalau dah jadi benda macam ni, terus perasaan aku jadi kosong. Dalam hati memang dah menyumpah : " Tak guna punya Cina! Kau tipu ramai orangggg?????. " T______T

Paling sedih sebab semua mesti tahu yang ramai downline Hai-O ni adalah orang Melayu. Entahlah. Kadang-kadang aku tengok dalam banyak bangsa, orang Melayu yang terlalu sangat kejar duniawi sampai lupa nak seimbang dengan urusan Akhirat. =_=

Semuanya sibuk nak cepat kayalah, nak hidup senanglah, nak itu lah nak inilah. Macam tak reti nak tahu bersyukur je. Memanglah zaman sekarang ni, segalanya memerlukan duit tapiiii ... hmmmmm.

Cakap pasal PB ni, memanglah ada yang cakap, korset PB ni jauh lebih selesa dari korset yang biasa yang ada jual kat kedai tapi kalau dah dari segi unsur perniagaan itu sendiri salah, macam mana pulak tu? Bukan ke kalau kita beli, dah macam kita pun menyokong benda yang salah? 0__o

Aku memang bersyukur lah sebab aku tak beli lagi PB ni. Sekarang aku dah sedar kenapa aku ni asyik tertangguh je nak beli PB. Aku dah nampak hikmah yang Allah dah tunjukkan. Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya, selamat dah 2k ++ duit aku. Dan aku baru terpikir sekarang ni ( lepas dah baca blog Aidil tu pasal PB ), dari beli korset yang belum tentu boleh menjamin aku betul kurus dan mengandung, baiklah duit 2k ++ tu aku ajak laki aku pergi beli threadmill letak kat rumah. Jauh lebih berfaedah kan? Hehehe.

No nak PB dah. Bila dah tahu pasal PB ni, aku dah takde nak usha PB lagi dah. Dah taknak dah baca segala testimonial bagai tu. Tak mahu!

Kalau yang tak pernah baca lagi blog Aidil ni, korang pergi lah baca. Aku respek mamat ni sebab segala point dia ada. Dia bukan cakap kosong punyaaaa! Semua berdasarkan bukti dan kajian yang dia buat. Pergilah baca dan buatlah rumusan korang sendiri. Klik kat sini.

Pada yang masih percaya PB, teruskan. Itu hak anda. Aku tak berhak untuk menghalang. Sigh.

Sekian. Masalamah.

2 comments:

  1. beli corset brand entah apa2 sampai 2k. orang bodoh je beli. baik pegi beli handbag designer atau apa2 yang berbaloi.

    orang kita senang sangat kena tipu. kesian.

    ReplyDelete
  2. @Ariff Shah - Weih, aku dah nak beli okeiii! Nasib baik ah aku memang selalu jenguk blog Aidid Muadib tu. Bila dah tahu terus tak jadi nak beli. Huhuhu.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...