May 1, 2011

Tips : Mencari Calon/Pasangan Hidup?


Assalamualaikum.

Haritu aku ada buat entri Tips Nak Kahwin : Perkara Apa Yang Harus Dibuat dan aku dapatlah satu komen dari sorang blogger ni :


Soalan dia memang SOALAN CEPU EMAS. Aku pun tergamam kejap jugaklah. Hehehe. Sebab aku pun bukan pakar dalam BAB CARI CALON ni sebab dari pengalaman sendiri, TIGA KALI AKU TUMPAS sebelum aku jumpa CINTA SEJATI! ( Perghhhhhh! Tak beragak kan. Cinta sejati terus. Aku pulak rasa nak muntah sekarang ni! Wakakakakaka. )

Pada aku, nak cari calon yang sesuai dalam hidup dan seterusnya DIJADIKAN SURI/RAJA  DALAM HATI memang bukan satu perkara yang mudah.

Perjalanan setiap orang dalam mencari jodoh, MEMANG BERBEZA sebab kita kena ingat, Allah SWT sendiri memang dah MENGATUR SETIAP PERJALANAN HIDUP kita. Antara lambat dengan cepat je kita akan jumpa calon/pasangan hidup kita.

Nak spesifik kan dalam cara mencari calon/pasangan hidup ni, pada aku kita kena ikut apa yang Nabi Muhammad amalkan iaitu :


1. Berdoa Kepada Allah SWT

Kalau kau jenis orang yang memang pemalu atau mungkin kau dah kira putus asa sebab bercinta asyik putus je, kau berdoalah kepadaNya. Mohon pada Dia agar DIBERIKAN PETUNJUK untuk mencari pasangan hidup. 

Doa untuk mencari pasangan hidup :



Selain berdoa, buatlah solat Hajat. Dah kata SOLAT HAJAT kan? Jadinya, lepas solat Hajat tu, berdoa bersungguh-sungguh dan berdoa dengan sebaiknya pada Allah SWT agar kita dipertemukan dengan pasangan hidup kita. 


2. Calon Dari Mak Ayah

Dulu, bila dah 3 kali putus cinta tu, aku dah set dalam kepala aku. Kalau sampai umur 30 tahun aku tak kahwin dan tak jumpa sesiapa lagi yang sesuai untuk dijadikan suami, aku dah nekad NAK SURUH MAK AKU CARIKAN CALON. Hahaha. ( Macam desperate sangat pulak aku rasa. Kahkahkah. =_= )

Tapi tak alih-alih tu, beberapa bulan lepas tu, tup tup aku kenal laki aku, jumpa, dating, tunang dan kahwin dalam tempoh tak sampai 6 bulan pun kenal. ( Sukaaaaaaaaa! ) Hehehe.

Macam zaman sekarang ni, kalau nak suruh Mak Ayah carikan jodoh, mesti orang akan ejek dan cakap : " Eeeee, tak coolnya! Tak syok sebab tak bercinta, tak berdating. " . Tapi pada aku, kalau macam tu, lagi SUNGGUH COOL ok sebab dapat BERCINTA LEPAS KAHWIN.

Syok apa bercinta lepas kahwin. Manissssssssssssssss je rasa. Macam aku lah tu. Aku kenal laki aku pun tak lama. Boleh kata, sampai sekarang ni masih dalam proses nak kenal perangai dan watak masing-masing yang tersembunyi. Hehehe.

Pada korang yang dah ada niat memang nak suruh Mak Ayah carikan calon, teruskan je niat korang tu. Jangan malu. Jangan rasa rendah diri. Jangan rasa bila dah suruh Mak Ayah carikan, maknanya KAU TAK LAKU. Jangan sesekali pikir macam tu sebab kalau niat kau IKHLAS, InshaAllah jodoh yang Mak Ayah kau dapatkan untuk kau tu, ADALAH YANG TERBAIK


3. Melalui Kawan-Kawan Atau Sedara Mara

Selain suruh Mak Ayah carikan calon, kita boleh jugak cari melalui kawan-kawan rapat ataupun sedara mara sendiri terutamanya sepupu rapat atau makcik yang kita ngam! Manalah tahu kan dorang memang ada CALON YANG TERBAIK UNTUK DIJODOHKAN?

Tak salahkan untuk mencuba dan kenal lebih dahulu? Kan? Kan? 


4. Jangan Cepat Berputus Asa

Kalau dari 3 cara di atas tak menjalan hasil atau menemui jalan buntu, JANGAN TERUS BERPUTUS ASA dalam mencari pasangan hidup ini. Mungkin itu dugaan untuk kau dariNya. Mungkin DIA nak tengok sejauh mana KAU BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam mencari pasangan hidup ni. Ye dok? 0_o

Lagipun, soal jodoh ni adalah MASALAH GHAIB dan RAHSIA Allah SWT. Dia Maha Mengetahui segalanya. 

Kita sebagai manusia dan hambanya, kena lah teruskan BERDOA, BERUSAHA dan juga BERIKHTIAR. Lagipun, sudah menjadi JANJI ALLAH bahawa setiap manusia HIDUP BERPASANGAN. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila dan bagaimana kita akan bertemu dengan pasangan hidup kita. 

Dan andai ditakdirkan, ajal kita sampai tanpa kita sendiri sempat BERKAHWIN, kita akan bertemu pasangan hidup kita DI SYURGA. SubhanAllah.

Semoga tips ini membantu. Selamat meneruskan pencarian pasangan hidup! Hehehe.

Sekian. Masalamah.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...