Assalamualaikum.
Haritu, bila laki aku sampai je rumah untuk balik makan tengahari, terus dia hulur dua keping kertas putih. Aku ingat pebenda lah. Bukak-bukak je ...
Rupanya TIKET KAPAL TERBANG UNTUK BALIK KAMPUNG yang dia dah booked pagi tadi dekat office. Terkejut jap aku. Terus aku tanya :
Aku : " Ni dah kenapa tetiba booked tiket ni? SEMANGATNYA? "
Laki : " Entah. Tergerak hati. Tiket dah mahal lah sekarang ni. Ini paling murah yang I dapat. "
Aku : " Yeke? "
Tengok punya tengok, belek punya belek ... bila nampak je tiket harga dah cukup buat AIR LIUR AKU TERSEKAT DEKAT ANAK TEKAK!
Aku : " Mahalnyaaaaaaaaaaaaa bie! Ni paling murah you cakap? " . ( Dah bulat mata aku! 0_o )
Laki : " Iyalah! Cuba nanti you check balik kat airlines lain. Ada yang lagi murah tak? . "
Lepas laki dah pergi office balik, aku pun MULAKAN PENCARIAN MENCARI TIKET BALIK KAMPUNG PALING MURAH SEKALI!
Tapi malangnya ...
Pegi tengok dekat Qatar Airways, sampai 7k kalau dua orang. Pegi Cathay Pacific ( Konon boleh jalan kat sekitar Hong Kong sementara nak kena boarding balik. Haktuihhhh lah! ), pun sama jugak! Begitu jugak dengan Etihad, Sri Lankan Airlines, apatah lagi Emirates!
MAS?
MAS memang murah tapi masalahnya, TAX YANG DIKENAKAN SANGAT TINGGI HARGANYA! Sungguh tak berbaloi ok? =_=
Kau bayangkan ...
Naik Saudi Airlines, pergi balik boleh bawak setiap sorang berat beg bagasi dalam 40kg. Tambah berat lebihan, 5kg bermakna sorang 45kg! Tiket memang mahal tapi tax sangat murah, baru dalam SAR 200.
Naik MAS, tiket memang murah tapi kena bayar tax yang harganya SAMA DENGAN HARGA TIKET YANG KAU KENA BELI. Tambahan lagi, berat beg bagasi cuma boleh pergi setakat 30kg. Itupun, 30kg untuk bila balik Kuala Lumpur. Bila balik Jeddah, cuma 25kg. Tak rugi ke?
Kena paham lah kan. Orang merantau macam kami ni, bila nak balik Malaysia, mesti beg nak penuh sebab ANAK, ABANG, ADIK YANG BAIK kan kenalah bawak balik buah tangan untuk keluarga tersayang.
Bila balik pulak, mesti nak kena bawak stok rempah ratus dan segala makanan kering Malaysia yang dikirim oleh emak-emak tersayang dan juga abah-abah tersayang. Kadang-kadang, sedara mara pun ada juga yang baik hati bagi makanan. KENA LAH JAGA HATI kan? Lagipun REZEKI MANA BOLEH DITOLAK. Hehehe.
Bila dah habis survey, malamnya, baru kami lakibini sama-sama duduk depan laptop cari lagi tiket paling murah! Manalah tahukan ada lagi ke yang tertinggal. Huhuhu.
Sebenarnya, masa cari tu, aku dah dapat dah tiket murah dalam SAR300 macam tu tapi disebabkan gara-gara AKU SANGAT LEMBAB MEMILIH SEAT YANG PORT BAIK PUNYA dalam kapal terbang, bila nak tekan submit tu, tiket tu dah dibeli orang! Damn! Terus menyesal dan SALAHKAN GAMBAR KAPAL TERBANG YANG KELUAR GAMBAR TEMPAT DUDUK BANYAK-BANYAK TU! Sebab tengok gambar tu lah aku dok leka dekat setengah jam! T____T
Bila dah tahu takde pilihan dah, terpaksalah jugak beli tiket yang dah dibooked pagi tadi. Sedih sebenarnya sebab nak lepaskan DUIT YANG BARU NAK KEPUK DALAM DOMPET. Banyak pulak tu. =_=
Tapi takpelah kan ...
Itupun dah dikira bersyukur sebab Allah bagi rezeki lebih bulan ni. Ada hikmahnya. Bayangkan kalau duit rezeki lebih tu takde? Macam mana nak bayar?
Bukan taknak guna tiket company tapi kami ada alasan sendiri. Takpelah. Tahun lepas dah pakai tiket company. Tahun ni berkorban pakai duit sendiri. Nanti kalau ada rezeki dan boleh claim, claim aje. Kalau tak boleh, pun takpe. Redha.
Ikut jadual penerbangan, kami balik 25 Ogos. Sampai Malaysia 26 Ogos tengahari dekat KLIA. Mungkin akan beli tiket balik Penang terus. Sedih pulak rasa sebab tahun ni raya dekat rumah mertuaku! Beginilah nasibku bila dah jadi bini orang. Balik raya dah kena ikut giliran. Hehehe.
Ok. Sekarang aku dah boleh mula MENGHITUNG HARI untuk PULANGGGGGGGGG! Malaysiaaaaa ... AKU DATANG NI! ( Bajet macam Rosyam Nor dalam KL Menjerit! Kahkahkah. )
Sekian. Masalamah.
whoahhhhhhhhh seronoknya menghitung hari.mesti best kan dpt raya dkt Msia.sobs sobs.tetiba sebak.haha.semoga selamat sampai ke kampung halaman~![eh awalnya kan].hihi.
ReplyDelete@sizuka - Hahaha. Kena cepat ni beli tix. Sekarang harga tix mahalllll. Nanti jangan lupa. Balik Malaysia akak nak rantai burung hantu tawwwwwwww!!! :P
ReplyDelete