May 9, 2011

Kau Dah Kenapa?

Assalamualaikum.
Aku ingatkan, kes simbah asid yang berleluasa dekat Bangsar dan kawasan BrickFields dulu tu dah selesai dah sebab aku sangka, polis dah tangkap si penyimbahnya!

Tapiiiiii ...

Rupa-rupanya belum lagi eh?

Kes timbul dan aku tau balik yang si tukang simbah asid ni makin aktif dan juga dah 'mengembangkan' kegiatan mental dia ni sampai ke kawasan Jalan Pudu pulak juga kawasan tasik atau tempat bersiar-siar.

Sebab yang aku baca, mangsa terbaru adalah seorang ibu bersama anaknya yang tengah sedap menghirup udara segar di taman tasik. T_____T

Mangsa lagi sorang yang kena kat Pudu adalah kawan sepejabat kepada kawan aku. Khabarnya, kawan dia sekarang masih dalam ICU dan tidak sedarkan diri. Muka dan badan habis melecur teruk. ( Doakan semoga dia cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan dia seperti biasa. )

Kepada penyimbah yang memang mengundang rasa kemarahan rakyat Malaysia sekarang ni ...

Siaplah kauuu! Kalau orang dapat tangkap kau hidup-hidup, silap-silap, orang ramai simbah asid dekat kau terus! Bukan sebotol je asid dorang simbah dekat kau malah mungkin boleh jadi dorang simbah dekat kau satu tong asid!

Biar kau rasa betapa sakitnya kesan dari segala kerja laknat yang kau dah buat! Masalah mental kah kau ni? Atau ada kecacatan dalam hati kau? Kenapa kau begitu tegar menganiaya kaum yang lemah?

Mangsa yang kau cari tidak kira usia. Kanak-kanak kecil yang masih halus dan masih lembut kulitnya pun kau masih tergamak untuk merobek dengan cecair yang memang mengundang seribu rasa kesakitan itu? Tiada perasaan kemanusiankah kau ni?

Dahlah kau main simbah je tak kira tempat. Tak kira bangsa. Tak kira usia. Tak kira lah walaupun, mangsa kau tu nanti menggunakan pengangkutan sendiri atau awam sekalipun. Apatah lagi pejalan kaki. Semuanya kau main simbah dengan asid. Kau dah kenapa?

Putus cinta kah? Atau kau mempunyai dendam yang kesumat terhadap orang yang kau sayang tapi kecundang lalu kau lampiaskan pada manusia lain yang ternyata tidak mengerti dan tahu dengan apa yang kau tanggung sebenarnya? Begitu?

Ataupun kau memang sedar dan ada niat mahu melukakan orang awam? Mana satu 'topeng' yang kau pegang sekarang ni? Terluka atau sengaja mahu melukakan manusia lain?

Pada kaum wanita di luar sana, baik kanak sekolah atau remaja atau pangkat umur sekalipun selagi kau adalah seorang wanita, perempuan ...

Berhati-hatilah dengan si durjana lahanat ni! Banyakkan berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kalian dari saat setapak kau melangkah keluar dari rumah sehinggalah kau selamat tiba di rumah kembali. InshaAllah.

Allah Maha Melihat. Tunggulah. Suatu hari nanti, kau akan tertewas juga wahai si penyimbah!

Setiap perbuatan yang jahat, akan dibalas jahat. Hanya masa akan menentukannya.

Sekian. Masalamah.

Sent from my iPhone by Mobily

3 comments:

  1. org yang sama eh????gila serammmm...sakittt nihh..

    ReplyDelete
  2. sakit mental kot.takpun bekas pekerja makmal lepas gian.gila lah Msia skang nih.

    ReplyDelete
  3. @Lynn - Orang yang sama Lynn! Hati-hati tau kalau keluar!

    @Sizuka - Gila tak gila lah! Bila entah nak tangkap!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...