May 23, 2011

Isu IKEA Meatballs : Mana Awak Dapat Sumber?


Assalamualaikum.

Nampaknya entri aku berkaitan IKEA Meatballs ni memang mengundang seribu macam persoalan pada yang singgah atau secara tak sengaja 'tersinggah' kat blog ni.

Ada yang meninggalkan jejak dan menyatakan juga mengingatkan aku supaya jangan sebarangan mengeluarkan kenyataan yang tidak pasti sumbernya.

Soalnya sekarang ...

Untuk apa aku nyatakan sesuatu benda yang tidak ada bukti nyata? Apa yang aku dapat? 0____o

Mungkin ada yang tak tahu ...

Boleh kata sebenarnya, hampir setiap tahun, Food Court IKEA tu memang ada 'isu' dengan JAKIM. Kalau sebelum ni, kes hotdog tapi sekarang, meatball dia pulak. 

Kalau yang rajin google resipi Meatball ni, korang boleh tengok sendiri yang resipi Meatball ni memang ada dicampur dengan daging babi. Tak percaya? Tengok sini : IKEA Meatball

Mungkin ada yang belum jelas lagi dan mungkin ada yang tak tahu lagi ...

JAKIM mengarahkan pihak IKEA menyamak bahagian dapur kerana mendapati bahawa pembekal yang membekalkan Meatballs kepada IKEA dipercayai menggunakan dan mencampurkan daging babi pada resipi Meatball itu sendiri

Tambahan pulak, JAKIM dah sahkan yang IKEA FoodCourt memang TIDAK PERNAH LANGSUNG MEMOHON SIJIL SAH HALAL dari pihak JAKIM sendiri. 

Aku pernah cakapkan, sebelum pergi restoran makanan mana sekali pun, tolonglah check dulu status HALAL ATAU TIDAK dan SAH ATAU TIDAK sijil Halal yang dipamerkan kat restoran yang korang nak pergi tu.

Sebab ada kedai makan yang main suka hati je letak sijil Halal tu, padahal bukan sah pun! Ataupun, ada lagi satu sijil Halal tu haaa .. konon kata Sijil Halal untuk Asia ke apa jadah entah. Itupun kira halal jugak. ( Pada aku tak halal. )

Pada aku, pada penerimaan aku, SESEBUAH RESTORAN ITU HALAL HANYA APABILA RESTORAN ITU MEMPUNYAI SIJIL SAH HALAL DARIPADA JAKIM SAHAJA!

DARIPADA JAKIM je okayyyy! Lain daripada JAKIM, memang aku takkan pergi!

Dulu, aku memang tak amik port pun pasal kedai tu ada sijil Halal sah ke tak dari JAKIM sampailah aku dapat tahu, TGI Friday dekat Subang tu haaaa .. diserbu pihak JAKIM sebab didapati mencampurkan arak dalam daging yang dibuat steak

Alasan tukang masak tu pada JAKIM, mereka terpaksa campur arak tu sebab nak bagi daging tu lebih sedap dan masak lebih 'cantik'

Daripada situlah, baru aku amik berat hal ni sebab kau orang tahu je lah, kalau kita makan benda yang haram ni, automatik akan jadi darah daging kita. Kau orang nak ke? Aku tak nak!

Berbalik pada isu IKEA Meatballs ni ...

Kalau JAKIM tak keluarkan kenyataan pun, kan pihak JAKIM dah banyak kali, banyak kali SANGAT-SANGAT mengingatkan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam tu supaya check dulu kat website pihak JAKIM, restoran mana ada sijil halal, restoran mana yang memang tidak pernah ada rekod mempunyai sijil Halal sah.

Ke ada yang masih tak alert lagi dengan pesanan pihak JAKIM?

Kalaupun JAKIM takde buat kenyataan macam tu, kita sebagai umat Islam sendiri yang kena usaha ke arah tu. Takkan lah setiap bulan kot kau nak JAKIM keluarkan kenyataan, nak ingatkan kita? Kau ingat JAKIM tu takde kerja lain ke? =____=

Sebab tu aku cakap dan cakap, sebelum nak makan kat luar, nak pergi restoran mana-mana sekalipun, pergi check dekat website JAKIM-HALAL tu. Bukan susah pun. Kau buat untuk darah daging kau. Takkan lah berejam mengadap Facebook, mengadap Twitter, update belog sana sini sampai takde masa kot kau nak check kat website JAKIM? 

Memang TIPU lah kannnnnn!!!!

Oklah. Aku baik hatilah. Aku print screen untuk yang ragu-ragu dengan kenyataan aku ...




Nampakkkk? N A M P A K T A K K K K K K K K K K K K K K K K ?????!!!

IKEA memang takde rekod langsung dengan pihak JAKIMMMMMMM! T I A D A

Aku bagi contoh syarikat lain yang pemes jugak tapi yang ada status sijil Halal sah dari JAKIM :




Ini Starbucks punya. Nampak tak yang siap ada tarikh semua bila sijil tu mampos? NAMPAK???? Lepas tu, selain syarikat tu, JAKIM siap ada provide lagi setiap produk kat Starbucks yang pihak JAKIM sendiri dah check sama ada halal atau tak. NAMPAK? 0___o

Berbeza kan dengan IKEA? IKEA memang haram takde keluar apa-apa langsunggggggg rekod dari pihak JAKIM. TITIK!

Kalau ada yang memang dah suka makan dan boleh kata setiap hari memang kau pergi makan dekat IKEA FoodCourt tu, tak payah nak in denial sangat ataupun nak stressed out sangat. Isu ni anggaplah sebagai 'wake up call' atau 'loceng amaran' untuk kita lebih peka dan amik berat isu ni.

Aku dah sampaikan maklumat yang betul. Kalau masih ada yang anggap aku menyebarkan maklumat salah, terpulang.

Pada pendapat aku, dah tiba masanya, restoran-restoran kat Malaysia macam TGI Friday, Chillis ke dan seangkatan dengannyalah, tukar ramuan dan cara masakan macam kat negara Asia Barat ni. Kat sini, benda halal haram ni memang SANGAT-SANGAT STRICT

Sebabnya, kalau restoran yang dari negara Barat nak bukak cawangan kat sini, sampai lubang cacing kot pihak Saudi akan check. Sebagai contoh, kalau masak steak tu kan. Kat barat letak Arak, tapi kat sini diarahkan masak ikut style sini.

Kenapa Malaysia taknak buat macam tu? Padahal kan memang dah diistiharkan yang Malaysia tu NEGARA ISLAM. Di mana ISLAMnya kalau dah jadi macam ni? =____=

Oh, lagi satu. Isu tepung yang digunakan untuk buat kek oleh pihak Secret Recipe. Rupa-rupanya, syarikat yang membekalkan tepung untuk dorang disahkan mempunyai dna babi

Ni aku print screen lagi untuk korang :





Untuk yang tak tahu, syarikat Puratos ni lah yang menguruskan bahan-bahan kek dan juga bahan lain untuk Secret Recipe

Tahniahhhhhhhh lahhhhh untuk diri sendiri sebab sebelum datang sini aku memang suka makan kek kat Secret Recipe ni. Nampaknya, babi yang dah 'berjaya masuk diam-diam' boleh bersorak gembira sekarang ni! Yeayyyyyyyy! ( BA to the WAU to the DAL to the WAU to the HA! ) =____=

Tolonglah kau orang yang beragama Islam tu. Amik serius perkara macam ni. Janganlah buat endah tak endah je. BUKAK MATA tuuuuuuuu! Ok?

Sekian. Masalamah!

18 comments:

  1. eeuuuuuuwwww sgt lah,sgt lah sgt lah speecless.haih tak paham kan.konon nk mersa makanan ni,but ada plak benda haram.rara sedih sgt2.kecewa.

    ReplyDelete
  2. hmph aku mmg xpernah mkn dekat ikea
    tapi dekat secret recipe tu aku xleh deny la baru je telan semalam sebelum keluar case :/

    ReplyDelete
  3. tq for the very useful info.. after this must be more alert about this.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Ikea FoodCourt... aku x pernah pg
    Secret Recipe... pernah

    sedih lah. kat malaysia pon blh tersalah makan

    ReplyDelete
  5. thanks for the wake up call!!!
    eee, x sangka kan...sekrg ni mcm2 dlm mknn..

    ReplyDelete
  6. nak tanya sal secret resipi, leh x nk tau sumber dr mana yg Puratos tu pembekal secret resipi? sbb sy ada terbaca komen org kat blog org lain, dia kata Puratos punya tepung tu namanya "somthing2 Secret Recipe",padahal bukan bahan ni yg dibekalkan. cuma nama bahan tu je yg berkebetulan dgn nama "Secret Recipe". pjg gak dia pnya explaination, tp sy malas nk baca details + x paham sbb sy x minat sgt pun SR ni.. hehe

    ReplyDelete
  7. tetiba rasa mcm duk europe sbb nama je agama rasmi ISLAM tapi hal halal haram masih dipandang remeh..

    ReplyDelete
  8. nasib baiklah hari tu teringin nak makan meatball IKEA tapi tak makan sebab tak sempat pergi~

    >.<

    tapi kalau secret recipe punya adalah termakan sekali dua. T__T

    ReplyDelete
  9. reference: http://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

    jadi betul la apa yg saya faham, nama bahan yg dikeluarkan Puratos berkebetulan dgn nama "Secret Resipi". Tapi syarikat Secret Recipe mmg x pernah order bahan drpd Puratos tu.

    ReplyDelete
  10. info yg sangat berguna !pernah teringin nak try meatball kt ikea sbb rata2 kt fb sume sibok ckp psl bnde alah tu.tapi belom try lagi & takkan teringin da la kan.isu secret recipe pun baru tawu jugak and da bergelen2 tepung tu dalam perut skg kot.haish.

    ReplyDelete
  11. www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

    mne nk pcye ?

    ReplyDelete
  12. satu ingatan buat kita semua...alangkah bagusnya kalau ada cara untuk kita periksa status halal secara mobil dengan maklumat yang boleh dipercayai

    ReplyDelete
  13. salam..
    nak mtak share entry nie...
    sedih...
    meatball x pnah mkn tp secret resipi...huhu..;(

    ReplyDelete
  14. mmg power lah ayat u...
    i like it...mmg org zaman sekarg ni bab halal xambik berat sgt...asal sedap kat mulut jerr..
    n dah agak dah secret recipe ni ader udang disebalik batu....ptt lar sedap...naseb bek xpnah bli..org jer yg bg...uhuhuhu
    tp kan...even starbuck tu ada halal jakim...sy xberani minum or mkn...sbb pnah dgr bnda xelok...lgpom boikot israel...lg2 lar xsentuh..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. have a look http://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?ref=ts

    ReplyDelete
  17. thank for sharing..
    selamat x pernah pergi makan..

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...