May 2, 2011

Ragam Duduk Rumah Sewa


Assalamualaikum.

Kebetulan entri kali ni sama dengan adik sorang ni tapi versi yang berlainan lah. Kalau adik aku sorang ni bercerita tentang ragam tuan sewa rumah yang cekik darah, tapi entri aku ni aku nak cerita ragam duduk  rumah sewa berdasarkan PENGALAMAN AKU SENDIRI


Nak dapat tuan sewa rumah yang betul-betul memahami memang payah!


1. Port Dickson

Aku lalui hidup menyewa rumah ni masa aku belajar dekat Politeknik Port Dickson ( PPD ) dulu. Semester pertama je dapat hidup dekat asrama. Masuk semester kedua, dah kena duduk luar sebab tak dapat asrama. Boleh je nak merayu masa tu tapi ... hehehehe ... ( Sengih dekat Shela je lah sebab dia lebih tahu! Hahaha. )

Rumah sewa pertama yang aku duduk tu, apartment. Asalnya satu bilik tapi tuan rumah dah renovate jadi 3 bilik. Nama tempat aku sewa tu, Apartment Laguna. Aku duduk bertiga. Siapa belajar kat PPD memang tahu sangatlah tempat ni.

Kali pertama duduk rumah sewa, memang ok. Tuan rumah pulak orang KL. Sewa pulak masa tu MEMANG MAHAL tapi 'TAKDE PILIHAN'. Sebulan dalam RM250 setiap sorang. Maknanya, apartment tu sebulan dalam RM700. Mahalkan? =_=

Tapi sewa rumah kat situ memang seronok sebab utamanya ADA KOLAM RENANG dekat bawah! Jadinya, asal ada masa lapang, mesti turun main air. Ajak budak-budak rumah. 

Apartment aku sewa tu tingkat paling atas iaitu Tingkat 6. Memula duduk tu, memang semuanya sangat-sangat ok. Happy je selalu tapi lelama tu, bila dah masuk semester 3, semuanya DAH JADI SERAM bila ada jiran pernah nampak kami bertiga main lari-lari dekat koridor rumah tengah malam padahal masa yang dia bagitahu tu, kami bertiga sebenarnya dalam rumah dah tidur. T_____T

Bila naik semester 5, terus duduk asrama balik. ( Semester 4 duduk rumah sebab tengah buat praktial. ) Lagipun masa tu, PPD ada buat bangunan hostel baru. Tapi biasalahkan, hangat-hangat tahik ayam je. Masuk semester akhir, cabut lagi duduk luar, duduk rumah sewa! Tapi dah bukan dekat apartment berhantu tu. Kali ni dekat taman perumahan pulak.

Taman perumahan tu memang sebelah poli je. Pergi kelas pun jalan kaki. Kadang-kadang naik kereta sebab ada budak rumah bawak kereta. Aku tak ingat apa nama taman perumahan yang kami duduk ni.

Rumah sewa kali ni, kami duduk rumah teres pulak. Satu rumah 8 orang. Memang rumah tu dah lengkap dengan semua barang rumah. Kalau tak silap aku, tuan rumah yang ni, kerja askar kot ke kerja apa entah. 

Duduk rumah sewa yang ni memang seronoklah pada aku. Sebab kawasan rumah situ meriah. Biasalah. Penuh dengan budak-budak dari PPD je. Jiran sebelah kanan, keluarga. Jiran sebelah kiri, budak bujang. Hehehe.

Sewa rumah pulak memang jauh lebih murah dari apartment Laguna tu. Kalau apartment tu kami kena bayar seorang sampai RM250, rumah teres ni kami cuma perlu bayar RM80 je sebulan. Murah kan? Memang puas hati lah sebab tuan rumah pun baik. Selalu datang jenguk tengok kami. Dah macam keluarga sendiri.


2. Shah Alam

Kemudian, bila sambung ijazah, kehidupan duduk rumah sewa ni bersambung kembali. Aku kira agak bertuah jugaklah sebab dah ada kawan-kawan yang memang tengah belajar dekat UiTM Shah Alam masa tu. Jadinya, aku cuma masuk je rumah sewa tu.

Rumah sewa pertama dekat Shah Alam, rumah flat. Blok 2, tingkat 5. Sewa berenam masa tu. Budak-budak rumah pulak memang kawan aku masa belajar kat PPD dengan SM Pasir Gudang 1 dulu. Lagi 2 orang je kira aku baru kenal.

Rumah sewa ni paling pelik. Sepanjang menyewa dekat setahun, kami berlima kecuali Kak Fara memang TAK PERNAH JUMPA TUAN RUMAH LANGSUNG! Kami cuma tahu yang tuan rumah sewa tu berbangsa Cina.

Selama menyewa tu, segala bayaran sewa rumah memang Kak Farah yang uruskan sehinggalah nak naik semester 3. Kak Farah ni buat hal. Aku taknak cerita sangat sebab nanti macam dah mengaibkan dia. 

Cuma cukuplah aku cakap, dalam bab sewa rumah, jangan percaya sangat dengan seseorang individu tu. Aku memang serik dah. Bukan aku sorang. Kami berlima. 

Dalam banyak rumah yang aku pernah sewa, rasanya rumah sewa ni lah paling sadis sebab kami semua KENA TIPU dengan segala 'helah dan muslihat' Kak Farah ni. Manalah tak sadis sebab kami berlima SAMPAI KENA HALAU dari keluar rumah dan Kak Farah pulak memang kami tak dapat kesan. 

Tau-tau, dia hantar mak dia je. Suruh bayar macam-macam. Dah lah masa tu aku baru kahwin. Kira dugaan jugalah untuk aku. 

Bila dah kena halau tu, punyalah kelam kabut kami cari rumah sewa lain dan Alhamdulillah, kami dapat rumah sewa lain jugak. Sebelah blok je dengan blok yang sebelum ni. Tingkat pun sama lagi. Tingkat paling atas. 

Nasib baik lah tuan rumah memang baik. Kadang tu sampai sanggup datang rumah bawak makanan lah, air lah apa lah. Kadang-kadang sekadar datang nak khabar je. Urusan bayar sewa rumah pun senang je. Memang puas hati.

Bila aku dah habis semester tiga, aku pulak terpaksa pindah sebab dorang semua dah habis belajar. Rumah sewa seterusnya, aku duduk dekat blok 19. Alhamdulillah rumah sewa ni tingkat paling bawah. Dah tak payah nak semput-semput dah sampai rumah. Hehehe.

Kali ni, menyewa dengan budak-budak kelas. Memang meriah lah. Ada suka dan duka. Gaduh baik gaduh baik, itu memang tak dinafikan lah. Kata budak-budak 'sekolah' kan? 0_o

Memula sewa memang ok je semua. Rumah sewa ni, Kak Su yang uruskan segala urusan rumah. Dari bil dan juga segala kerosakan yang berlaku. Tapiiiiii ... tak lama tu jugak lah ( nasib baik masa tu dah nak habis ), tuan rumah pulak mintak NAK NAIKKAN SEWA RUMAH! Padahal kami tak lama je lagi nak habis belajar.

Memang konflik jugaklah sampai tuan rumah datang dan kami duduk berbincang. Bincang punya bincang, tuan rumah setuju naikkan sewa rumah dengan penyewa baru lepas kami habis belajar nanti. Fuhhhh .. lega. Hehehe.

Ok. Bila dah habis belajar, takdelahkan nak sewa rumah dah dengan kawan-kawan tapiiiiii ... duduk menyewa pulak dengan laki sendiri. Dekat negara orang pulak tu. Hmmmmm.


3. Al-Shatee District 3

Masa aku sampai kat Jeddah ni, laki aku memang dah siap-siap cari rumah sewa dan lengkapkan rumah dengan kelengkapan semua. Kira aku datang cuma berak cangkung je selain dari kena masak dan kemas rumah dan juga romen-romen. Kahkahkah.

Rumah sewa yang ni, kami bayar dekat pejabat agensi. Setiap tiga bulan kena bayar. Tuan rumah memang takdelahkan nak dapat jumpa sebab tuan rumah dah serah dekat agensi untuk uruskan segala hal rumah.

Cuma yang aku tahu, tuan rumah ni, kerabat Saudi. Asal rumah tu pun sebenarnya sebuah Villa. Bila dia dah taknak duduk, dia pindah dan ubahsuai rumah jadi beberapa unit apartment. 

Nak cakap besar tu, takdelah. Memang sederhana. Bilik pun satu je memandangkan aku je sorang duduk rumah tu kalau laki pergi kerja. Rumah ni pada aku memang sangat ok sebabnya, dekat dengan masjid, dekat dengan Panda dan dekat dengan pantai. Pantai kira belakang je. Naik kereta tak sampai 5 minit dah boleh sampai.

Cumaaaa ... rumah ni jadi masalah dan mendatangkan susah hati pada kami bila waktu hujan. Air hujan ELOK JE TURUN MACAM AIR TERJUN NIAGARA dari lubang ekzos kipas kat dapur tu. Memang seksa gila lah. Aku dah pernah buat entri pasal banjir dalam rumah aku dulu.

Bila dah tiga kali rumah banjir dan keadaan makin teruk sampai gobok letak TV pun dah nak rosak sebab asyik kena air je, laki aku ajak pindah! Ikut je lah. Mungkin dah tiba masa nak kena cari rumah yang selesa sikit.

Cari punya cari, dapat lah rumah yang sekarang aku duduk ni ...


4. Al-Nahda District 2

Rumah ni memang besar. Dengan bilik ada dua. Dengan luas setiap bilik tu, kalau TIDUR LAMBAK BOLEH MUAT SAMPAI 20 ORANG kotttt! Lepas tu, dengan bilik air kat bilik kami ni siap ada bathtub lagi. Dengan dapur luas. Memang suka lah kan?

Lepas tu rumah sewa ni kira aku duduk villa. Kongsi pintu masuk utama dan pintu nak masuk rumah kat tangga tu dengan tuan rumah. Yang lain semua sendiri-sendiri lah.

Baru-baru duduk sini, memang semua nampak ok. Tapi bila dah nak sebulan tu, dah nampak WARNA SEBENAR tuan rumah. Biasalah kan. Orang Arab ni kalau yang ok tu, ok sangatttttttt! Tapi kalau yang hampeh tu, MEMANG MENYAKITKAN HATI!

Ikut kontrak sebenarnya, rumah ni kena bayar setiap 6 bulan. Masa masuk haritu, memang dah bayarlah kan 6 bulan tu. Tapi tak lama tu, tuan rumah ni nak mintak advance lagi 3 bulan. Katanya NAK GUNA DUIT. Habis kami ni tak guna duit lah pulak? Kan? ( Cakap dalam hati je pun. T___T )

Masa tu, laki aku bayar je lah sebab KESIAN. Bila dah bayar, ni tiba-tiba, harini laki aku bagitau yang tuan rumah nak mintak advance lagi! KAU DAH KENAPA

Boleh pulak cakap takde duit lah apalah. Pening. Pening.

Kali ni laki aku memang NAK SOUND TERUS! Kalau dia terus asyik nak mintak advance je memanjang, memang LAKI AKU NAK PINDAH RUMAH LAIN! T_____T

Memang aku kena bersedia je lah bila-bila masa kot-kot kena pindah lagi ke apa ke sebab laki aku ni BUKAN BOLEH DIJANGKA! Kang tup tup balik rumah lepas waktu kerja, tetiba je : " Ayang, malam ni jomlah kita cari atau survey rumah sewa! " . Naya je. =_=

Nasib, nasib. Dugaan sungguhlah. Mintak-mintaklah tuan rumah ni BERUBAH! Aku tak larat oiiiii nak pindah kemas pindah kemas! Tolonglahhhhhhhhhhhhhh! Kasihanilah daku ini. Kami ni dah lah ANAK PERANTAUANNNNNNNNN. T_____T

Agak-agak korang, apa takdir kami ek? Kena pindah atau masih kat rumah ni? Tunggu dan lihat je lah. Huhuhu.

Sekian. Masalamah.

2 comments:

  1. uhhh,,sangat mencabar yee..
    em,,risau jugak la bila baca part yg 'kak farah' tu..kes2 tipu-tipu-duit eh??harap2 lin nanti okey laaa..xde yg nak makan2 kawan nih..risau2...

    p/s:pengalaman pindah-memindah sangat seksaaaa..aaa~

    ReplyDelete
  2. @Lynn - InshaAllah everything will be ok. Berhati-hati je antara kawan-kawan. ;))

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...