May 22, 2011

Perangai Tuan Rumah Yang Makin Menjengkelkan!


Assalamualaikum.

Haih. =___=

Aku sekarang ni kalau sebut atau teringat pasal Tuan Rumah, automatik hati aku jadi panas mendidih! Ni lah cabaran dan dugaan agaknya kalau tinggal dekat tempat orang! Mungkin.

Sabar?

Bukan taknak sabar. Rasanya dah terlebih sabar kot? Ini juga mungkin padahnya kalau jadi baik sangat. Baik dengan orang, lepas tu orang pijak-pijak, lenyek-leyek kepala kita! T____T

Baru nak aman duduk dekat sini tapi dah rasa macam ni kena pindah cari rumah sewa lain je ni bila kontrak sewa rumah ni dah habis nanti? 0__o

Laki pun dah suarakan benda yang sama masa dia balik makan tengahari tadi :

" Kalau boss bawah terus macam ni ... cari rumah lainlah kalau habis kontrak. Tak laratlah. Ingat I ni bank peribadi dia ke? Dahlah tension dengan kerja. Balik rumah, tuan rumah pulak sibuk nak duit sewa in advance!. "




Ikut kontrak yang telah dipersetujui bersama dulu sebelum masuk rumah ni, Tuan Rumah setuju dengan kontrak pembayaran sewa rumah setiap 6 bulan sekali. Ini bermakna setahun dua kali.

Kami masuk rumah ni awal bulan Februari baru-baru ni. Kira masa masuk, memang laki aku dah selesaikan pembayaran selama 6 bulan tu iaitu dari untuk bulan Februari sehinggalah bulan Julai ni nanti.

Tapiii ... baru je masuk kan. Rasanya tak sampai sebulan kot. Haaaa .. lebih kurang dalam pertengahan bulan Mac, ada satu hari tu, laki aku sms aku :

Laki : " Ayang, boss mintak duit sewa rumah lah. Duit sewa advance untuk 3 bulan. "
Aku : " Hah? Kenapa pulak? You ada duit ke?. "
Laki : " Ada je. Kesian pulak sebab dia cakap nak guna duit. "
Aku : " Suka hatilah. Kalau ada duit, bayar je lah. "

Itu masa Tuan Rumah mintaklah kali pertama lah. Ingatkan ok dah lah kan. 

Kemudian, jadik lagi ...

Tapi bukan duit sewa. Duit bil api air. =_=

Ikut dalam kontrak, Tuan Rumah sendiri cakap, bil api air, dibahagi 3 which laki aku kena bayar 1/3 lah dari jumlah bil api air tu.

Tapiiiiiiiii ...

Bila dah cukup sebulan tu, bila bil api air dah sampai, boleh pulak Tuan Rumah selamba mintak laki aku duit bil bukan 1/3 tapi separuh-separuh!

Aku masa tu malas nak bising sebab laki aku pun, aku tengok rilek je. Aku dalam hati masa tu memang dah rasa lain dah. Sebab ... yelah. Mana adil kan. 0____o

Rumah yang kami sewa dengan dia ni, dua bilik, aircond dua bijik. Tambahan, kami berdua je kot duduk rumah ni. 

Yang dia pulak, rumah dia dahlah duduk dengan anak dia 5 orang. Bilik tentulah banyak. Aircond lagi berbijik-bijik. 

Adil ke nak bayar separuh-separuh? Memang mintak kena maki lah kan? =___=

Sekarang ni pulak?

TUAN RUMAH MINTAK LAGI DUIT SEWA RUMAH LAGI 3 BULAN!

Alasan? 0___o

NAK PERGI VACATION KE MALAYSIA TAPI TAKDE DUIT!

What the .... ????!!!!!! Fuhhhh. Fuhhhhh. Sabarrrr. ( Sambil urut dada. Ada orang nak tolong urutkan ke? Haippp! Mana boleh. Azman je boleh urutkan. Hahahaha. )

Aku jadi terus marah kali ni. Jangan kata aku, laki aku pun sama! Kau kalau dah tahu takde duit, yang sibuk nak pergi vacation jugak dah kenapa? Lepas tu nak menyusahkan orang lain! Elok sangat lah tu???

Apa? Kau ingat laki aku bank kau? Bank yang kau suka hati kalau takde duit, boleh cucuk kad ATM, lepas tu terus keluar duit? Macam tu? Banyak cantik muka kau kan?

Haih.

Memang tak lama lah nampaknya nak duduk rumah sewa kau ni. Sebab kau sendiri yang buat orang sewa rumah kau rasa naik muak dan menyampah dengan perangai kau! Choiiiii!

Kau orang yang ada rumah sewa, janganlah perangai macam tu okayyyy??? Tak berkat tahu? Sebab kita dah dikira menyusahkan sesama manusia. Bertolak ansurlah sikit. Jangan pentingkan diri sendiri. Ok?

Sekian. Masalamah!

8 comments:

  1. kak nailah xde ke tmpt kt arab yg jaga kebajikan penyewa2 mcm kak nailah????buat aduan ke hape ke kt pihak berkuasa..mcm melampau plak laa diorg ni..

    ReplyDelete
  2. @ayanuts : Takdelah sayanggg. Duduk tempat orang, macam ni lah gayanya. Huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Hhhhmmm susah laa mcm tu. dah la hdp dkt negara org bukan seng. Lagi2 bab duit.Tapi apa2 pn ske sgt dgn blog ni dah baca whole story ctr kak nailah dari kak nailah muda remaja smpai skang :)

    ReplyDelete
  4. @ayanuts : Hmmm tau takpe. Orang Arab ni, ada setengah yang ok tapi kalau yang tak ok tu, macam tu lah jadinya. Huhuhu.

    Btw, terima kasih sudi singgah dan baca blog akak. Banyak merepek kat blog ni. Hahahaha.

    ReplyDelete
  5. how comeeee laa?banyak kali advanceee nii.mana boleh tahannnn.kopak la lama2.yg part nak p vacation sgt takleh terima.grr~

    p/s:pindah je kakkkk.=____=

    ReplyDelete
  6. hmm mesir dengan saudi sama jee arabnye. kalau dengan arab,kita jgn tunjuk sgt byk duit. huhu.

    kat mesir, arab igt budak melayu ni kaya2 (pemandu teksi cakap), dan budak indon miskin..kesian indon.

    kat sini pun,arab mcm tu jugak. Dorg tgok budak melayu kat sini $_$ mcm tu ha!

    klu kat sini, bab2 duit mmg keras la sikit sbb tak boleh bgi muka nti dorg selalu minta duit jgk la.

    Dulu pun baba mintak duit rumah mcm tu la 6 bulan sekali tapi kiteorg tau taktik dia mcm mana...so,kiteorg fight taknak byr mcm tu..skrg byr bulan bulan la...

    ReplyDelete
  7. alahai camtu pulak...nasib perantau la kan neklah

    ReplyDelete
  8. @Lynn : Sakit hati kan? Geram betul. Tengok keadaan lah. Kalau jadi macam ni, habis kontrak memang akan pindah. Cari rumah lain.

    @redbirdfe : Sini bayar by month dorang taknak. Kena bayar 2kali dalam setahun atau 3 kali dalam setahun. Macam tu lah.

    @Mimy Hamid : Hehehe. Inilah dugaan jadi orang perantauan.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...