May 1, 2011

Memburu Makanan Di Jeddah : UNO Chicago Bar & Grill


Assalamualaikum.

Laki aku kan, bila dapat 'DUIT DARI LANGIT', mesti agenda utama dia, NAK BELANJA BINI dia yang memang kuat makan ni. Hehehe. Yelah. Sang suami mana boleh lokek dengan bini, ye dok? Lagi banyak laki belanja bini, lagi lah banyakkkkkkkkkkkk 'rezeki akan turun dari langit' nanti! Percayalah. 

Kalau tak percaya, pergi tengok YouTube. Cari video Ustaz Azhar punya ceramah pasal pahala yang suami akan dapat bila bini banyak makan. Hahaha.

Kepada para lelaki, kalau dah kahwin nanti, jangan mengamalkan sikap kedek terhadap bini kalau anda mahu rezeki melimpah ruah! Ingat ok? 0_o

Baiklah.

Malam semalam masa laki aku ajak keluar, aku dah dok pikir banyak kali. NAK KELUAR KE TAK, NAK KELUAR KE TAK, NAK KELUAR KE TAK. Nak pikir nak keluar ke tak pun dah amik masa yang lama. Dari sebelum Maghrib dia ajak keluar sampai lah dekat pukul 10 malam, baru kami keluar. ( Aku malas nak bersiap sebenarnya. Keluar pun selekeh je. Tudung lilit tak pakai pin pun. Aku main selit pusing macam perempuan Arab selalu buat. Heh. )

Punyalah lembab aku nak bagi jawapan kat dia walaupun aku tahu, laki aku MEMANG MENGHARAP SANGAT NAK MAKAN KAT LUAR semalam. Hehehe.

Jadinya, malam tadi, laki aku ajak makan dekat UNO Chicago Bar & Grill disebabkan sebelum ni, aku asyik lalu je kat restoran ni. Tak jauh mana pun restoran ni. DEKAT BELAKANG RUMAH je. Kalau nak pergi jalan kaki pun boleh je lagi tapi idok ler teman rajin sangat kan. 

Kang dah kenyang makan, terbarai pulak perut nak jalan kaki balik rumah! Satu keja pulak kang kan? Kesian pulak laki aku dah satu kerja nak dukung bini dia yang gemok bum bum ni. Balik rumah, kang aku perut terbarai, dia pulak tulang terbarai sebab DUKUNG MANUSIA OVERWEIGHT! Hahahaha.

Ok.

Ni kali pertama aku datang UNO ni. Laki aku dah banyak kali dahhhhhhhhh! Jadinya, dia takdelah nak jakun sangat bila masuk UNO ni. Aku je jakun peghak. =_=

Pe'el aku kalau masuk kedai makan, MESTI NAK TENGOK INTERIOR KEDAI tu. Pada aku, interior kedai UNO ni memang just nice. Cantik je decoration kedai ni. Just perfect lah! Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa! Cuma kedai ni macam gelap sikit sebab lampu yang ada pun, just lampu dining kat each table. Lampu kat syiling atas memang takde langsung! Hmmmmm.

Awal-awal masa sebelum nak keluar tu, aku dah tanya laki aku dulu sama ada UNO ni ADA SALMON TAK dalam menu memandangkan aku kan STILL IN DIET. Jadinya, KENA JAGA MAKAN kan. ( Dietlah sangat kan? Kau tengok jap lagi aku makan apa. )

Bila dia cakap ada. Ok dah lah kan. Sampai-sampai je, tengok menu, terus order. Seperti biasa, kalau air, kami lakibini selalunya akan order air yang sama iaitu :



Ice Lemon Tea

Aku suka gelas UNO ni. Cantikkkkkkkkkkkk! Tinggi. Ada curve kat tengah macam jam pasir tu. Teh dia aku RASA KELAT semacam je. GULA MACAM TAK CUKUP je tapi aku tengok, laki aku rilek je telan. Ke aku yang kuat manis sebenarnya? 0_o

Aku memula konon macam NAK DENGAR CAKAP LAKI lah kan sebab DIA TAK BAGI AKU MINTAK SIRAP GULA LAGI tapi aku kan degil! Dah kalau tekak aku tak lalu nak minum, takkan aku nak minum gak kan? Haruslah aku mintak jugak sirap gulaaaaaaaaaa! Itupun aku mintak lepas main course semua dah sampaiiiiii! 

NAK MINTAK AWAL-AWAL TAK BERANI sebab dah kena sound tepek dengan laki kan tapi last-last, mintak jugak! Hahaha.

Untuk appetizer, kami order :



Boneless Chicken Buffalo Sweet & Spicy.

Agak laju lah jugak aku dengan laki aku makan. Nampak sangat dua-dua kebulurrrrrrrr! Aku kononlah nak diet kan? Padahal, siang tu aku dah BELASAH MAKAN NASI DENGAN SUP KETAM. Lepas tu, dah lah makan malam lambat kan. Ni boleh pulak makan ayam bagai. Sebab tu aku tak kurus-kurus sampai sekarang! Hahaha. ( Takpe. Bukan selalu. Hujung minggu je macam ni. Kekekeke. )

Lepas dah belasah makan appetizer sampai licin pinggan tu, main course pun sampai! Nak kata lama sangat tunggu tu, tak jugak. Kira service memang bagus lah UNO ni. Aku sukaaaaaaaaaaaa!

Untuk main course, aku order ni :




Salmon with Basil, Mashed Potato, Steamed Veggies.

Menu ni dapat sekali dengan roti stick tu ha. Roti tu sodapppppppppppppppp! Pun aku suka! Lembut je. Tak cukup aku punya, aku belasah roti kat pinggan laki aku sekali memandangkan, dia memang tak berapa sangat makan roti. Hehehe.

Laki aku pulak, order ni :



Tender Sirloin Steak with Mashed Potato & Steamed Veggies.

Laki aku ni kalau bab makan steak, DIALAH JUARA! Steak ke, Lamb Chop ke, memang dia suka lahhh! Misalannya kalau dia tension dengan kerja ke apa ke, mesti dia nak ajak pi makan benda-benda ni. Konon macam bila dapat makan ni, kuranglah sikit lah tensionnya. Huhuhu.

Aku pulak, budget lepas makan Salmon tu, KONON NAK ORDER DESSERT sebab aku ternampak ada satu dessert ni. Dalam gambar memang nampak sedap. Lagi pulak aku tengok, dessert kat menu tu THE BEST DESSERT OF THE YEAR! Haruslah aku nak cuba kan?

Sekali kauuuuu .... !!!

Makan Salmon tu pun aku DAH TERMENGAH-MENGAH NAK HABISKAN! Memang tak order dessert lah kan! Kang order, aku tak habis makan kang, aku pulak kena bebel siang malam sebab membazir. Huhuhu. 

Tapi masalahnya, sampai sekarang pulak aku TERINGAT-INGAT DESSERT tu. Macam menyesal lak tak order!  T____T ( Dengan harapan laki aku baca dan bawak aku pegi makan dessert tu! Tolonglah biebie. Tolong baca entry ni. Kesianlah kat binimu ini. Kahkahkah. )

Rate untuk UNO Chicago Bar & Grill ni aku boleh bagi 5 STAR! Sebabnya ... makanan sedap, servis bagus, tak lambat. Decoration kedai pun cantik. Semuanya tip top lah! Hehehe.

Nanti boleh makan sini lagiiiiiiiiiiiii! Kan biebie? 0_O

Errrr ... kalau yang tengah puasa tu, aku mintak maaf lah ye sebab post gambar-gambar makanan. Lain kali kalau puasa, nampak tajuk Memburu Makanan tu, toksah ler kau bukak dan baca ye kalau kau taknak TERBUKA PUASA TIBA-TIBA DENGAN SENGAJA. Hehehe.

Sekian. Masalamah!

Dari Jeddah :
  • Masih belum tidur. MENEMANI SUAMI TERCINTA buat kerja. Baik tak kitewwwww????
  • Pinggang sakit tahap maksima!!! =_=
  • Malam ni movie marathon. Dari pukul 8 malam tadi aku dok tengok movie sampai lah dah nak dekat pukul 12 tengah malam ni ha.


7 comments:

  1. whooahhh kebabommnyaaaa makanannn~!terus lapar.nanti nak dtg makan dekat situ jugaklah insyaAllah.kekeke.

    sweetnyewwww kak nailah :D

    ReplyDelete
  2. hohohoh...pagi2 mcm nie da nengok makanan...kompom lapa...huhu

    ReplyDelete
  3. Sizuka & Are-Long - Memang saja nak buat korang lapar pung! Hahaha. :p

    ReplyDelete
  4. terlambat kenal kak. lau tak, boleh jumpa di jeddah mase evacuation aritu. huhu. Boleh gi jalan jalan.:)

    ReplyDelete
  5. @redbirdfe : Akak pergi je kat tempat penginapan tabung haji tu. Hehehe. ;))

    ReplyDelete
  6. yeke? mase evacuation aritu ke?jumpa sape?huhu

    ReplyDelete
  7. @redbirdfe : Kawan akak. Dia amik Medic jugak dekat Tanta University.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...