May 17, 2011

Memburu Makanan Di Jeddah : Teeyana Cafe


Assalamualaikum.

Sekarang ni, setiap hujung minggu kalau tak pergi buat Umrah, mesti kami pergi beriadah. ( Ecehhhh ... ayat lagi nak guna beriadah kan? Hahahaha. )

Oklah. Takmau guna beriadah. Kami pergi jogging! Yeahhhhhh joggingggggggg! Aku kan nak kurus. Kenalah jogging. Walaupun pakai abaya pun aku larung jugak tapi aku takdelah nak jogging yeyek sangat sebab takut tersadung kan? Jogging perlahan je. Janji peluh keluar.

Selain rutin jogging setiap hujung minggu, lepas jogging mesti terus pergi sarapan. Teringin sebenarnya nak sarapan teh tarik dengan roti canai ke, teh o panas dengan roti bakar ke, takpun milo ais dengan nasi lemak paru sambal! Perghhhhhhhh! Tak terliur pulak aku kan?

Tapi celah mana pulak aku nak cari kedai yang ada buat sarapan macam tu kan kat negara padang pasir ni? Memang harapan tinggal harapan je lah. =______=

Ok. Nak dijadikan cerita, kami lakibini kan memang suka explore kedai makan yang best-best kan? Adalah satu cafe ni. Kami memang selalu je lalu dan tengok orang lepak kat Cafe ni. Dari dulu lah memang nak cuba makan dan lepak kat Cafe ni tapi asyik terbantut je sebab kekadang lupa.

Lepas tu, ada sekali tu, bila dah boring asyik lepak minum kopi lepas jogging dekat Costa Coffee, kami tergerak dan terdetik selebih bersama nak masuk Cafe ni. 


Teayana Cafe
Cafe ni kalau petang hari waktu hujung minggu, memang ramai gila chikaro Arab lepak sini. Dorang biasa dalam kumpulan. Lepak minum, ada yang 'lagi canggih dan moden', sambil lepak hisap rokok. Sekarang ni, pemandangan perempuan Arab hisap rokok adalah biasa pada aku. Hehehe. Dah moden ohhhh bebudak Arab sekarang ni. Biasalah, baru terlepas 'dari kepompong'. Ghitulah rupanya. =_____=

Teayana ni memang banyak jugak cawangan dia kat Jeddah ni. Yang kami pergi ni, dekat dengan Corninche tempat kami jogging tu. Cafe ni memang berdepan dengan pemandangan laut. Jadinya, sambil lepak tu, boleh lah tengok pemandangan laut dengan 'bau sampah sarap yang merata dan sangat busuk okayyy'. T_______T ( Tapi bau tu takdelah sampai ke tempat makan. Takat tempat jogging tu je sebenarnya. Aku kan kuat auta! Hehehe. )


Laki saya tekun baca berita pasal Najib dalam sotkabor Arab. Dia 'penyokong' no 1 Najib weih!

Masa first time datang nak minum kat sini, ingatkan Teeyana ni macam kedai kopi yang lain tapi rupanya, ada makna disebalik nama Teayana tu. 

Cafe ni lebih kepada minuman teh. Teh yang memang sangat berkualiti. Sedap pun lain macam. Siapa penggemar teh, memang boleh dapat bezakan lah mana teh yang sedap dan biasa-biasa sahaja melalui dari bau, warna dan rasa.

Disebabkan kami pun baru datang, kami mintak pelayan cafe ni bagi cadangan lah teh mana yang best dan laki tu cadangkan kami cuba teh dari Argentina! Sedap teh dia. Boleh tahan lah. Heeeeee.

Lagi satu, yang uniknya cafe ni, bila teko yang ada teh panas tu sampai kat kita, mesti dia bawak sekali jam pasir ( tengok gambar atas sebelah gambar laki aku tu. ).


Jam Pasir

Jam pasir ni fungsi utama dia bagi adalah nak bagi teh tu direndam dengan betul. Entah macam mana aku nak terangkan pun aku taktau sebenarnya! Hahahaha.

Yelah, kalau kita buat teh kat rumah pun kan, kita kena biar teh tu rendam lama sikit dalam air panas, kemudian baru masuk gula semua tu kan? Teh ni pun sama lah. Cuma bila jam pasir tu dah habis, kena tekan macam 'punat' dekat atas teko tu. Lepas tu baru boleh tuang dalam cawan dan 'siram dekat pokok' ! 

Eh takkk. Tuang dalam cawan dan minum. Hehehehehe. 


ChocoFruit

Selain teh panas, ada juga makanan lain. Salad, pencuci mulut and appetizer pun ada. Pilihlah mana yang nak. 

Masa first time datang tu, aku order ChocoFruit tu je. Bila kali kedua datang, aku nampak ada Waffle, jadinya, laki aku order ChocoFruit ni. Aku memang kagum lah jap sebab setahu aku lah kan, sepanjang aku dah kahwin dengan laki ni, dia ni amatlah jaranggggggggg sekali nak suka makanan yang macam ni. Memang payahhhhhh! 

Even coklat dekat rumah pun, terkedek-kedek nak makan. Kadang aku suap atau pelawa, baru dia makan! Nak tengok dia amik dan makan coklat sendiri? Memang harammmmmmm payahhhh!!!

Tapi entah kenapa, dia buang tebiat nak ChocoFruit tu. Sampai aku tanya dia banyak kali :

Aku : " Biebie nak makan apa? Salad? I nak waffle lah. " ( Sambil sengih-sengih dekat laki )
Laki : " Bie nak yang makan you makan haritulah. "

Aku tercengang kejap tengok dia ...

Aku : " You nak ChocoFruit ni? Ni?. " ( Sambil tunjuk gambar kat dia dan dia angguk tanda nak. )
Laki : " Yelah. I nak tuuuuuuuu. "

Ok. Fine. Dalam hati aku : " Biar betul budak ni? Sihat ke tak? ". Kahkahkah.


Waffle dengan aiskrim Vanilla dan sirap Hazelnut juga taburan kekacang.

Itu makanan aku. Aku ni haiiii ... pantanglah nampak waffle! Mesti nakkkkkkk! Dah macam budak gemok sangat gembira dapat makan ayam goreng juga burger daging. Huhuhuhu.

Alhamdulillah, makanan dia memang sangat ok. Sedap. Just nice! Servis pun memang 'terbaik' lah! Tapi terbaik masa first time datang je. Kali kedua datang tu, waiter 'tahik' sebab even dalam teko kami masih ada teh panas tu lagi tapi dia boleh selambaaaaaaaaaaaaa je amik teko tu.

Takde pun cakap : " You're done?. " ke apa ke, cuma cakap : " Excuse me." sahaja! Ingatkan masa tu dia nak angkat pinggan makan kami yang dah kosong. Tapi rupanya dia amik teko tu! Terus muka kami lakibini pun jadi muka 'tahik' tahu? =______=

Aaaaa .. memang menyampah lah kalau jadi macam tu. Dari terus nak setia datang setiap minggu, terus dah jadi berbelah bahagi dah sebab spoilkan mood customer. Hampeh sungguhlahhhhhh! Kiciwa betul. Baru nak puji melambung dengan segala servis tapi ... T________T ( Tengok? Betapa pentingnya etika melayan pelanggan. Sepatutnya, tanyalah dulu sama ada dah habis ke, ini tak. )

Mungkin agaknya lepas ni boleh je nak datang lepak minum makan sarapan lagi dekat Teayana tapi kami kena beralih angin ke cawangan dia kat tempat lain lah kot? Huhuhu.

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :

  • Masih berpuasa sampai esok hari.
  • Rasa macam baru je hujung minggu tapi rupanya hujung minggu kembali lagi! Cepat betul masa berlalu kan? Sekarang pun tetiba dah bulan Mei. Tak lama lagi dah Ramadhan. Hmmm.


5 comments:

  1. kak nailah ckp tak lama lg Ramadhan baru teringat ada sehari lg blum ganti pose.hihi.sedapnya waffle!

    ReplyDelete
  2. 1st tyme drop here.follow u.hmm seronok x duk sana?kerja ke?

    heee sedap tgk choco fruite tu =)

    ReplyDelete
  3. neklah makan sedap sedap je...adeuhh....kat msia tak de cafe teayana ni yer ..

    ReplyDelete
  4. @Sizuka Izzati - Haaaa, pegi ganti puasaaa! Akak ni tengah pulun ganti puasa lah ni. Huhuhu.

    @Lord Zara - Balik lambat lagiiiiiii! Entah bila nak balik Malaysia for good. Hehehe.

    @Rara PinkMafia - Mestilah seronok. Sebab dekat dengan Makkah. Alhamdulillah. Hubby kerja sini. ;)

    @Mimy Hamid - Kat sini memang kerja kami makan je Kak! Rasanya Malaysia takde lagi. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...