May 16, 2011

Memburu Makanan Di Jeddah : Asian Restaurant


Assalamualaikum.

Hidup dekat sini memang tak perlu nak risau mana nak cari makanan kegemaran kami berdua iaitu Tom Yam seperti yang ada kat Malaysia sebab kat sini, restoran berasaskan makanan Asia memang sangatlahhhhhh berlambakkkk! 

Tapi dalam berlambakkkkkkk yang ada tu, satu restoran ni memang menjadi restoran yang kerap kami datang bila hati teringin dan teruja dan rindu dengan makanan Malaysia! Tapi kau janganlah tinggi harapan nak cari siput sedut lemak cili api pulak kat kedai makan ni sebab kedai ni lebih kepada makanan Thailand macam tu.

Nama restoran ni Asian Seafood Restoran. Kedai ni memang sentiasa penuh tak kira masa. Kalau bulan puasa pun, tetappppppp penuh jugak! Dulu masa kali pertama datang makan sini, perghhhhh memang terbaik lahhhh! Servis dan layanan pun cepat je. Takde nak kena tunggu dalam masa yang lama.

Cuma tak bestnya, dah kata Asian Seafood Restoran kan? Ada setengah tu, pinoy kalau dah datang, perghhhhhh! Perghhhh! Perghhhh! Buat kedai tu tak macam dia je kan yang datang makan situ. Borak kuat-kuat, lepas tu belum masa dorang gelak lagi! Rasa macam nak bangun pergi lempang je kan. Huhuhu.

Tak paham betul bangsa perangai macam tu. Memekak tu dah satu hal! Lepas tu, bila tahu dan nampak orang memang ramai dan tunggu giliran nak meja dan duduk, boleh pulak suka hati nak duduk lagi borak-borak macam kau nak tidur kat situ jugak! Pak Arab dah buat muka bengang pun boleh rilek lagi buat taktau. Agaknya Pak Arab ni nak lempang jugak dorang macam aku tapi memandangkan tasbih kat tangan je, bawak bersabar je lah! Hahaha.

Baiklah.

Selain menu Tom Yam yang sedap gilaaaaaa, laki aku suka dengan Kari Hijau Daging kat sini. Aku ni memang sebelum ni tak pernah langsung tengok kari warna hijau. Masa datang kedai ni pertama kali lah aku tahu benda ni. Memang aku tak makan lah sebab macam pelik! Tapiiiiiii ... bila dah rasa dan tahu kesedapannya ... aku pulak makan lebih-lebih kalau laki aku makan tak habis! Hehehe.

Minggu lepas, datang kedai ni sebab laki aku teringin nak makan Kari Hijau Daging tu dan kebetulan jugak, laki aku tak makan nasi lagi dari siangnya sebab dia sangat sibuk! Almaklumlah, laki saya ni sangat komited dengan kerja sampai kadangkala, tak makan pun takpe demi nak mencapai juga menyiapkan kerja dalam masa yang dah ditetapkan! =____=





Gambar kanan adalah rupa seorang manusia yang tengah lapar dan sangat tak sabar nak makan walaupun takdelah lambat makanan sampai tapi nak jugak hentak-hentak meja memberontak dekat pelayan restoran! ( Ok. Ini tipu. Hentak meja tu tak eh? Laki saya seorang yang sopan sebenarnya! Hahahah) manakala gamabr belah kiri pula adalah rupa seorang suami yang marah bila isteri malas masak di siang hari! Hahaha. ( Pun tipu jugak! Dia seorang suami yang baik. Kebetulan tak masak sebab hujung minggu. Hujung minggu biasanya hari rehat untuk saya dari masak. Heeeeeee. )


Sotong Goreng Tepung




Tomyam Seafood

Haaa ni lah! Kari Hijau Daging. Sodapppppppp!

Kuew Tiaw Goreng

Makanan kat atas semua tu memang menu yang biasanya kami akan order bila datang sini. Kadang-kadang kalau lagi kebulur, kami order Ikan Masak Masam Manis! Hehehe. Macam kat Malaysia je kan? Bukan itu sahaja. Malah aku rasa, kedai kat sini makanannnya jauh lebih sedapppppppp dari kedai dekat Malaysia!

Tak percaya? 0_o

Nanti kalau kau orang datang sini buat Umrah, meh jumpa. Aku bawak makan sini. Aku belanja makan tapi sudah pasti laki aku tukang bayar! Hehehe.


Pasangan bahagia : Azman dan Nailah!
Sekian. Masalamah!

Dari Jeddah :
  • Harini sudah hari ketiga aku berpuasa. Hutang puasa kena bayar! Dah nak dekat Ramadhan ni. Korang dah bayar? 0_o

2 comments:

  1. nasib baik baca entri tgh malam (dah fuuulll) ..so takde lah tgodaa..hahahha..

    p/s:psgn bahagia NAILAHAZMAN.like like. ;))

    ReplyDelete
  2. @Lynn - Akak masa update entry ni pun macam dah lapar je. Hahaha.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...