May 24, 2011

Kisah Benar : Kes Dengki - 'Penyakit' Kronik Manusia


Assalamualaikum.

Harini nak kongsi kisah benar yang berlaku di kalangan kawan aku sendiri. Nama dan tempat semua aku tukar atas permintaan dirinya sendiri.

Kisahnya begini :

Abu berasal dari kampung. Kehidupan keluarganya sangat sederhana. Ayahnya, Pak Osman cuma bekerja sebagai pesawah. Mengerjakan bendang peninggalan nenek moyang dari zaman dahulu kala. 

Emak Abu, Mak Minah pun sama. Menolong ayahnya mengerjakan bendang. Mak Minah adalah seorang isteri yang sangat setia menemani suaminya mengerjakan bendang tak kira waktu dan masa.

Abu mempunyai 7 orang adik beradik. 4 lelaki dan 3 orang perempuan. Walaupun hidup mereka kadangkala ada satu masa kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang, mereka hidup bahagia. Tidak pernah sesekalipun ada di kalangan adik-beradik Abu merengek atau mahukan sesuatu di luar kemampuan Ayah dan Emaknya.

Hubungan Abu dan adik beradik yang lain memang sangat rapat. Abu pulak selalu kerap menjaga adik-adik yang masih kecil jika Pak Osman dan Mak Minah keluar mengerjakan bendang. Dari kerja dapur sehinggalah bab mengemas rumah apatah lagi menukar lampin adik-adik, Abu memang sangat cekap mengerjakan semua kerja itu.

Nak mengharapkan abang sulung Abu, si Ali memang harapan lah sebab Ali lebih kerap melepak bersama kawan-kawan. Biasalah. Budak remaja. Orang cakap, baru nak up. Lebih suka melepak dengan teman dari duduk rumah. Segala kerja rumah Ali letak sepenuhnya pada Abu sebab dia tahu Abu seorang adik yang boleh diharapkan.

Hubungan keluarga Abu sangat rapat dengan orang-orang kampung terutamanya Pak Osman dan Mak Minah. Ayah Abu memang kerap menolong masyarakat kampungnya walaupun Ayah Abu sedar yang keluarga dia sendiri hidup sederhana dengan pendapatan pun tidak tentu dan cuma mengharapkan hasil dari bendang sahaja.

Selain kerap menolong masyarakat kampung, Pak Osman dan Mak Minah sangat ringan tulang membantu masyarakat kampungnya jika ada di kalangan mereka mengadakan sebarang jenis kenduri. Mesti Pak Osman dan Mak Minah datang dan tolong kerjakan apa yang patut.

Boleh kata, mereka ni memang keluarga yang baik perangai dan tinggi budi bahasanya

Tapiiiiiiii ...

Langit tidak selalunya cerah. Kehidupan Abu sekeluarga menjadi kucar-kacir apabila Mak Minah sering meracau dan histeria hampir setiap hari tak kira siang atau malam. Terutamanya waktu Maghrib dan juga tengah-tengah malam.

Keadaan Mak Minah yang berterusan histeria tak kira masa sangat lama. Puas sudah sebenarnya Pak Osman bawak Mak Minah pergi berubat kampung. Rumah pun dah banyak kali Pak Osman 'pagarkan' tapi keadaan tetap sama.

Setiap kali berubat, mesti benda yang sama ustaz akan bagitahu dekat Pak Osman : " Ada orang dengki ni dengan keluarga kamu. Dia hantar 'benda' biar keluarga kamu tidak aman. Kacau bilau. Keadaan macam ni akan berterusan sebab memang niat orang ni nak keluarga kamu macam ni. "

Puas Pak Osman memikir sebenarnya, apa salah yang dia telah lakukan sampai begitu sekali orang buat pada isterinya. Tapi dia buntu.

Abu pulak, seakan sudah lali dengan jeritan Mak Minah. Abu, Ali dan adik-adik yang lain, bila setiap kali nak Maghrib seakan 'sudah bersedia' menanti hilaian dari Mak Minah. Lama-kelamaan, mereka sudah seakan tiada perasaan bila kadangkala mereka asyik terdengar atau terserempak dengan 'benda' yang berkeliaran di rumah mereka dan menggangu Mak Minah itu.

Sehinggalah pada suatu hari tu, akhirnya masyarakat kampung tahu apa yang terjadi pada Mak Minah dan rupanya, orang yang bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi pada Mak Minah itu rupa-rupanya bukan sahaja menjadikan Mak Minah sebagai 'mangsanya' tapi ada juga orang kampung lain yang menjadi mangsa.

Akhirnya, orang itu dihalau keluar dari pada kampung mereka!

Alhamdulillah selepas itu keadaan Mak Minah semakin pulih. Mereka pun meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Beberapa tahun kemudian, anak-anak Pak Osman dan Mak Minah iaitu Ali, Abu, Amin, Aman, Tipah, Fatimah dan Mariam pun dah besar. Ali, Abu dan Tipah sudah berkahwin. Pak Osman & Mak Minah pula telah bergelar Atuk dan Nenek.

Kehidupan Pak Osman boleh kata tidah susah macam dahulu kerana anak-anaknya dah bekerjaya. Boleh kata, semua anak Pak Osman berjaya melanjutkan pelajaran sampai ke universiti. Sementelah, Abu pulak mengembangkan kerjaya dan pengalamannya dengan bekerja di luar negara

Walaupun Abu bekerja di luar negara, Pak Osman tidak pernah sekalipun mencanangkan kepada orang kampung. Lagipun itu bukan sifat Pak Osman. Pak Osman lebih suka merendah diri. Abu pula kalau pulang ke kampung, bila orang tanya : " Kau kerja mana sekarang Bu?", Abu pasti akan memberi jawapan yang dia hanya bekerja di ibu kota Kuala Lumpur.

Nak dijadikan cerita, Abu dapat bekerja di Asia Barat dan kebetulan kali ni, baru Abu berpeluang membawa isterinya bersama kerana sebelum ini, Abu pergi berseorangan atas tuntutan sebagai seorang pelajar yang dibawa isterinya.

Kalau sebelum ini, kereta dipakai oleh isterinya untuk dibawa ke kelas dan bila isterinya sudah tamat pengajian, Abu dan isterinya telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk menghantar kereta untuk kegunaan Pak Osman dan adik-adik dia di kampung.

Kebetulan pula, Pak Osman dan Mak Minah kerap sakit kaki dan Aman sudah mempunyai lesen memandu. Bolehlah kereta itu digunakan untuk membawa Pak Osman dan Mak Minah ke klinik jika sakit ataupun untuk kegunaan seharian.

Sehinggalah baru-baru ini, Pak Osman mengadu pada Abu bahawa ada salah sorang orang kampung mereka, telah membawa mulut pada masyarakat kampung tentang kereta yang dihantar Abu balik ke kampung :

Pak Osman : " Ada orang dok habaq pasal hang letaq keta hang kat sini. "
Abu : " Habaq pa Yah?. "
Pak Osman : " Orang tu habaq kat depa ni, hang doq letak keta hang kat sini sebab hang takak duit nak bayar keta bulan-bulan. Sebelum bank tarik keta hang, hang letak kat kampung. "

Abu yang mendengar aduan Pak Osman, terus terkejut ...

Abu : " Takpalah Yah. Biaq pi kat orang tu. Ayah buat taktau ja. "

Dalam hati, Abu sedih sebenarnya. Kenapa ada orang kampung masih bersikap begitu pada keluarganya sedangkan, dia sekeluarga tidak penah langsung nak menyakiti hati orang lain apatah nak sibuk jadi 'radio bergerak' tentang hal orang kampung.

Abu ingatkan cerita itu habis di situ sehinggalah ada suatu petang tu, seperti biasa, setiap hujung minggu, dia mesti telefon dan bertanya khabar tentang orang tuanya di kampung. Baru je bertanya khabar, Pak Osman bercerita :

Pak Osman : " Mak hang kena lagi. Ada orang hantaq lagi. Adik hang pun kena, Tipah dengan Mariam. Orang tu hantaq masa Ayah pergi solat jemaah Maghrib kat surau. Dahlah Aman pun takdak. Tinggal depa je kat rumah. Masa tulah orang tu hantaq. Abis Mak hang mengamuk. Lama jugak. Suruh keluaq, takmau. Ayah sampai terpaksa panggil Imam kampung. Baru benda tu nak kuaq."

Menurut cerita dari Timah pulak ...

Elok je Pak Osman pergi surau. Rumah tiba-tiba tiada elektrik. Kemudian, Tipah tidak sedarkan diri. Tahu-tahu, dia sedar pun, Fatimah sedang memegang tangannya. Kemudian baru Fatimah bersuara lepas Tipah tanya apa yang telah terjadi :

Tipah : " Aku kenapa weih? "
Fatimah : " Hang dok kalut menjerit-jerit tadi. "
Tipah : " Ya ka? Aku ada buat apa-apa ka?. "
Fatimah : " Hang dok jerit lah. Cakap apa entah. Tak paham. "
Tipah : " Ya ka?. " ( Muka sedih. =____= )

Baru je Fatimah sedarkan Tipah, tak semena adik yang paling bongsu pulak si Mariam menjerit-jerit tak tentu hala sama seperti apa yang berlaku pada Tipah. Memandangkan yang tinggal di rumah semua perempuan, kalut keadaan jadinya dalam rumah tapi semua berusaha jugak menyedarkan Mariam.

Mujur Mariam meracau sebentar cuma. Belum lagi mereka berempat hilang penat kerana meredhakan keadaan, tiba-tiba ..

Mak Minah tidak sedarkan diri dan terus jatuh ke lantai. Tipah, Fatimah dan Mariam terus panik. Bila digerakkan, tiada reaksi langsung. Sehinggalah ...

Mak Minah tiba-tiba tersedar dengan matanya terjegil seperti orang marah dan terus Mak minah menjerit!  Menjerit dan terus menjerit. Fatimah cuba meredhakan keadaan. Segala ayat Quran dibaca tapi tiada perubahan. Mereka bertiga tiada pilihan melainkan memanggil Pak Osman yang masih di surau.

Mujur masa Tipah mahu keluar ke surau, Aman pula baru pulang dari entah mana. Tipah meminta tolong Aman untuk tingal di rumah memandangkan kudrat Mak Minah manjadi luar biasa dan risau jika Mak Minah lari keluar dari rumah dengan keadaan meracau begitu.

Sampai di surau, Tipah terus memaklumkan pada Pak Osman dan mereka bergegas pulang ke rumah dan tidak lupa, Pak Osman mengajak sekali Imam memandangkan keadaan Mak Minah yang teruk dirasuk.

Masuk je rumah, mereka terus ke arah Mak Minah. Mak Minah pulak bila kelihatan kelibat Imam, terus Mak Minah lagi 'mengamuk'. Pak Osman jadi sedih melihat keadaan isteri dan tertanya-tanya, kenapakah mereka sekeluarga diganggu lagi? Apa salah mereka? T___T

Semasa Imam berusaha mengeluarkan 'benda' yang ada di dalam badan Mak Minah, tak semena-mena Mak Minah menjerit dengan sekuat hati : 

Mak Minah : " Kau nak apa? "
Pak Imam : " Aku nak kau keluar! Keluar dari cucu cicit Adam. Kau keluar sekarang! "
Mak Minah : " Kahkahkahkah. ( Mengilai sura Mak Minah masa ni. ). Aku tak nak keluar! Aku nak dia! Dia aku punya! Kalau kau nak tahu, rumah ni gelap sebab akulah puncanya! Apa yang kau boleh buat? Aku berkuasa sekarang ke atas dia!. "

Keadaan berterusan begitu selama dua jam. Jenuh jugak Pak Imam nak memulihkan keadaan Mak Minah. Elok je Pak Imam berjaya keluarkan 'benda' dari badan Mak Minah, terus Mak Minah longlai dan sebelum Pak Imam beredar untuk ke surau semula dan menunaikan solat Isha' pula, Pak Iman sempat berpesan pada Pak Osman :

Pak Imam : " Man, esok datang rumah aku. Nanti aku bagitahu siapa punya angkara ni. "
Pak Osman : " Baiklah Imam. "

Malam itu pula, disebabkan masih takut, Pak Osman mengarahkan mereka semua tidur bersama-sama di ruang tamu rumah.

Bila siang menjelma, terus Pak Osman ke rumah Pak Imam.

Pak Imam : " Hang tau ke tak sebenarnya siapa buat keluarga hang malam tadi?. "
Pak Osman : " Taktau Imam. Ini bukan pertama kali. Dulu pun macam ni jugak Imam. Masa anak-anak aku kecik, macam ni jugak kesnya. "
Pak Imam : " Aku habaq kat hang tak bermakna aku bukak aib orang tu tapi aku nasihatkan hang, hang banyak sabaq. Aku tau hang sekeluarga memang baik tapi manusia ni Man. Rambut sama hitam. Hati lain-lain. "
Pak Osman : " Tapi Imam, minggu lepas, ada orang habaq kat aku, Bakar dok habaq kat orang kampung yang aku tak jujur. Amik duit surau. Tapi aku takde jumpa Bakar pun. Cuma aku pegi semua rumah orang kampung ni dan aku habaq kat depa balik yang aku memang tak amik duit depa. Ada lagi dekat aku. Sesen pun aku memang tak pernah guna. "

Muka Pak Imam terus terkejut ...

Pak Imam : " Astagfirullah Al-Azim. Sampai macam tu sekali Bakar buat hang Man? Itu dikira fitnah Man. Nauzubillahminzalik!. " ( Pak Imam geleng kepala. )
Pak Osman : " Entahlah Imam. Aku taktau apa salah aku sebenarnya. Dulu, dia habaq anak aku si Abu tu leta kereta kat kampung sebab Abu tak de duit dah nak bayar kat bank. Kemudian, dia habaq pulak kata aku curik duit surau. Aku sabaq je lah. Biar Allah balas. "
Pak Imam : " Sebenarnya Man, orang yang fitnah hang tu lah yang hantaq 'benda' tu kacau orang rumah dan anak-anak hang malam tadi. "

Terduduk Pak Osman bila mendengar cerita dari Pak Imam.

Pak Imam : " Aku ada tanya jugak Bakar pagi tadi. Aku tanya dia, betui ka? Dia taknak mengaku tapi bila dah nak gerak tu baru dia dok habaq, dia buat macam tu sebab dia cakap kau sombong!. "
Pak Osman : " Allahuakbar! Bila pulak aku sombong?. "

Kecewa sebenarnya perasaan Pak Osman bila ada yang membuta tuli menuduh dia sebegitu sedangkan dia sendiri sedaya upaya menjaga hati orang di kampung itu.

Pak Imam : " Takpelah Man. Hang sabaq. Aku tahu hang macam mana. Hang memang baik. Aku dah nasihat Bakar tu. Aku taktau dia nak dengar nasihat aku ke dok. Hang sabaq ja. Biar Allah balas semua kejahatan yang dia dah buat. Kita doa je Man. Biar dia sedar dan kembali ke jalan Allah. "
Pak Osman : " Baik Imam. Takpelah. Dunia ni sementara sahaja. Kat Akhirat nanti, biar Allah bagi balasannya. "

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Pak Osman tidak berhenti berdoa di dalam hati agar Allah kuatkan hatinya untuk menempuh dugaan yang menimpa keluarganya ini. Dia juga berdoa agar Bakar kembali ke pangkal jalan dan tidak melakukan perkara yang sama seperti malam tadi. 

Pada Pak Osman, tiada guna kalau dia mahu membalas segala kejahatan sedangkan Allah itu lagi Maha Berkuasa. Dia serahkan segalanya pada Allah.

Sekian.

__________________________________________________________________________


Punyalah panjang cerita ni. Nak pendekkan aku memang tak reti. Huhuhu.

Pada aku, sifat iri hati atau dengki sampai hantar hantu bagai ni memang satu penyakit yang kronik di kalangan manusia. Lagi-lagi di kalangan orang Melayu kita sendiri.

Sikap sikit-sikit nak pergi jumpa bomoh dan hantar hantu ni memang sangatlah syirik di sisi Allah. Berdoalah agar golongan yang syirik ni pulang ke jalan yang lebih diredhaiNya.

Amin Ya Rabb.

Sekian. Masalamah!

6 comments:

  1. tu lah org melayu kite.itu mmg sikap yg tak boleh lari.mereka menfitnah.mereka jugak yg menghantar berbagai2 benda.hmm kecewa sgt.

    ReplyDelete
  2. susah nak cakap... tapi inilah hakikat sebenarnya yang terjadi di kalangan masyarakat melayu...

    ReplyDelete
  3. @rara pinkmafia - Sebab tulah akak cakap penyakit kronik. Kebanyakan yang buat tu semua adalah kaum kita sendiri.

    @Mia Liana = Yup. Betul tu. Susah nak ubah perangai yang macam tu.

    ReplyDelete
  4. Ku rase ku tau kwn mu tu...mu mcm penah citer je...ckp kt abu,sabaq...ade hikmah sume ni jadi.huhu

    ReplyDelete
  5. Ku mcm knl la kwn mu ni dan kaum kuarga nye...mu mcm penah cite..tp dl la..ingat kn da hbs citer..rupe nye semakin menjadi2..mu habaq kt abu,bnyk kan bersabaq,bnyk kn doa..ade hikmah sume ni jadi...kim slm kt pak osman ngn mak osman..huhu

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...