May 23, 2011

Ditegur Salah, Tak Ditegur Lagilah Salah!

Assalamualaikum.

Bukan senang atau mudah sebenarnya kita nak menegur seseorang untuk berubah ke arah kebaikan. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Ada manusia seakan lupa bahawa sesama Islam itu sepatutnya adalah menegur umat Islam yang lain untuk lebih patuh pada perintahNya.

Kebanyakan yang menegur pasti dicemuh, dimaki dan dikata berbagai rupa yang kadangkala, sampai satu masa boleh membuatkan si penegur itu terus jadi memendam rasa dan diselubungi dengan bermacam rasa termasuklah jadi keliru dengan tindakan diri sendiri yang menegur seseorang untuk lebih ke arah yang diredhaiNya.

Bila ditegur je, ada mencebik :

" Kau ni, macam lah betul sangat kan nak tegur-tegur orang? Dah cukup ke amalan kau? Dah betul ke segala pegangan agama kau?."

Paling tidak pun, ada juga yang mencemuh :

" Eh kau ni! Tak baik tau kau buat macam tu! Kau tau tak yang kau ni dah macam mengaibkan dia? Kau tahu kan berdosa kalau kita mengaibkan orang dalam Islam?. "

Dan bermacam lagilah persoalan dan kata-kata yang akan dilemparkan pada pihak yang menegur.

Paling sedih sebenarnya, ada yang seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah walaupun sudah terang lagi bersuluh, si penegur cuma mahu orang yang dia tegur itu supaya kembali dan sedar ke jalan Allah SWT.

Niat si penegur baik sebenarnya. Tiada niat mahu sebarang pujian atau atau kata-kata yang yang boleh membuat si penegur itu sendiri rasa riak yang memang boleh memesongkan tujuan dan niat dia yang sebenar.

Seeloknya, kita bersyukur padaNya sebab sekurang-kurangnya ada orang yang sudi menegur kita bila kita melakukan kesilapan. Lagi-lagi orang yang menegur itu, menegur kita yang telah buat kesilapan pada Pencipta kita Yang Satu dan Sangat Agung itu.

Betul bukan?

Bukalah minda anda wahai teman seislam. Terimalah teguran itu dengan baik. Jangan sesekali ada perasaan buruk sangka dalam hati kalian tapi sujud syukurlah kerana ada yang masih sayang anda kerana sudi menegur anda supaya terus tidak leka dengan rencana dunia.

Beringatlah. Dunia semakin tua. Dunia semakin dimamah usia. Juga, semakin bertambah usia kita, semakin dekat juga kematian dengan diri kita. Ambillah pendekatan dengan kembali ke pangkal jalan sebelum kita pulang menghadapNya.

Sekian. Masalamah.

Sent from my iPhone by Mobily

5 comments:

  1. bila dh kena tegur, baru nk fikir psal aib.. kan.. =)

    ReplyDelete
  2. patut senyap je la kalau ditegur even tak suka. -_-

    ReplyDelete
  3. orang kita ni sensitif...main peranan untuk tegur dengan cara psiko...takleh terus terjah..kena bambu so...pandai2 la kita bercakap

    ReplyDelete
  4. @sizukaizzati : Thank youuu~ ;))

    @Solihin Zubir : Sabar jelah SZ. Jangan putus asa. Terus mengingatkan yang lain. ;))

    @Hanim Mahali : Betul tu. Kalau dah tahu salah, tak payah nak cakap benda dia buat tu tetap betul. Tak elok.

    @Mimy Hamid : Kekadang, manusia yang menegur dah habis jaga sensitiviti orang yang ditegur sebaik mungkin tapi manusia kan, terlalu cepat melenting. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...