May 18, 2011

Demam Nur, Adam & Aidil.


Assalamualaikum.

Nampaknya demam filem Nur Kasih ni hebat jugak kan? Dengar kata sampai masuk ke rancangan 360 walaupun sebenarnya memang boleh kata sangat yang filem tu takde kena mengena langsung dengan mesej utama 360 tu. Hebat kan? =___=

Aku ingat lagi, masa awal drama ni ditayangkan dekat TV3, memang boring sangat sebab kalau perasan, awal episod drama ni dulu, memang lembab gilaaaa! Mengantuk tengok. Dahlah tayang dah nak dekat waktu tidur.

Masa tu pun, aku dekat kampung mertua. Tengok dengan adik ipar. Baru je start, semua buat muka boringgggggggggg ...

Aku : " Cerita apa ni Lela? "
Lela : " Entah. Drama baru. Nur Kasih ke apa entah nama drama ni. "

Baru je drama tu langsung beberapa minit, terus iklan keluarrr! Kau tahu je lah. TV3 kan memang kaya dengan iklan! Kalau sekejap, takpelah jugak. Ni berejam nak kena tunggu. Memang boleh potong mood orang. Huhuhuhu.

Lepas iklan, bila tengok balik, memang boring jeee drama Nur Kasih tu sebab mungkin masa tu, scene Tuan Haji tu je kot? Hehehehe. Lagipun, episod awal drama Nur Kasih kan kebanyakannya, imbas kembali zaman kanak-kanak Adam dengan Aidil. Kannnnnnnn???

Sangkut tengok drama Nur Kasih ni pun bila dah keluar Nur, Adam dan Aidil. Barulah dari situ, setiap minggu, hari Khamis eh? Ke hari apa yang ada drama Nur Kasih ni. Mesti dah tercongok depan tv tunggu drama ni.

Ada satu masa, sanggup kalau nak pergi memana ke, sanggup sampai batalkan perancangan tu semata nak tahu jalan seterusnya drama Nur Kasih. Punyalah mabuk dengan drama ni. Huhuhuhu.  T____T

Tapi memang boleh kata, lakonan Tiz, Remy dengan Fizz Fairuz tak lupa juga watak tambahan si Sara tu ( Aku lupa nama pelakon tu ) dan watak Sharifah Sofia yang wataknya lebih awal dulu dah jadi isteri sah Remy. Kan?

Eh, tak lupa. Si Ayu Raudhah tu haaaa. Pun memberi impak jugak bila mana Sara banyak menghasut isteri Aidil tu dengan memberi fakta yang salah tentang Nur Amina. ( Sedih tengok Ayu Raudhah sekarang ni. Lepas kahwin, nampaknya makin seksi. Hmmmm. )

Sana-sini kalau pergi memana sekalipun, mesti dok nak sembang pasal Nur Kasih. Bila tertinggal episod ke, kalau yang ada internet tu, boleh tengok online dekat Tonton. 

Dalam banyak episod Nur Kasih tu, aku paling suka scene yang Nur dengan Adam candle light dinner sama-sama tapi bukan duduk satu meja pun. Cuma berdepan balkoni. Cakap dari jauh. Memang nampak sweet dan romantik. Boleh senyum sorang-sorang sebenarnya tengok gelagat Adam nak tackle Nur balik! Hahaha.

Alhamdulillah drama ni berkesudahan dengan plot cerita yang baik. Cuma agak tergantung. Rupa-rupanya nak keluar filem. Tapi lepas drama Nur Kasih tu habis, amik masa jugaklah TV3 nak tarik penonton balik nak tengok slot Zehra tu.




Dengar feedback dari beberapa yang dah pergi tengok filem ni, katanya filem ni memang boleh buat kau nangis beriya. Tak tahulah kan. Memang bukan rezeki aku dapat tengok sebab aku jauh dari Malaysiaaaaaaa! Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa! T_____T

Aku dapat tengok teaser filem je. Itupun aku dah rasa sedih tengok teaser. Belum tengok penuh lagi. Mau kot aku nanges lagi beriya macam tengok filem Ayat-Ayat Cinta tu? 0____o

Nanti kalau korang pergi tengok, do let me know best ke tak filem dia. Sama ke tak bestnya dengan drama atau drama lagi best. Ok?

Good Luck untuk semua krew produksi filem Nur Kasih. Tahniah kepada semua pelakon sebab berjaya mewujudkan demam Nur, Adam & Aidil!

Sekian. Masalamah!

7 comments:

  1. best drama ni
    suwit sangat


    esok nak tgk movie dia
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. ye la drama best...muvie mesti best++...xsbr nk tgk...huhu

    ReplyDelete
  3. from jeddah?



    am from egypttttttttt hehe

    ReplyDelete
  4. ceirta ni memang sedih gila.tak habis2 adam dgn nur kena ujian.time tengok tu,rasa nak nangis pon ada tapi air mata tak keluar,just terbatuk je haha -.- tapi akak kat sebelah i menangis kalau tak silap :)

    ReplyDelete
  5. @Ery_Farieha : Tapi Ery dah cakap yang filem tak sebest drama kan? Tapi nak tengok jugakkk! T___T

    @Farah Hanis : Bestnya dapat tengok! Jeles. =__=

    @Lynn : Lynn dah tengok belum? Nanti akak nak Lynn buat review gak sebab ada cakap best, ada cakap tak.

    @mrs_nzir : Boleh ke tengok dah ada si kecik tu? Hehehe.

    @redbirdfe : Awak kat Egypt belajar kat mana? Akak ada kawan dari sana jugak. Amik Medic. Dia kat University Tanta kalau tak silap. ;))

    @alina : Hahaha. Yeke terbatuk je? Ke da nangis? :p

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...