May 10, 2011

" Biebie Nak Kemeja Bunga Macam Pengacara Top Gear! "


Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama dia aju kat aku nak baju sejibik sejiban macam pengacara Top Gear ni pakai. Korang pernah dengar rancangan Top Gear tak? 0_o

Untuk yang tak tahu :

Top Gear ni rancangan pasal kereta. Dari secikai-cikai kereta sampailah kereta yang mahal sekalipun. Semua ada dalam rancangan ni. Rancangan ini juga bukan semata tunjuk kereta semata tapi jugak memberi sedikit sebanyak pengetahuan tahap kereta juga mereka kongsi tentang kelebihan dan kecanggihan sesebuah kereta itu. Siapa yang suka dengan kereta tahap gaban, haruslah menjadikan rancangan ini sebagai rancangan kegemeran anda sebagaimana laki saya buat! Heeeeeeeee.

Ok.

Disebabkan laki aku setiap kali kalau tengok je rancangan ni dan setiap kali pengacara tu pakai 'BAJU YANG DIA NAK SANGAT TU', dia mesti akan cakap : " Ayang, biebie nak pakai baju macam tu lah. Cantiklah. Baru stylo! ". Aku : " Stylo kepala hotak kau!".

Woiiii! Kau jangan eh? Dialog hujung sekali tu, aku reka. Bukan sebenar-benarnya! Kau gila nak cakap macam tu? Masuk neraka tahu? =_=

Meh aku tunjuk baju yang laki aku bising nak sangattttttttt tu meh ...




Hah!

Laki aku nak baju kemeja bunga-bunga yang pengacara belah kanan sekali tu pakai! Tak kisahlah bunga besar ke bunga kecik ni. Tibaiiii! Janji dia nak BAJU KEMEJA BUNGA-BUNGA tu. Selesai!

Jadinya, minggu lepas, niat sebenarnya pergi jalan-jalan cuci mata dan tujuan utama pergi Mall of Arabia adalah untuk cari baju kerja dia kat butik Zara. Alaa Zara je pun! Tak mampu nak pergi mahal-mahal lagi. Heeeeeee.

Bila pergi dekat Zara, takde langsung baju kerja yang aku berkenan tapi laki aku ni berkenan pulak kat satu baju. Dan sebab nak puaskan hati dia, aku layan jelah. Teman dia cuba kat Fitting Room. Nak tengok ok ke tak. Sekali dah cuba, dia pulak tak berkenan! Hahaha. ( Aku dah kata tak cantik! Selamat dia tak jadi beli. Hehehe. )

Dah pusing dan cari banyak kali pun, tetap takde yang cantik. Semua design baru gagal menambat hati untuk dibeli kami dan dibawa pulang ke rumah. Kami terus keluar. Cari kat butik lain.

Jalan punya jalan, baru dia nak ajak pergi beli coklat Patchi, aku ajak dia cari dekat Pull and Bear. Baju kat situ pun boleh tahan jugak sebenarnya. Kain pun sedap pakai. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim panas.

Memula laki aku tak masuk. Sebab pe'el dia ni, kalau orang tak berapa nak ramai, dia cuak sikit nak masuk. Aku pun taktau nape. Ke perangai laki memang camtu? 0_o

Masuk-masuk je, dia dah suka satu baju kemeja ni. Warna putih. Baru aku nak jegil biji mata tak bagi beli warna putih sebab dia dah ada banyakkkkkkk sangat kemeja warna putih, dia terus cakap : " Alaaa biebie kena pakai baju putih. Sekarang kan musim panas. Kenalah pakai warna putih.". Ok. Mengalah. =_=

Bila dah ambil baju tu, dia jadi macam tak berapa berkenan pulak sebab kat kemeja tu macam ada lapik dekat siku. Warna coklat. Terus dia cakap : 

Laki : " Taknaklah. Ada benda ni. Peliklah."
Aku : " Apa pulak nak pelik? Kan fesyen ni. Memanglah camni. Lawalah!. "

Terus dia amik balik! Hahaha. Aaaa laki aku ni kekadang dok sound aku je cakap : " Alahhh biebie nak fesyen pun tak boleh. Nak jugak stylo.". Dah tu? Aku pilihkan baju fesyen macam tu, pelik pulak? Camno? 0_o

Jadinya, dia amiklah jugak sebab dah bini cakap ok kan. Hehehehe. Lepas tu, cari lagi kemeja lain. Tup tup nampak kemeja bunga-bunga macam dalam Top Gear tu. Terus muka dia pun berbunga-bunga! Punyalah dia eksaited. Hahaha. 

Ikutkan sebenarnya, baju tu takde saiz S. Ada saiz L je tapi kalau dah kata NAK SANGAT KAN, tetap nak cuba jugak saiz besor gabak!

Tapiiii ...

Nasib baiklah muatttttt! Dah besar rupanya laki aku! Hahahaha. Teruslah amik. Sukalah diaaaaaaa! Senyum je masa bayar kat kaunter pembayaran. Hmmmmm.

Dah puas hati sebab dapat baju yang dia nak sangat, sebagai habuan dan juga disebabkan bini takde beli apa-apa ( Sila percaya! ), laki aku pun belanja borong coklat dekat Patchi. Kebetulan ada sale 50% tapiiii ... coklatnya takde sale pun cuma aku boleh cakap, coklat Patchi ni murahhhh kat sini berbanding kat Malaysia! 

Balik rumah, dua-dua puas hati. Sorang puas hati sebab dapat kemeja yang diidamkan. Yang lagi sorang puas hati sebab dapat coklat sedappppppp! Hahaha.

Sekian. Masalamah!

2 comments:

  1. *masturah idrus sedang dalam mode jelez*

    haha

    ReplyDelete
  2. @masturah idrus - Kalau cerita macam ni, mestilah Mas yang jeles duluuuuu. Hahaha. :P

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...