May 17, 2011

Aku Anak Cikgu


Assalamualaikum.

Dulu masa kecik-kecik, bila sama sekolah dengan Mak, kawan-kawan aku selalu je tanya : " Best tak jadi anak cikgu? ". Takpun mesti ada je yang cakap : " Bestnyaaaa awak anak cikguuuu!. ". Aku ? : " Entahlah. Biasa je kot? Best ke? "

Kawan-kawan semua ingat, jadi anak cikgu ni best sebab pertama konon kalau nak periksa tengah tahun atau akhir tahun, mesti aku dah tahu soalan peperiksaan tu dulu, takpun, jadi anak cikgu, boleh buat suka hati dekat sekolah ataupun bila jadi anak cikgu, mesti budaknya pandai!

Pandai ke aku kat sekolah dulu? 0__O

Aku rasa macam tak je. Aku ni golongan pelajar yang biasa je. Nak kata top student tu jauhhhh lah kan tapi nak kata pelajar kurang pun tak. Aku kat tengah-tengah sebab belajar pun biasa-biasa je. Takde nak gila sangat. Janji dalam kelas takde nak dapat nombor paling corot! Hahahaha.




Pada aku jadi anak cikgu adalah paling best bila Mak aku sendiri adalah cikgu kelas aku dari aku darjah 4 sampailahhhhhh aku darjah 6! Kau boleh bayangkan tak, Mak kau sendiri ajar kau dalam kelas? Agak-agak apa aku rasa? Seronok? Tak best?

Jawapan aku???????

MESTILAH SERONOKKKKKK!!!

Best gilaaaa okkkkk Mak sendiri jadi cikgu kelas! Bukan setakat cikgu kelas je, siap mengajar subjek Bahasa Melayu dengan Kajian Tempatan kot? Tapi biasanya subjek Bahasa Melayu lah sebab Mak aku memang cikgu untuk subjek tu.

Untungnya bila Mak sendiri ajar ni, siapa yang sekelas dengan aku jadilah 'anak-anak' mak aku sekali! Serius tak tipu sebab Mak aku ni nak kata garang tu, takdelah garang mana. Kau bayangkanlah, setiap kali kalau dia nak marah ke dalam kelas, mesti Mak aku tengok aku, pastu aku mesti nak gelak-gelak sebab macam kelakar pulak. 

Dahlah anak kat belakang, mak kat depan nak buat muka serius nak marah. Dan dan tu, bila Mak aku contohnyalahkan. Bila dia nak marah dan kalau dia terpandang aku, pastu aku buat muka nak gelak, mesti dia dah senyum-senyum je kat depan papan hitam tu. Terusssss dah tak jadi nak marahhhh! Hahahaha.

Kalau dalam kelas dia kan, masa subjek Bahasa Melayu lah, Mak aku ni kira ada jugak pelajar kesukaan dia. Bukan nak kata dia pilih kasih ke tak. Maksud aku, pelajar kesukaan ni, pelajar yang pandai-pandai. Ada masa, kalau dalam kelas nak kena baca petikan dalam buku teks ke apa ke, kalau dia tanya : " Ok. Siapa nak baca? ". Aku berani kerat jari ahhhh, Mak aku mesti pilih budak yang dia sukaaaaaaa tuu!

Aku? Takde maknanya! Aku tak tergolong pun dalam pelajar kesukaan sebab aku dulu budak perempuan yang sangat nakal! Baik kat rumah, baik kat sekolah. Harap je anak bongsu tapi perangai macam apa. Hari-hari Mak aku pening dengan aku! =____=

Yelah, dah lah satu sekolah. Perangai kat sekolah entah apa rupa, balik rumah nak mengadap aku lagi. Nasib baik Mak aku tak mental nak handle anak bongsu dia ni. Hahahaha.

Mak aku kan ajar BM kan? Jadinya kan, masa darjah 6 tu kan kita kena amik UPSR kan? Jadinya, Mak aku memanglah rajin gila bagi kerja rumah kat budak-budak. Boleh kata setiap hari memang Mak aku akan bagi kerja rumah. Mintak bebudak buat karangan. Karangannnn je lah memanjang pada Mak aku. 

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, dia bagilah satu kelas suruh buat tajuk apa entah karangan tu. Lepas tu dalam kelas tu, ada sorang dua ni yang ada tak siaplah, tak buat langsung lah, apa lah, tak alih-alih, agaknya Mak aku memang betul marah ke apa, dia jerit dari meja depan :

Cikgu Mardiana : " Cikgu nak awak balik, siapkan kerja karangan ni ye. Jangan nak banyak alasan. Esok saya nak tengok! Pastikan awak semua siapkan. Esok kalau ada yang tak siap ke, tak buat langsung ke, tertinggal buku ke atau atas apa alasan sekalipun, cikgu akan denda! DENDA! Tak kisah lah siapa pun. Anak cikgu ke, apa ke, siapkan jugak! "

Bila Mak aku sebut je ANAK CIKGU, aku macam dah tercengang like : " Ni apahal nak sebut anak cikgu ni?". Sah-sahlah kan aku terasa. Huhuhu. Padahal aku selalu je buat kerja sekolah. Gila kau tak siap kerja sekolah? Mahu kena cubit aku nanti! Dah lah Mak aku tu kuat cubit anak murid dia. Sakit pulak tuuuu! 

Sebab Mak aku punya cubit jenis cubit semut api tuuuuuu! Sakit dowhhhhh! Dahlah kuat cubit. Lepas tu kalau dapat cubit, dia punya muka nikmat dapat cubit tu macam nikmat dapat kentut keluarkan angin yang banyak dari perut! Kau boleh bayang kan tak? 0___o

Tapi dalam banyak kenangan sepanjang 3 tahun Mak aku jadi cikgu kelas dan cikgu subjek Bahasa Melayu, peristiwa aku kena panggil dengan cikgu disiplin adalah memang kenangan yang paling aku akan ingat sampai anak cucu cicit aku.

Nak tau kenapa?

Sebabnya, masa kena panggil tu, cikgu Zamri tu bukan panggil nama aku tapi dia panggil macam ni : " Anak Cikgu Mardiana, keluar sekarang. Pergi belakang tangga. Saya nak jumpa awak sekarang! ". =___=

Nak kata aku malu tu, takdelah sebab masa tu aku memang taktau apa kesalahan aku. Tetiba je kena panggil. Nasib baiklah masa panggil tu, bukan Mak aku yang tengah ngajar kat depan. Kalau kelas Mak aku, memang malu okayyyyy!!! Hahahaha.

Rupanya aku kena panggil sebab aku buat garis dekat dagu tu dengan syiling. Entah apa nama trend tu. Trend burung gagak hitam kot? 0__o

Dah kena rotan tu, esoknya ... anak cikgu Mardiana ni kena panggil naik atas pentas pulak masa perhimpunan sekolah dengan gang lain sebab buat kesalahan tu. Kesian Mak aku. Mesti dia malu! Kahkahkah.

Jadi anak cikgu ni, paling letih sebab orang asyik-asyik : " Anak cikgu Mardiana. ", kang kejap-kejap : " Anak Kak Mar. ". Asyik sebut nama Mak aku je. Nama aku langsung dorang entah tahu entah tak! Macam tu lah sepanjang masa. B to the O to the R to the I to the N to the G sangat okayyy!!! Hehehe.

Cuma yang bestnya jadi anak cikgu ni, bila waktu rehat, tak perlu susah payah nak beratur macam budak lain pergi beli makanan. Order dekat Mak je. Nanti Mak belikan. Kalau takde nak beli apa-apa, waktu rehat, sebelum main dengan kawan-kawan dekat taman, aku masuk bilik rehat cikgu dulu. Makan dengan Mak. Seronok kan? Heeeeee~

Lagi satu, errr bila Mak cikgu ni, peratus anda kena mewarisi jadi cikgu jugak adalah sangat tinggi ye kawan-kawan. Masa aku habis SPM dulu, Mak aku bising suruh amik course jadi cikgu tapi aku kan anak bongsu dan kuat memberontak! Memang aku tentang habisan punyalahhhhhh!

Lagipun, aku tak berapa minat sangat. Dalam kepala aku, aku nak jadi Engineer. Takpun Architect. Sudahnya sekarang? Duduk rumah jugekkkkkkk! Kahkahkah. Tak kisahlah kan. Janji aku dapat bagi Degree untuk Mak aku sebab dia adalah tunjang utama kenapa aku kuat habiskan Degree aku sampai berjaya! Oh yeahhhhhh! 

Mak aku sekarang masih lagi jadi cikgu cuma dah takde mengajar sekerap yang dululah sebab Mak aku dapat rezeki jadi Guru Besar. Dia dah boleh berbangga lah dengan kejayaan peribadi dia sebab Mak aku memang kira bertatih ah jugak nak sampai ke tahap sekarang.

Sekarang ni, dia dah boleh duduk rilek sikit. Hehehe. 

Dalam adik beradik aku, Kakak aku sorang je yang ikut Mak aku jadi cikgu. Aku dengan Abang aku buat course Engineering. 

Tamat kisah aku pengalaman jadi anak cikgu ni.

Apapun, Selamat Hari Guru untuk semua pendidik. Diharap semua pendidik terus dapat mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna baik di dunia mahupun di akhirat. Kenalah seimbang. Baru berkat. Ye dok?

Buat yang baru nak jadi pendidik tu, semoga korang tabah lah ek? Sebab jadi cikgu zaman sekarang bukan sama macam dulu sebab budak zaman sekarang, manjakkkk je lebih! Kena rotan sikit, panggil mak bapak datang sekolah! Sungguh tak cool. Hahaha.

Sekian. Masalamah.

3 comments:

  1. bjaya baca smpai habis kisah sorg anak cekguuuu.hihihi.
    yang best part nak beli mknn laa.sedapp je kan order.hahhaa.

    p/s:selamat hari guru to CIKGU besar mardiana. ;))

    ReplyDelete
  2. nakai kak nailah dulu haaaaa.HAHAHA.kemaen siap buat line dekat dagu.sy xpenah tau pun.kehkeh.selamat hari guru untuk mak kak nailah~!

    ReplyDelete
  3. waa =.=" siap buat garis kat dagu tu. ^_^ tahniah sebab habiskan degree, pasti mak awk gembira ;)

    selamat hari guru to your mum ^_^

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...