October 13, 2010

Bila nak ade anak ?


Dulu bila hidup bujang , semua tanya bila nak kahwin ? Eh , aku belum penah kene lagi la sebab dulu aku kahwin pun masa aku nak naik tahun kedua degree aku kat Uitm Shah Alam . Lagipun boleh kata umur masih muda lagi sebab baru menjengah usia 23 tahun . Tak terpikir , tak terlintas pun sebenarnya boleh nak kahwin dalam usia muda ni tapi kalau dah ditakdirkan memang jodoh aku awal , nak buat macam mana ? Ye tak ? Masa tu kentalkan hati je lah bila ada jugak mulut-mulut 'busuk' mengata macam-macam . Biasalah kan , kalau kahwin time belajar ni , biasanya orang akan cakap :

" Eeeeee budak ni , belajar pun tak habis , dah sibuk nak kahwin ? Dah gatal sangat ke apa ? "

Ni lah kalau minda tertutup . Cakap main sedap ikut mulut je . Tak pikir ke yang setiap jodoh , pertemuan , ajal dan maut tu kerja Yang Esa ? Kita sebagai orang Islam kenelah terima segala Qada' dan Qadar . Betul tak ? Kalau dah jodoh awal , nak buat macam mana ? Lagi elok aku rasa sebab mengurangkan maksiat . At least , kahwin tu memang niat asal nak mendirikan masjid . Memang kerana Allah . Bukan sebab aku mengandung anak luar nikah ke ape ke , betul tak ? Isk isk isk . Manusia ... manusia . Haishhhh ...

Itu bila masa aku ambil keputusan nak kahwin dulu lah . Mak aku pun memula macam tak percaya jek anak bongsu perempuan kesayangan dia ni nak kahwin . Keh keh keh . Mak aku ingat aku buang tebiat . Errrr ... sebab dia ingat aku nak kahwin sebab nak main cedok jek sebarangan orang kot ? No way !

Bab kahwin ni bukan macam main teng teng ke , main guli ke . Kahwin ni antara hidup dan mati . Kahwin jug dikira ibadah dalam Agama Islam tu sendiri . Kalau buat dapat pahala . Siapa taknak kumpul pahala banyak-banyak kan ? Kan Islam itu indah . Sigh ...

Tapi biasalah , mulut manusia . Macam-macam jenis . Bila seseorang da kahwin , dah selamat mendirikan rumah tangga , mesti soal anak pulak dipertikaikan . Lebih kurang macam sesetengah minda orang Melayu lah , bila kahwin , dua tiga bulan lepas tuh , mesti si isteri confirm dah mengandung . Dah berisi . Isk isk isk . Payah betul .

Dulu bile tengok kawan perempuan yang da kahwin tapi masih belum punya rezeki nak ada anak tapi kena pressure dengan orang sekeliling , tak kiralah family sendiri , family mertua , makcik pakcik sepupu sepapat , rasa macam kesian sangat . Faham je lah . Orang perempuan ni kalau nak berisi , tak boleh jugak bila tengah pressure . Nanti tak menjadi orang cakap . Itu pandangan dari segi perubatan lah kan .

Tapi bila aku da kahwin sejak dekat nak masuk dua tahun sekarang ni , kira pulak tu kena batang hidung sendiri lah orang cakap , kadang-kadang rasa macam marah pun ada . Tak fikir ke mereka yang soal anak ni kan kerja Yang Esa . Bukan kerja kita . Bukannya anak tu kita boleh proses macam kat kilang . Proses kat kilang , esok boleh dapat . Gila ke ?

Mungkin agaknya mereka lupa , setiap perjalanan kita di atas muka bumi kan , segalanya sudah ditetapkan oleh Yang Esa . Kita sebagai hambaNYA , kenalah berusaha . Itu baru betul . Kalau nak mengeluh sangat pun , tak boleh jugak sebab itu dah dikira macam kita mempersoalkan kerja Tuhan . Betul tak ?

Kadang-kadang , jadi rasa tak seronok untuk aku atau pasangan yang dah kahwin tapi masih belum ada rezeki nak anak ni bila selalu sangat kena tuju dengan soalan macam tu . Sebab boleh jadi , bila bersama tu sebab bukan sebab nak tunaikan tanggungjawab batin untuk suami atau isteri tapi lebih kepada nak tumpukan untuk ada hasil dari hubungan kelamin itu sendiri . Kan tak syiok namanya tu ? Hehehehe . Ingat tak penat ke kalau setiap hari nak lenjan je laki bini ? Penat tau sebab memerlukan tenaga yang banyakkkk . Hehehe .

Ada jugak yang sebenarnya merancang anak . Ataupun nak rehat dulu , nak berhoneymoon orang cakap . Sebab ada yang tak bersedia lagi untuk ada anak selepas kahwin . Lebih kurang macam , baru nak berdua ... tapi tup tup tup baru kahwin , si suami dah kena kongsi kasih sayang dengan anak baru lahir tu . Itu pandangan setengah orang lah . Ada juga betulnya kat situ . Tapi kalau kes macam tu , biasanya kalau rezeki tu dah datang awal dari jangkaan mereka , biasanya manusia jarang menolak sebab itu anugerah dariNYA . Betul kan ?

Kalau macam aku ni , nak kata merancang tu , tak jugak . Masa awal nak kahwin , ada jugak nak buat macam tu , tapi bila pikir balik , terus tak jadi nak merancang ni . Masa tu kira redha je lah . Kalau rezeki tu datang , kami terima . Lagi pulak mase tu ade lagi setahun untuk aku habiskan degree aku . Risau jugak lah kalau dah mengandung , lepas tu beranak tak kena masa . Macam kalau beranak terkena masa nak final exam ke . Tapi bila pikir banyak kali , redha je lah . Sebab Allah tu kan Maha Mengetahui .

Tapi ternyata , Tuhan tu Adil . Dia seakan paham . Aku selamat habiskan perjalan degree aku tanpa sebarang halangan . Mungkin itu hikmah bila aku belum ada rezeki lagi masa tu . Tapi aku tak nafikan lah bila 6 bulan lepas aku kahwin tu , hati macam meronta-ronta jugak lah nak ada anak sehinggalah .... kejadian June 2009 tu . Dari situ , aku jadi lebih memahami , kenapa Tuhan belum bagi aku peluang lagi untuk pegang anak sendiri . Kalau lah masa tu , aku dah berisi , mesti aku tak selamat . SubhanALLAH .

Aku pernah dengar jugak teori setengah orang , pendapat setengah orang lah . Ada yang berpendapat , orang badan berisi , badan gebu or badan besar ni , macam aku lah , susah nak pregnant ! Tapi kalau siapa yang slim macam model , kurus tu , senang sangat nak mengandung . Betul ke ? Bagi aku , aku memang tak setuju langsung pendapat tak bernas macam tu . Sebab aku ada contoh based on orang sekeliling aku . Let say macam pendapat mengatakan orang gemuk ni susah nak mengandung kan ?

Tapi aku bagi contoh . Sepupu aku lah . Aku ada paling rapat dengan sorang sepupu aku ni . Siapa yang kenal aku , kenal la dia . Kira macam ada setengah kawan aku ni , jadi kawan dengan dia . Macam tu jugak sebaliknya . Dia ada geng dia sendiri . Geng dari zaman dia belajar kat kolej matrik dia dulu . Salah sorang kawan baik dia tu , berbadan besar . Memang besar . Seorang yang kuat makan . Aku kalau teringat kawan baik sepupu aku sorang tu , mesti teringat masa budak tu datang umah makcik aku . Kira umah sepupu aku tu lah sebab makcik yang aku maksudkan tu , mak dia . Makcik aku offer makan kek . Aku tak ingat kek apa . Punyalah selera budak tu makan ... isk isk isk . Tapi aku suka tengok orang selera makan ni . Rasa syiok . Hehehehe . Tapi even dia berbadan besar pun , pada aku , budak tu cantik . Memang confident habislah ! Pandai make up . Bukan itu je , orangnya bijak . Belajar pun sampai oversea . Bukan nak kata orang belajar oversea tu pandai and belajar kat dalam negeri tu tak pandai . Maksud aku , she is in one package . Jarang sebenarnya nak jumpa orang macam tu . Lagi-lagi berbadan besar .

Now , budak tu dah kahwin pun . And what i am gonna say about her ? She was pregnant right after she get married . Kata orang-orang tua , bunting pelamin ! She was pregnant about 6 weeks . Such a blessed kan ? Sekarang budak tu da selamat beranak pun . Dapat anak lelaki . Itu contoh aku lah kenapa aku tak setuju dengan pendapat mengatakan orang berbadan besar ni susah nak pregnant atau kadang-kadang , bahasa kasar , tak boleh pregnant ! Kalau nak pregnant kena kuruskan badan dulu . Isk isk isk . Agak-agak , zaman moden up-to-date macam sekarang ni , ada lagi tak berfikiran macam tu ? Kesian ... kesian .

Dan kalau betul pendapat mengatakan orang kurus senang sangat nak pregnant , like bila orang kurus ni kahwin , terus pregnant , itu macam mana pulak ? Aku bukan nak cakap lah . Kebanyakan kawan-kawan aku yang dah kahwin tapi belum ada anak lagi , semua badan kurus . Badan solid molid . Ada yang cutting macam model lagi . Model pun kalah ! Paling terdekat yang aku boleh bagi , sepupu aku tu lah . Yang aku cakap paling rapat dengan aku kat atas tadi . Aku kahwin awal lagi dari dia . Tapi kami samalah . Belum ada rezeki lagi nak pegang anak sendiri .

Aku ke dia , kalau bab balik kampung mesti lemah semacam je bila pikir nanti mesti ada je mulut laju tanya bab anak ni . Haishhhh ! Tapi selalunya , yang tanya tu , jaranglah dari family sendiri . Mesti dari sudara mara ke orang luar ke . Family jarang lah nak tanya soalan macam tu . Kan awak kan ? Kan ? Kan ? Kakak aku pun samalah . Tapi kakak aku kira baru kahwin sangat . Aku ni kira lagi lama dah kahwin lah dari dorang tu .

Bagi aku soal anak ni , kena lah selalu fikir positif . Aku ni kira hati kental jugak lah . Kalau orang asyik tanya je pasal anak , aku pun jawab lah selamba jek . Takde nak ambil hati sangat . Biasalah , mulut orang ni bukan boleh tutup . Lain lah kalau mulut periuk ke , mulut botol ke ... isk isk isk .

Rezeki masing-masing kan . Macam sekarang ni , lagi sorang kawan baik aku . Dia ni kira hempedu aku lah . Aku selalu mengadu pape kat dia . Kalau bab tak betul ke , time nak sengal ke , dia lah geng aku ! Dia sekarang kat Terengganu . Kuala Terengganu . Kawan baik aku sorang ni sangat gilakan Fahrin Ahmad . Serius . Kalau jumpa FA agaknya , terus pengsan ! Hahahaha . Dia macam aku jugak lah . Kahwin dah lama . Lebih dari dua tahun . Lama jugak dia tunggu nak pegang anak sendiri . Dan sekarang ternyata doa dan usaha dia dikabulkan Ilahi . Dia tengah pregnant . Baru dua bulan lebih kot kalau tak silap aku . Orang kata memang rezeki Syawal la sebab dia dapat tau dia pregnant masa hari raya pertama aritu . Bless . Bless . Bless . Alhamdulillah .

Tapi ...

Baru-baru ni , masa balik raya aritu . Kat kampung mertua lah . Laki aku terjumpe kawan baik sama-sama sekolah dulu . Kawan dia tu dah kahwin . Dah ada seorang anak pun . Anak lelaki kot kalau tak silap aku . Sekarang umur anak dia pun dah besar rasenye . Dalam umur 4 ke 5 tahun sebab laki aku cakap , anak kawan dia tu siap dah main lari-lari . Dah dikira besar sangat lah . Sekarang masalah kawan dia tu bukan sebab orang sekeliling tanya bila nak ada anak ? Tapi orang asyik tanya die pulak :

" Kau ni bila nak tambah anak ? "

Aderhhhhh . Macam mana tu ? Bila takda anak lagi , sibuk tanya bila nak ada anak ? Bila dah ada anak , tanya bila nak tambah pulak ? Nanti bila ade rezeki , bertambah sorang , kalau anak pasangan suami isteri tu perempuan je , mesti nak tanya , bila nak ada anak lelaki pulak ? Takpun kalau ada anak lelaki je , mesti tanye :

" Eh , taknak ada anak perempuan ke ? "

Kang takpun bila dah ada anak perempuan dengan lelaki tapi sepasang je , lelaki dan perempuan , nanti mesti tanye pulak :

" Eh , takkan dua orang je ? "

Pulak dahhhhhh . Habis tu , bila nak habis kalau macam tu ? Alahaiiiii ...

6 comments:

  1. saya pun tgh menanti anak..

    mmg kdg2 boleh buat tension!

    hahaha..lawaklah pasal nak bersama semata2 sebab nak anak..

    ReplyDelete
  2. dah lama kahwin ?
    takpe .
    usaha tangga kejayaan .
    ALLAH lebih mengetahui segalanya . :)

    ReplyDelete
  3. hi there..

    i pun tengah try very hard to get pregnant, mulut org? jgn cakap lah... tapi sentiase sabar dan berserah..

    feel free to visit my blog ya, boleh share info dekat sana.. thanks

    http://onebabystepatatimebyemysuraya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. hi .

    i had viewed your blog .
    it was good for those who are still or under treatment like you . :)

    takpe . usaha tangga kejayaan .
    tapi apepun , rezeki semua di tgn ALLAH .
    kene yakin kepadaNYA . :)

    ReplyDelete
  5. awak..takkenal pon awak sape tapi i just bump into ur blog..google2 tibe mcm rase nak klik ur link ni..
    sy pon trying to conceive gak..same la kawin dah 2thn lebeh..
    just nak betulkan ur statement kata pompuan gemok susah pregnant tu actually bukan la myth ke ape. kalau ikot saintifik, mmg its one of the reason tapi tidak semestinye org yg gemuk itu takleh pregnant. ade org gemok itu yg menjadi punca, ade org gemok itu tiada masalah. tapi kalau gemok, dtg jumpe doc, mmg doc suroh kuruskan bdn. sbb bile gemok, insulin susah nak buat keje dan akan menyusahkan kite utk produce eggs yg subur..camtu la my doc ckp..by the way im underweight, doc kata tak balance n susah nak pregnant kalau kurus gak. berat badan kena ideal..camtu la katenye. tapi mmg tak semue pompuan yg gemok susah pregnant kalau hormon die stabil :)
    my blogs are full of anger too..byk ayat awak same mcm ape yg sy tulis kat blog :D hehhe

    -jay

    http://jayblabbers.wordpress.com

    ReplyDelete
  6. Jay - Hmmmm sebenarnya kalau gemuk sangat pun takleh, kalau kurus sangat pun takleh. Ye dok? Apapun ada hikmahnya sebenarnya untuk semua ni. Rezeki untuk kita ada cuma mungkin Allah mahu kita lebih berusaha. ;))

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...