January 16, 2011

Umrah Yang Pertama Untuk Tahun 2011.


As'salam.

Untuk entry kali ni.
Aku bagitau awal-awal.
Yang entry aku ni memang akan penuh dengan gambar!
Hehehehe.
:)

Baiklah.
Minggu lepas siapa yang ikut Twitter aku.
Tahulah aku kemana hari Khamis tu.
 ( senyum )

Lepas asik bertangguh je banyak kali...
Finally dapat jugak kami lakibini buat Umrah yang pertama untuk tahun 2011.
Alhamdulillah.

Memang bersyukur sangat dapat rezeki yang nikmat ni.
Allah permudahkan segalanya.
Memang bonus bila duduk dekat dengan Tanah Haram.

Tak perlu tiket kapal terbang.
Tak perlu nak sediakan duit bebanyak.
Cuma perlu mental & fizikal je.

Perjalanan dari rumah ke Makkah memang tak lama.
Dalam sejam macam tu lah.




Aku dah pernah tunjuk benda ni tapi aku nak tunjuk lagi untuk sesiapa yang belum pernah tengok!

Setiap kali kalau nak pergi buat Umrah.
Mesti eksaited setiap kali lalu sini.
Ni kira pintu gerbang utama lah nak ke Makkah.
And tanda yang korang dah nak sampai Makkah.

Kenapa kat Malaysia takde nak buat pintu gerbang macam ni?
Kan cantik...
Kata negara Islam kan?
( senyum )

Bila dah sampai tu.
Terus direct ke tempat parking yang memang kiteorang dah biasa parking lah.
Dari tempat parking tu, amik teksi hantar ke MasjidilHaram.




Bangga bila tiap kali datang sini sekarang dan nampak jam itu.
Menara jam yang paling besar di dunia.
Bangga sebab dibina orang Islam.
Bangga lagi sebab dibina di negara Islam.
Paling bangga mestilah sebab kepunyaan kita, umat Islam.

Ikutkan sebenarnya tak elok bina bangunan yang lebih dari menara masjid.
Tapi errrr ...
Pasal tu taknak komen.
Itu kena tanya pentadbiran Makkah lah.
Hehehehe.




Ini pintu utama MasjidilHaram.
Masa ni aku tunggu laki aku.
Dia pegi toilet balik sebab dah batal air semayang.
;)




Orang tak ramai kan?
Memang seronok gila kalau pergi kosong macam ni.
Tenang je rasa datang sini.
Masa ni around pukul 10 pagi.

Alhamdulillah.
Urusan semua dipermudahkan.
Bersyukur sangat-sangat sekali lagi.
Masa tawaf memang tak terasa sangat.
Tahu-tahu je, dah nak tawaf terakhir.




Seronok gila bila dapat berdoa betul-betul dekat dengan multazam.
Multazam ni kira pintu Kaabah lah.
Nampak tak orang pegang-pegang kat pintu tu?
Itu paling afdal lah untuk berdoa.
Lelaki boleh lah berebut nak ke situ.
Aku? Huiiiii...tak berani.

Sesiapa yang kirim doa...
Aku dah doa masa aku kat depan multazam ni.
Semoga Allah perkenan doa korang yek?
InshaAllah.
;)




Ni Kaabah memang dari jarak dekat lah.
Gambar ni aku amik masa aku dah selesai solat sunat kat Hijr Ismail.
Kebetulan lakiku tak habis solat lagi.
So, aku duduk belakang bagi orang lain nak solat.
Jadinya aku amik kesempatan amik gambar Kaabah dari dekat.




Nampak tak orang pegang Kaabah?
Kalau orang dah pegang tu...
Memang tak ramai orang.

Alhamdulillah.
Kami lakibini dapat pegang dan doa apa yang patut.
Juga dapat cium Kaabah.
Syukur sekali lagi.

Lepas dah siap tawaf.
Kena buat Sae'i pulak.

Sebelum pegi tempat nak buat Sae'i...
Akan lalu kat telaga ZamZam ni.
Terbaik woooooooo!
Minum air sejuk-sejuk...
Perghhhhhhhhhhh...
Dari penat pun terus jadi penuh tenaga!

Tak perlu Milo!
Tak perlu tongkat Ali!
Tak perlu Kacip Fatimah!

SubhanAllah.
Memang dah ternyata air ZamZam ni banyak khasiatnya kalau korang minum.




Ni telaga ZamZam.
Masa ni aku tunggu kat luar je.
Laki aku yang tukang amik kan air ZamZam macam biasa.




Ni pulak masa buat Sae'i.
Seronok sebab kali ni siap main lumba lari masa kat tiang hijau.
Lakibini lumba lari siapa sampai dulu kat penghujung tiang hijau.

Siapa yang tak tahu.
Mase Sae'i ni mesti korang kena lalu kat tiang hijau.
Jarak takdelah jauh mana.
Dekat je pun.

Masa lalu kat tiang hijau ni adalah doa tertentu yang kena baca.
Plus masa ni korang digalakkan berlari anak.
Lelaki paling digalakkan lah.
Perempuan pun boleh jugak. Tak salah.
Sakan aku berlumba lari dengan laki aku.
Masuk Sae'i ke 6, laki aku dah jammed!
Kaki dia dah sakit. Kuikuikui.
Takpe. Dikecualikan sebab ada besi.
( sengih )

Lepas dah habis buat Sae'i and Tahalull...
Bermakna dah habislah Umrah.
Lengkaplah Umrah korang.
Kami sempat habiskan sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Sementara tunggu nak solat Zuhur tu.
Lakibini dah separate buat solat sunat etc.
Selesai urusan dalam pukul 2 petang.
Masa ni hujan dah turun dah.
Tapi gerimis je lah.

Aaaa tapi kat sini.
Hujan cemana sekalipun.
Orang Arab steady ja sebab dorang memang suka hujan!
Hehehehehe.




Aku suka gambar ni.
Makkah berlatar belakang Menara Jam.




Lakiku : Azman.




Yeah.
This is me : Nailah.




Ni masa pukul 2 petang lah.
Orang dah penuh sikit.
Tak macam pagi tadi masa aku baru sampai.




Us. Hubby Wifey. NailahAzman.




Laki aku tekun refill air ZamZam dalam botol.





Ni menu lunch.
Kiteorang lunch kat Felda D'Saji.

Aku suka roti telur dia. Sedapppppppp!
Nasi campur pun okeiiii. Sedappppppp jugak!

Air wajib aku order mestilah teh ais.
Laki aku order teh tarik!

Lama jugaklah melepak kat sini.
Sebab kenyang sangat pun iye.
Sebab nak tunggu hujan reda pun iye.
Sebab kaki dah start sakit-sakit pun iye jugak.

Kiteorang sampai rumah agak lewat petang jugaklah.
Around 5 ++ camtu.

InshaAllah kalau ada rezeki, hujung bulan ni nak pegi lagi!
Yeayyyyyyyyy!
That time lakiku nak bawak kawan baik dia.
( senyum )




Pemandangan di sekeliling Masjidilharam.
Tower crane jangan cakap lah!
Banyak gilaaaaa mencanak kat luar ni haaaaa...

Mungkin kalau korang datang 5 tahun akan datang ke.
Area sini dah cantik dah.
Dah urban sebab Saudi memang upgrade gila-gila kat area sini.

Meh lah korang datang sini!
Meh .. meh ...
Nanti boleh jumpa.
InshaAllah.

Masalamah!

5 comments:

  1. assalamualikum kak nailah..
    wah.! best nya akk dan suami dpt buat umrah.. syukur..
    mesti rasa syahdu kan dpt doa kt depan kaabah.. ;)

    ReplyDelete
  2. assalamualikum kak nailah..
    wah.! best nya akk dan suami dpt buat umrah.. syukur..
    mesti rasa syahdu kan dpt doa kt depan kaabah.. ;)

    ReplyDelete
  3. Aishah.

    As'salam.

    Panjangnya nama!
    Akak taktau nak panggil mana satu.
    Aishah ok kan? Hihih. :)

    Alhamdulillah.
    Memang best pun!
    Seronok bila rumah pun dekat nak buat Umrah.

    Setiap kali tengok Kaabah rasa syahdu.
    Rasa betapa keciknya kita sbgi hambaNya.

    Thanks dropping by!
    Take care ok?

    ReplyDelete
  4. Salam Nailah, I'm from Brunei. You have a very interesting blog. I jumpa your blog masa I surf about haj. I went for my 2nd haj last year and I still miss Madinah and Mekah.
    You are a very lucky person sbb tinggal dekat Mekah.
    And your blog is very funny too... it makes me smile...
    Keep on blogging because you never know, you make someone's life happy... Thank you...

    ReplyDelete
  5. Adawiyyah - Wsalam Adawiyah! Haiiiiii! Thanks for drop by blog picisan ni. Saje-saje menulis.

    Wahhhh .. seronoknya dah buat Haji!
    I baru nak plan buat Haji.
    Suppose last year tapi penuh dah.

    Alhamdulillah. I am happy here. Rezeki dariNya.

    Nanti kalau datang sini, bolehlah roger2.
    Thanks again. InshaAllah I will keep blogging.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...