January 3, 2011

Mari Menambahkan Lemak & Kolestrol Dalam Badan!



This real Oreo Cheese Cake yang aku buat! Hiks. :P

As'salam.

Seperti yang dijanjikan. 
Harini aku akan share simple resipi.
Resipi Oreo Cheese Cake.
Tak perlu oven.
Tak percaya?
Cuba dulu!

Then lepas dah rasa ..
Bagitahu aku, perlu ke tak ke Secret Recipe lagi?
Hiks. :P

Apapun, a big THANK YOU again to Sis Mimy.
Kalau tak kerana dia.
Sampai sekarang kot aku kempunan lagi.
Hihihihi.

Apapun aku minta maaf dulu lah.
Sebab masa dok buat cheese cake ni.
Takde gambar.
Sebab rumah aku banjir.
Rumah bertakung.
Iye.
BERTAKUNG okeiii!
Nanti aku update pasal banjir kat rumah aku.

Sekarang kite cocentrate dekat resipi senang ni.
Meh .. meh ... :

Bahan-bahan :

  1. 4 bungkus Oreo - Tak kisah lah krim putih or krim coklat. Sebab tak pakai pun krim tengah tu sebab nanti akan dibuang krimnya. Cuma guna biskut sahaja. Oreo yang bungkusannya panjang tau.
  2. 2 packs Creme Cheese - Sis Mimy cakap kalau nak sedap pakai brand Kraft Phidilephia tu. Tapi serius cream cheese tu mahal gila. Nak pakai brand lain pun ok je. Janji cream cheese. Macam aku kat sini pakai brand Almarai sebab brand tu paling femes kat sini. Lagi satu, make sure ada tulis cream cheese ye. Aku like almost dah nak tersalah beli sebab aku amik Spreadable Cheese. Nasib baik aku pusing balik kat area fridge yang letak cheese bebanyak tu. Hiks. :P
  3. Butter - Butter saiz standard yang berlambak kat supermarket tu. Tapi nanti pakai separuh je. Takpe. Lagi separuh tu boleh guna untuk buat yang second round.
  4. Gula halus - Separuh cawan atau 3/4 cawan. Kalau takde gula halus, gula biasa tu korang blend je sudah. Tak payah susah-susah nak pegi beli gula halus pulak.
  5. 1 kotak whipped creme - Beli saiz yang sederhana besar. Kalau takde, beli yang besar tapi nanti pakai separuh jek. Itu untuk saiz yang besar lah. Yang sederhana besar tu pakai semua. Satu kotak.


Cara nak buat kita start buat crust or lapisan paling bawah kek dulu eyh?

  • Memula buang krim dari biskut Oreo. 2 packs Oreo tau. Semua biskut buang krimnya.
  • Dah buang krim, blend Oreo sampai hancur.
  • Dan hancur, uli Oreo dengan butter. Make sure butter ni tak keras. Lembutkan butter ikut suhu bilik. Kira butter ni dah sedap nak diuli dengan oreo.
  • Korang uli lah Oreo dengan butter sampai sebati. Like nanti jadi macam doh tapi tak keras macam doh lah. Lembut.
  • Then terus leperkan atas dulang/pan. Leperkan sama rata. Dah siap, masuk fridge. Biar keras dalam fridge.
Sekarang kita buat cake or lapisan atas pulak.
  • Tadi dah guna Oreo 2packs kan untuk crust. Nak buat lapisan yang atas pun pakai 2 packs jugak. Still sama. Buang krimnya. Kali ni tak payah blend sampai hancur lumat tapi hancur pakai tangan je. Hancur jadi pieces kecik-kecik. Hancur je eyh, kau jangan curik tulang makan Oreo. Hiks. :P
  • Then, pukul whipped cream sampai berbuih. Macam pukul telur. Dah berbuih, biarkan kat tepi dulu.
  • Kemudian, pukul cream cheese pulak. Siapa yang ada mixer tu, sila pakai mixer. Jangan rajin sangat nak pakai manually. Siapa takde mixer, jadi macam aku lah. Tangan like nak patah sebab dok pusing-pusing nak pukul cream cheese tu. Pukul cream cheese sampai lembut or kembang. 
  • Bila cream cheese dah kembang, letak gula halus sikit, sikit. Letak sikit, pukul. Letak sikit, pukul. ( Eyh, kenapa mesti guna pukul eyh? Nak letak terajang boleh tak? Kahkahkah. T_T). Pukul terajang cream cheese dengan gula halus sampai betul-betul kembang and lembut. =___=
  • Dah kembang, masukkan Oreo yang dah hancur kecik-kecik tu sikit-sikit jugak. Pukul terajang lagi sampai semua Oreo dah masukkan dalam adunan. Pukul terajang sampai sebati. Sampai adunan dah jadi macam coklat. Make sure betul-betul dah sebati.
  • Bila dah sebati, masukkan pulak whipped cream yang dah dibelasah sampai berbuih-buih masa awal tadi. Masukkan whipped cream sikit-sikit jugak. Still sama. Pukul sampai kembang. Pukul terajang sampai sebato. ( Tadi pukul, ni kembang pulak. Ada istilah lain tak yang boleh ganti dengan kembang? 0_o )
  • Dah sebati semua adunan, tuang dalam dulang/pan yang dah ada crust tadi. Tuang kat atas crust. ratakan. Siap! 
  • Simpan balik dalam fridge. Biar beku at least dalam 6jam. Lebih pun takpe. Dah lebih 6jam, haaaaa .. mentekedarah lah korang cheese cake yang sedap tu! Serius tak tipu punya. Hehehe.


Haaaaa ...
Senang tak? Senang tak?
Senang kan? 
Kan? Kan?

Bagi aku senang sebab tak payah pakai oven.
:)

Masa buat cake ni ..
Hujan lebat.
Tapi tak lebat macam sehari sebelumnya tu.
Air still melimpah tapi setakat dapur je lah.
Tak sampai keluar ke depan dengan masuk bilik semua.

Korang cubalah.
Kalau tak paham.
Sila tanya.
Kaunter pertanyaan di Facebook okeiii?
Dibuka 24jam.
Aku jarang offline.
Hiks. :P

Happy baking semua!
Jangan lupa baca Bismillah dulu sebelum buat.

Pesanan :

Buat Amal - Aku tak yah dah nak beli cheese cake mahal-mahal kat coffee house. :P

Buat Ina - Silalah cuba. Lakimu kuat makan kek!

Buat Shera - Gula iye cik adik. Jangan TUANG GARAM! Bhahahahaha.

2 comments:

  1. haha.seronok baca ur recipe ni.dalam pada nak belajar, dah tergelak gelak dgn ayat u.anyway, thanx for sharing the recipe.cant wait to try it. :)

    ReplyDelete
  2. Mel :

    You are much welcome. Trylah. Tak susah pun. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...