January 24, 2011

Manja Atau Gedik Sebenarnya Makhluk Berbulu Putih Ini?


As'salam.

Rasanya dah lama kan aku tak blog pasal kucing kesayangan kami?
Siapa lagi kan kalau bukan MokMok si makhluk berbulu putih itu.

Say Hi to MokMok to all of you yang baru follow blog ni!
Hehehehe.

Aku takde perkembangan baru pun pasal MokMok.
Cuma mungkin MokMok ni dah tambah kot berat badan dia.
Memandangkan aku tengok dia da semakin panjang.
Dan juga semakin berat bila aku dukung.

Dan...
Terasa beratnya bila dia dok pijak-pijak aku kalau kami semua atas katil.

Iya.
Sekarang, dia dah pandai join kamu berdua ATAS KATIL ye.
Aku ulang balik...
ATAS KATIL!

Tak percaya?




Siapa yang merampas siapa sekarang ni?
Boleh bagitau sekarang tak?

0_o

Oh MokMok sekarangggggggggggg...
Kalau malam kami nak tidur.
Dia pun ikut tidur sesama.

Kau boleh bayangkan tak?
Kalau selama ni kami berdua memang best ah tidur berdua JE atas katil.

But then...
Tetiba ada orang ketiga kat tengah-tengah atas katil yang memisahkan kami.
Memisahkan kami dari berpeluk sakan semasa tidur.
 Memisahkan kami dari senang nak cium pipi atau apa je lah yang boleh dicium.
Juga...
Ehem ehem.

Eyh?
Ehem ehem still boleh lagi.
MokMok bukan penghalang dari membolehkan kami untuk mencipta cinta gigitan di malam hari!
Kahkahkah.

Haraf maaf ye buat yang belum kahwin.
:P

Laki aku cakap kan.
MokMok macam tu sebab manja.
Tapi aku rasa dia macam tu sebab musim mengawan kot?

Plus aku rasa MokMok memang gedik.
Dahlah tetiba nak menyelit tidur kat tengah-tengah setiap malam.
Lepas tu, dah tidur, siap nak kena peluk atau pegang dia pulak.
Plus lagi satu, kalau nak tidur, aku atau laki aku kena hulur lengan untuk bagi dia tidur buat bantal!

SUPER GILA MANJA atau SUPER GEDIK kah kalau begitu?
Adoiiii.

T_T




Ini adalah muka MokMok dalam kebengangan sebab tak dapat tidur yang lena.
Sebab jiran belakang rumah ni dok bertukang sepanjang siang.
Dari pagi sampailah ke petang dorang dok bertukang!

Yang si MokMok ni kalau siang memang feveret dia ah nak tidur atas katil dalam bilik.
Pastu terciptalah banyak aksi time die tengah tidur ni.

Nak tengok tak kucing tidur aksi terbang macam SuperMan?





Lihattttttttttttttttt!
MokMok the SuperCats!
Masa ni dia tidur dari start laki aku pegi keje balik tengahari tu. 
Sampailah ke Maghrib.
Tak reti-reti nak bangun.
Macam penat sangat.
Macam lah main ke apa.

Padahal...

Dia kat rumah just tidur, makan, tidur, makan!
Itu je lah kerja die sepanjang hari.

Jangan ah korang ingat aku saje malas taknak main dengan dia.
Tapi dia memang malas nak main.
Tak aktif sangat pun kucing aku.
Main pun boleh kira dengan jari.
Itupun adalah dalam 5 minit je main.

=________=

Sekarang ni...
Setiap pagi kalau kami breakfast roti coklat.
Dia pun breakfast gak!
MokMok breakfast ikan kembung rebusssssssss!

Untung betul kucing aku yang sekor ni!
Dah lah makan sedap-sedap.
Then, tempat tidur pun best!

Haih.

InshaAllah.
Kalau ada rezeki.
Aku nak bawak MokMok pegi buat grooming.
Lagipun aku tengok bulu dia serabut semacam ah.
Aku yang tengok pun rimas.

Grooming kat sini boleh lah.
Tapi standard ah kan harga grooming kat sini.
Takdelah melampau sangat.
Mampu lagi.
Bukan selalu pun.

Lagipun kucing persian ni kalau nak cantik.
Kena rajin bawak pegi grooming.
:)

Next month MokMok ada appointment.
Vaksin dah takde dah.
Cuma kena bubuh ubat kutu jek.

Next month jugak.
InshaAllah kami pegi Doha.

We are thinking of nak tinggalkan MokMok dalam rumah jek.
Nak tengok dia pandai tak jaga diri.
Kalau everything ok.
Balik raya 4minggu nanti.
Kami takyah lah nak kena hantar ke hostel.
Tinggalkan dia kat rumah sudah!
Nak hantar ke nursery mahal gilaaaaa!
Macam tak berbaloi je.
Huhuhu.

Just hope everything will be good.
I know MokMok can do it!

You go MokMok!
We love you.

2 comments:

  1. cutenya mokmok..meh cium auntie sat..hahaha

    persian mmg mcm tu..keje dia tdo makan berak lg makan lg tdo lagi berak lagi..

    ReplyDelete
  2. MokMok memang kiut.
    Tengoklah siapa tuannya!
    Bhaahahahahaha.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...