March 20, 2011

Mengopi di Makkah Al-Mukarramah!

Assalamualaikum.

Selalunya orang pergi Makkah nak BUAT UMRAH, nak BUAT AMAL IBADAH tapi aku dengan laki aku? Hehehe. Datang Makkah hari Rabu lepas semata nak lepak, minum kopi dengan kengkawan tersayang! Hebat tak? 

Alaahhhh ... nak kisah apa kan? Datang Makkah tak semestinya untuk buat ibadah jek. Benda lain pun boleh buat perrrr! Lagipun kan, kami lakibini dah buat Umrah minggu sebelum tu dengan Acheeq tu kan? Lagipun, aku cuti derrr. Time datang Makkah ni, aku masih pegang 'bendera jepun' kat seluar! =_=

Janji nak jumpa lepas solat Isyak. Itupun, aku dah risau sebab masa tu, kat Jeddah DAH MENDUNG semacam je langit. Dah lah mendung, angin pulak .. nauzubillah! Kuat gila! Bunyi angin lalu kat tingkap dengan sliding door dah macam BUNYI HANTU NAK DATANG MASUK RUMAH! Huhuhu.

Pastu, aku tak sudah-sudah tanya laki aku : " Takpe ke ni bie kita nak keluar? Angin kuat semacam je ni? Bunyi angin pun dah menakutkan. Ni nak keluar pulak?."

Tapi laki aku, biasalah. Muka selamba jek. Nak kata dia risau pun tak. Nak kata dia tak risau pun, tak boleh jugak. So, camne tu? 0_o

Masa dah on the way ke Jeddah tu, dah sibuk mesej-mesej dulu ngan Fik kat Makkah. Aku tanya kat sana hujan ke tak. Memula dia cakap tak, awan mendung je tapi bila nak dekat sampai Makkah tu, aku dapat mesej and Fik bagitau Makkah dah renyai-renyai.

Sampai je Makkah, hujan yang turun bagai rahmat dariNya pun TURUN DENGAN GEMBIRA. Hehehe. Lama dah tak tengok hujan. Sekali sekala dapat tengok hujan ni, senyum-senyum je lah. Hehehe.

Bila dah sampai ni, apa lagi kan kalau tak pergi tempat parking. Maklumlah, kawasan Makkah ni kau bukan boleh PARKING SUKA HATI kau. Maksud aku, kau boleh parking suka hati tapi kau tanggung risiko lah kalau kau parking suka hati and bila kau pergi kat kereta kau balik nanti, kereta kau kemek-kemek, calar-balar hasil kerja lukisan kereta lain! Hehehe.

Disebabkan datang sini nak jumpa tiga orang yang berbeza of course berbeza jantina, and jugak dorang bukan datang dari travel agency yang sama, so, janji jumpa dorang dekat kepsi bawah MENARA JAM yang kalah Big Ben punya jam kat London tu. ( Kesian kau Amerika! Sekarang, negara Islam dah bina jam yang kalahkan kau punya kebesaran jam! ) Erk?

Itupun, tunggu kat kepsi cuma Acheeq dengan Fatin je. Yang lagi sorang si Fik tu, aku dah suruh dia tunggu dekat Safa Tower je memandangkan laki aku memang dah niat NAK BELANJA dorang minum teh tarik and makan roti canai dekat D'Felda kat Safa Tower.

Apapun, memang everything jadi 'cantik' lah sebab even Acheeq, Fatin and Fikri baru first time jumpa, they can get along. Takde nak kekok-kekok with each other. Lagi satu, Fatin tu kat sini, jantinanya LELAKI ok. Bukan perempuan! Sila jangan jakun dan pelik. 0_o





Bila semua dah gather, terus ke Safa Tower. Terus menuju ke tingkat 4. Hah, korang yang nak datang buat Umrah dan tetiba teringat nak minum atau makan MAKANAN MALAYSIA, pegi lah makan kat D'Felda ni. Memang menu semua dari Malaysia. 

Sampai je ke atas, manusia memang ramai lah sebab musim Umrah pun dah start kan. Kiteorang dapat meja pun kat tepi dinding. Itupun terpaksa tarik and cantum meja. We had teh tarik and roti canai. Sesambil tu, bebudak tiga orang tu dok bertukar cerita what they had and what they did during their Umrah.

Belum dapat lepak lama kat situ, dah kena blah sebab restoran D'Felda tu pun DAH TUTUP sebab that time dah around 10.30pm. Tak muda betul lah dorang ni! Dah tahu weekend, patutnya biarlah tutup lambat sikit. Ni tak, pukul 10 malam dah tutup. Ruginyaaaa! Padahal customer ramai je lagi nak datang minum and makan. =_=

Jadinya, kiteorang pun carik tempat lain and keluar dari Safa Tower and heading to bangunan sebelahnya. Aku memang tak ingat apa nama bangunan tu but inside the mall, ada Starbucks. So, I asked biebie to bring them and HAVE COFFEE kat Starbucks pulak.




Lepak kat Starbucks until midnight. Pun kena halau lagi sebab dah TENGAH MALAM kan? Logiklah kena halau. Hehehe. Tapi yang kiteorang ni like macam TAKNAK GERAK BALIK lagi sebab we still have lotsa things to cerita with each other.

Sudahnya?




Disebabkan memang dah takde any coffee house or any kedai yang still bukak untuk duduk lepak makan and minum, we just decided duduk dekat tepi mall. Like tepi KAKI LIMA macam tu lah. Like jugak merempat tepi mall. Hehehe. Lagipun bukan nak mengopi lagi. Just duduk and borak-borak je.

Yelah, kalau balik Malaysia, tak dan nak jumpa. Dah dorang datang sini, time ni lah nak grab masa and lepak borak macam ni. Ye dok?




Tengok? Tengok? Disebabkan hasutan fatin tu ha, laki aku boleh pulak smoking! Padahal DAH BERTAHUN kot tak smoking or actually laki aku dah berhenti sebenarnya dari smoking moking ni. Tak bagus untuk kesihatan and also due to dia sendiri ada problem with his heart and lung masa eksiden dulu. 

Tapi takpelah. Boleh dimaafkan. Aku tak berapa kisah sangat pun sebenarnya sebab dia dulu pun bukan heavy smoker. Just social smoker only. Hehehe.




Me with Acheeq. Budak ni mementang lah datang buat Umrah. Mata dok MENCUCI TENGOK USTAZ je memanjang. Sikit-sikit ustaz. Sikit-sikit imam muda. Sikit-sikit mutawif. Hahhh .. itulah dok dia cerita memanjang. Kekekeke.

Nasib baiklah dia dah memang single mingle. Hehehe. Itupun, aku duk mix and match kan dia dengan Fatin! Hahahahaha. ( I am really not hoping at all Fatin will read my blog. Kahkahkah. )

That night, lepak sampai ke Subuh. Sebenarnya, kiteorang nak tunggu HUJAN BERHENTI tapi nampaknya hujan semakin gembira agaknya dapat membasahi Tanah Haram. Membasahi RumahNya. Jadinya, kiteorang decided balik jugak dalam hujan.

Kami lakibini sampai rumah kat Jeddah pun dah lewat pagi. Akibat TAHAP KEMENGANTUKAN yang melampaui batas yang telah ditetapkan, laki aku sampai sesat pergi jalan ke arah Madinah! Hahaha. Aku? Membuta la weih sebab dah tak tahan plus lenses aku dah kering tahap maksima! Kuikuikui.

Anyway, thanks to Acheeq, Fatin and Fikri. InshaAllah, panjang umur, jumpa lagi. Semoga korang mendapat hidayah dan Nur dariNya. Amin.

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Kecewa semalam langsung tak kelihatan #supermoon dekat Jeddah. Jenuh jenguk dari tingkap, tak nampak jugak. Sedih.
  • Harini tak perlu masak makan tengahari sebab laki aku tak balik. Sibuk entertain kawan dia dari Malaysia yang datang kerja sama office. Welcome to Saudi, Wan Nasrun!
  • Terkejut tengok fesyen tudung terbaru dari Yuna. Kenapa tudung makin lama makin nampak aurat yang sepatutnya ditutup? Serius kecewa. ( Thanks to Mastura Idrus sebab bagi link. )

4 comments:

  1. baiklah Zara. InshaAllah. Kalau jumpa Zara, akan ku belanja mu minuman caffeine. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. bestnye dapat stay dekat dengan rumah Allah...sangat jeles..huhuh

    btw, salam kenalan:)

    ReplyDelete
  3. Dee - You jeles I dekat dengan rumah Allah but I jeles tengok yo preggy. See? Rezeki kita berbeza. Kan? Salam kenalan juga.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...