March 27, 2011

7 Peraturan Di Saudi Arabia Yang Orang Luar Tidak Tahu

Assalamualaikum.

Duluuuuu, sebelum nak datang Jeddah, macam-macam aku pikir. Sebabnya, kita ni BANYAK DISOGOKKAN dengan cerita juga berita-berita yang KURANG ENAK pasal Saudi Arabia ni terutamanya isu PEREMPUAN SAUDI ni kononnya macam banyak KENA TINDAS dekat negara sendiri.

Tapi bila dah datang sini, dah duduk sini, hmmmm ... apa yang boleh aku cakap, apa yang biasa kita baca atau dengar dari pihak media, BANYAK SANGAT BERCANGGAH! Maksud aku, banyak sangat yang TAK BETUL

Paling tak paham, ada setengah yang macam nak PERJUANGKAN HAK PEREMPUAN SAUDI ni, macam tak berapa NAK BERFUNGSI SANGAT sebenarnya. Sebab setakat ni, perempuan Saudi memang tak suka orang luar MASUK CAMPUR hal peribadi dorang kat sini.

Sebabnya?

Perempuan Saudi ni LEBIH SELESA dengan apa yang dah diaturkan kat negara Saudi ni dari dulu lagi. Pada dorang, takde pun RASA DITINDAS ke apa pun. Orang luar je lelebih pasal benda ni. =_=

Baiklah. 

Harini aku bukan nak cerita in detail pasal perempuan Saudi ke apa. Cerita tu aku dah pernah keluarkan dah dalam entri yang lepas-lepas. Kalau rajin, godek lah sendiri. Aku sendiri pun tak tergodek entry lelama aku ni. Hahaha.

Entri kali ni aku nak share dengan korang, tentang 7 PERATURAN DI SAUDI ARABIA YANG ORANG LUAR TAK TAHU. Peraturan yang aku nak share ni, nak kata biasa sangat pun tak, luar biasa sangat pun tak. Sekadar nak share informasi je lah. Manalah tahu kot-kot ada yang nak datang sini ke apa ke kan. Sekurang-kurangnya, korang dah tahu lah sikit-sikit pasal peraturan kat Saudi ni.


1. Perempuan Tidak Boleh Memandu

Ini PENTING ye. Lagi-lagi untuk perempuan yang manalah tahu, nak jadi nurse kat hospital sini ke, pramugari kat sini ke. Korang janganlah sesuka hati pergi drive kat sini yek? Kang KENA TANGKAP? Menjawab lah kau dalam lokap! Hehehe.

Even korang ada buat LESEN ANTARABANGSA sekali pun still tak boleh okeiii nak drive kat Saudi ni. Sila ingat. 


2. Perempuan Kalau Nak Keluar Rumah, Wajib Sarung Abaya

Haaaaa ... tahu tak ABAYA tu apa? Abaya tu, JUBAH HITAM yang biasa korang tengok minah Arab pakai tu. Kat sini dipanggil abaya. Takde istilah jubah kat sini.

Kat sini, silap haribulan kalau kau perempuan tapi KELUAR SUKA HATI pakai jeans ke apa ke, kau boleh kena tangkap and masuk lokap lah kau. Siap kena bermalam lagi. Ada berani? Hehehe.

Pada aku, bagus je peraturan yang ni. Sebab aku memang suka pakai abaya. SOPAN, TUTUP AURAT DAN TAK MENJOLOK MATA. Lagipun abaya ni banyak jenis, banyak design. Cantik-cantik. ( Senyum kat Amal )


3. Lelaki Tidak Boleh Sesuka Hati Menegur Perempuan

Kalau kat Malaysia, yang laki boleh suka hati je kan main siul-siul NAK NGORAT AWEK kan? Kat sini, jangan kata nak bersiul, once kau tengok perempuan tu dan perempuan tu TAK SELESA dan RASA TERANCAM, on the spot dia boleh panggil guard and DAKWA korang! Jangan memain ok.


4. Di Larang Ber'Dating'

Kat sini, remaja-remaja yang bercinta memang susah sangat nak jumpa tengah 'MERENDEK' kat Mall, tepi pantai, taman ke apa ke. Memang SUSAH nak jumpa. Trust me. Dorang memang tak boleh simply keluar dating macam kita-kita kat Malaysia.

Kalau ada pun, dorang bukan keluar berdua. Tapi dorang BAWAK SALAH SORANG AHLI KELUARGA masing-masing. Pernah sekali tu, rasanya aku nampak, satu couple ni, berdating tapi ayah dia ke, atuk dia ikut dari belakang. Perhatikan dari jauh. Hahaha.

Ada jugak yang berani jumpa tapi kat restoran kedai makan. Tapi still bukan berdua tapi jumpa dengan kengkawan. Yang macam tu, memang selalu ada. Tapi kalau berdua, MEMANG JARANG!


5. Lelaki Bujang Di Larang Masuk Mall Pada Hujung Minggu

Kat sini, hujung minggu hari KHAMIS dan JUMAAT dan kat sini jugak, hujung minggu adalah untuk BERSANTAI DENGAN KELUARGA. Jadinya, time hujung minggu kalau yang lelaki bujang memang tak dibenarkan masuk ke dalam Mall.

Melainkan kalau dorang datang dengan family ada mak ayah, adik beradik, baru dibenarkan masuk. Kalau datang sorang atau datang dengan kengkawan lelaki bujang yang lain, memang MINTA MAAF ye dik. Anda DILARANG MASUK ke dalam Mall. Tee hee hee.


6. Solat Tepat Pada Masanya

Kat sini, kalau MASJID DAH AZAN, yang lelaki, kene terus directly pergi solat. Takde nak TANGGUHKAN WAKTU SOLAT ke apa. TAK BOLEH! TAK BOLEH! TAK BOLEH! Kalau matawar ( polis agama ) ada, kau boleh kena tangkap!

Kalau kau tengah berniaga ke apa, kau tinggalkan aja barang kat kedai. Tak payah tutup pun takpe sebab TAKKAN ADA KECURIAN yang berlaku. Serius tak tipu!

Untungkan? Kalau kat Malaysia, kalau main tinggal je barang macam tu, tak sampai 5 minit mesti DAH LESAP semua barang KENA KEBAS! Huhuhu. 

Tapi kat sini? Takkkk!

Even kalau kau TINGGALKAN KERETA dengan kunci kat dalam and ENJIN KERETA MASIH HIDUP pun, kau tak perlu risau sebab takkan ada orang nak curi! Orang kat sini takut ohhh dengan undang-undang. Tak berani dorang! 


7. Hukum Hudud

Kat negara Saudi ni memang MELAKSANAKAN hukum Hudud. Sebab tu orang tak berani nak langgar undang-undang yang dah ditetapkan.

Sebagai contoh : Kau sanggup ke TANGAN KENA POTONG bila kau kena tangkap sebab mencuri? Sanggup? Sanggup?

Sebab tu lah macam aku cakap tadi, kalau kau berniaga, kau tinggalkan kedai macam tu pun takpe. Orang takkan berani curi. Sama jugak kalau kau tinggalkan kereta dengan enjin masih hidup. Pun takkan orang berani curi punya! Sigh.

Biasanya, hukum Hudud ni dijalankan SETIAP HARI JUMAAT. Masjid tertentu dipilih untuk laksanakan hukum Hudud ni. Siapa yang berani, boleh je tengok. Takde hal pun. Hehehe.

Ok. Dah habis!

Aku bagi 7 je sebab itu yang PALING UTAMA. Yang lain tu, biasa-biasa je lagi. Hehehe. Pada aku, ada bagusnya peraturan macam ni. Tapi ada PRO DAN KONTRA lah.

Terpulang pada akal dan fikiran kita. Maybe ada setengah cakap, KOLOT sebab buat peraturan macam ni semua tapi kalau dari SUDUT AGAMA, banyak perkara kebaikan yang datang dari keburukan. Kan? 0_o

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Harini MASAK LAUK SIMPLE je memandangkan LAKI TAK BALIK RUMAH untuk makan tengahari. Cuma masak sikit buat makan malam.
  • MokMok masih meragam. Kesian pulak tengok dia. Sampai satu tahap, badan dia menggigil sebab TAHAN NAFSU NAK MENGAWAN agaknya. Hehehe.
  • Aku HUTANG BUAT EXPENSES RUMAH dah berbulan-bulan dengan laki aku. Asyik tangguh je, macam ni lah jadinya. =_=

10 comments:

  1. terharu baca tntng perlaksanaan hukum hudud kt sana.mmng betul hukum2 Allah tu Allah cipta utk jaga keharmonian umat.Tp kita asyik menidakkn yg hak.huhu

    ReplyDelete
  2. terharu baca tntng perlaksanaan hukum hudud kt sana.Allah ciptakan hukum2 mmng utk jaga keharmonian umatNya.tp kita asyik menidakkn hak Nya.huhu

    ReplyDelete
  3. terharu baca tntng perlaksanaan hukum hudud kt sana.Allah ciptakn hukum itu mmng utk jaga keharmonian umatNya.tp kita asyik menidakkn hakNya..huhu

    ReplyDelete
  4. Shafinaz - Memang pun. Sebab tu orang kat sini memang takut dengan Undang-Undang. ;)

    Rose - Aah. Memang pun. Tapi macam apa yang saya cakap, ada pro dengan kontra but so far, ok je lagi sebenarnya. ;)

    Anderia - Setiap apa yang baik itu datang dari Allah SWT. Yang buruk itu dari kita. ;)

    ReplyDelete
  5. kan bagus kalau msia praktikkan rule2 mcm ni..especially no.4 n 5..selamat dunia akhirat.. ;p

    p/s:no.6 kalau dpraktikkan kt msia,,mmg laaa stjuuuuu..

    ReplyDelete
  6. Lynn - Takde maknanya adik oiii nak praktik kat Mesia. Mahu semua bantah. Padahal takut sebenarnya! Kekeke.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...