March 2, 2011

Mereka Antara Pramugari Yang Terabai Di Jeddah.


Assalamualaikum.

Korang ada tak tengok berita ataupun baca paper pasal 23 PRAMUGARI TERABAI DI JEDDAH tu? Ada tak? Ada tak?

Ok. Pada yang dah tau tu, baguslah kan sebab korang memang sah sentiasa IKUT PERKEMBANGAN SEMASA baik dalam atau luar negeri. Pada yang duduk Malaysia tapi taktau tu, memang KESIAN kat kau sebab aku nun jauh tak duduk Malaysia pun boleh tahu. Hikhikhik.

Baiklah. Aku cerita lah sikit pasal BERITA HANGAT kat Malaysia ni beberapa minggu lepas.

Kisahnya, dorang tu semua, kerja dengan airlines company Arab. Nama company tu, aku tak berapa nak ingat sangat. Company ni diikutkan dari awal tahun lepas dah bermasalah sebab kalau aku tak silap lah, somewhere around bulan April tu, cik Tini dah mengadu kat aku yang dia TAK DAPAT GAJI lagi. 

Aku masa tu memang terkejut lah kan. Sebab keja dengan company tu, time musim Umrah datang ... perghhhhhh! BUSY TAK HENGAT! Asyik fly je memanjang sampai satu tahap, memang badan boleh flat. Ni customer dah lebat, takkan gaji staff pun tak boleh bayar kan? =_=

Ingat sampai situ je lah. Sebab dalam kepala aku masa tu, maybe company tu postponed ke apa. Tapi tak sudah jugak sampailah ke bulan lepas. Dari bulan April tu lah, company dok sangkut nak bayar gaji semua staff dorang. Sudahnya, makin kronik bila hujung tahun lepas, gaji yang sebulan company dok tangguh nak bayar sampai ke sudah masuk bulan ke empat, dorang still sama. TAK BAYAR GAJI lagi.

Memang kesian lah wei! Dah lah PRAMUGARI. Kau paham je lah. Perempuan. Hidup merantau nak cari rezeki tapi macam tu pulak jadinya. Yang merantau sebab nak cari, nak hantar duit balik bagi kat mak bapak kat kampung pun, jadi terbantut. Entah makan entah tidak, entah cukup entah tidak belanja mak bapak kat kampung tu ha bila GAJI PUN SANGKUT BERBULAN. Kesian gila. =_=

Tapi kan, aku nak gebang ah dengan korang kan. Company ni bagi ACCOMMODATION kat staff memang GEMPAK weih! 

Staff company tu semua duduk kat COMPOUND. Wa bagitau lu orang eh? Kat negara Arab ni, tak kesahlah, kat UAE ke, Bahrain ke, etc apatah lagi Saudi ni ha ... kalau orang tu duduk kat compound ... perghhh! Perghhhh! Kira memang GEMPAK HABIS lah weih! 

Sebab rumah kat compound ni, kalau nak sewa memang beriban lah sebulan. Lepas tu, kalau kat sini, rumah sewa tu kena bayar setiap bulan, boleh lah lagi. Tapi macam aku pernah cerita entry sebelum ni. Kalau sewa rumah, kena ikut rule yang owner rumah dah tetapkan. Ada owner nak sewa rumah, dibayar 6 bulan sekaligus. Ada yang SETAHUN terus!

Macam rumah aku sewa ni, Baba mintak 6 bulan je. Kalau rumah dulu, 3 bulan. Depends. 

Tapi dorang tu semua, dapat duduk compound. Dah la setiap apartment, dua staff. TAK MEWAH kau tengok? Duduk COMPOUND, ada POOL, ada GYM, ada SAUNA, ada INTERNET. Then, dorang kalau nak pegi memana, ada driver. Driver tu lah yang hangkut dorang memana je yang dorang nak pergi. Untungkan? Tapi macam mana company HEBAT macam ni boleh SANGKUT nak BAYAR GAJI staff? Ye dok? Aku pun tak paham sebenarnya. =_=

Tapi aku tengok lah, company ni memang jenis KERAH TENAGA staff macam apa! Tapi ... HABUK PUN TARAK! Kerah tenaga orang je PANDAI! Bila time kena bayar gaji staff, buat MUKA BODOH!

Aku ingat lagi, masa dah nak dekat musim Haji tu, cik Tini ni memang busy gila. Terkejar sana sini. Kena fly tak berhenti. Contohnya, dia dah fly malam tadi. Sampai Jeddah pagi, kang tak pasal, tengahari nama dia naik kena fly lagi. TAK HARU ke? T_T

Sampai satu tahap tu, cik Tini ni terpaksa amik MC sebab badan dia memang dah out of energy sebab fly non stop berhari without dapat rehat. Yelah. Kau ingat keja pramugari ni senang ke? Dah lah nak kena BERDIRI je nak MELAYAN ORANG. Lepas tu, nak layan KARENAH ORANG lagi. Itu belum masuk bila ada yang BANYAK SONGEH mintak macam-macam. Aku yang tengok pun boleh jadi penat. =_=

Yang lagi sorang, cik Intan. Dia ni kawan baik cik Tini. Kami lakibini kenal dia dari cik Tini lah. 

Ada sekali tu, si Intan ni masuk hospital sebab ada batu karang and kena operate. Lepas 2, 3 hari macam tu lah, dah discharged. Kan kata baru operation kan? Dua hari lepas tu ke berapa hari entah, company tu boleh pulak NAIKKAN nama dia untuk FLY. Kau GILA KE? Orang tu nak bangun pun, kena PIMPIN lagi. Ini kau nak SURUH FLY? T____T

Dah sah lah si Intan ni taknak sebab memang tak larat lagi. So, dia pun refused. Then, kau nak tahu APA YANG JADI????

Sorang staff company ni pegi JENGUK Intan sendiri kat rumah sebab managemant syak si Intan ni SENGAJA nak refused to fly. Gila BODOH NAK MAMS betul! Kau ingat bab sakit ni, nak main-main ke?

Bila dah tengok sendiri, dah puas hati, baru management kata OK. Intan siap tunjuk SURAT OPERATION dari doctor lagi. Tsk tsk tsk. T___T

Sekarang ni, Tini dah balik Malaysia dah. Dah resign. Of course lah resign kan. Duduk lelama kat sini, nak buat apa? Buat SAKIT HATI jek! Intan pulak rasanya pun baru balik Malaysia. Dengar cerita, semua staff mogok taknak fly. Celah mana lah nak fly kalau dah sampai 4 BULAN GAJI TAK BAYAR? =_=

Kalau yang bujang tu, rasanya boleh survive lagi lah. Tapi kalau yang staff lelaki tu, apa cerita? Yang dah kahwin tu. Yang ada bini. Ada anak-anak. Nak bagi makan apa? Makan pasir halus ke? Huhuhu.

Ikutkan sebenarnya, yang keja kat company tu, bukan pramugari je. Pilot company tu ada jugak dari Malaysia. Sama jugak dengan engineer. Ada Malaysian staff jugak.



Kiri : Tini. Kanan : Intan.

Sekarang ni aku taktau perkembangan terbaru. Paham je lah. Malaysia ni, hangat-hangat tahi ayam je kalau kes macam ni. Kang seminggu je hot, gebang macam-macam. Lepas tu? SENYAP MEMBISU

Aku harap, dorang ni dapat pembelaan sewajarnya. Harap jugak dorang dapat hak dorang balik. 4 bulan tu. Banyak weih! Kalau masuk duit elaun semua, lebih kurang dalam 30k tertunggak setiap sorang. KAYO! KAYO! Hehehe.

Untuk Tini & Intan ; Semoga TAK SERIK untuk jadi kabin crew lagi. Panjang umur, kita jumpa lagi. Mintak maaf ok kalau ada salah dan silap. Halalkan nasi goreng & jejemput yang korang buat masa kita pegi buat Umrah sesama dulu. Tee hee. ;)

Hah! Kalau ada antara korang yang ada impian nak jadi cabin crew tu, berhati-hatilah. 

Sekian. Masalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...