March 20, 2011

Beberapa Tips Ketika Menunaikan Umrah

Assalamualaikum.

Jadi manusia dan sebagai orang Islam, aku taknak jadi MANUSIA YANG KEDEKUT segala benda. Tapi sebagai seorang isteri, KEDEKUT SUAMI adalah DIBOLEHKAN. Itu terkecuali dalam bab kedekut ni. 

Oleh itu, sekarang ni, aku dengan ikhlas dan merendah diri nak kongsi dengan korang BEBERAPA TIPS atau perkara ketika atau kalau korang nak datang sini and nak buat Umrah.

Tergerak hati nak kongsi dengan korang sebab ada setengahnya yang datang sini, memang FACING CERTAIN PROBLEMS. Baik kat Makkah, baik kat Madinah. Jadinya, aku share dengan korang lah benda yang penting and perlu. Kalau ada terkurang and ada di antara korang nak tambah, SILA BAGI KOMEN ok. Nanti aku edit tambahan dari korang tu.

Di Madinah

  1. Perjalanan Masa - Biasanya, rombongan datang Umrah ni akan KE MADINAH DULU dan akan turun kat Airport Jeddah. Yang pakej biasa, akan NAIK BAS ke Madinah and perjalanan bas dari Airport Jeddah ke Madinah is about 5 - 8 jam. Depends on driver bas yang korang dapat. Sebab rule dekat sini, bas boleh pergi PALING LAJU cuma 80km/j sahaja or else boleh KENA SAMAN. Jangan kau ingat bas sini macam kat Malaysia eh boleh suka hati BAWAK LAJU IKUT PERASAAN SENDIRI. Hehehe.
  2. Raudhah - Raudhah ni lah salah satu TAMAN DI SYURGA. Kat Raudhah ni lah terletaknya MAKAN NABI kita. Lelaki nak pegi Raudhah memanglah SANGAT SENANG sebab takde masa yang ditetapkan. Untuk perempuan, biasanya nak masuk Raudhah ada MASA TERTENTU. Selepas Subuh, pukul 10 pagi or 10 malam. Nak ke Raudhah bagi yang perempuan, pintunya betul-betul sebelah pintu utama Masjid Nabawi - King Fahd. Dah masuk ikut pintu tu, JALAN SIKIT DALAM MASJID and tunggu PINTU KAYU COKLAT bukak for ladies nak ke Raudhah.
  3. Telefon & Kamera - Untuk lelaki memang takde masalah. Tapi yang lelaki, janganlah kau usung KAMERA GABAK CANGGIH kau tu! Memang tak dapat lah kan! Yang perempuan, memang DILARANG sama sekali bawak telefon atau kamera or else kau punya barang KENA RAMPAS! Aku dah bagitau ni. Jangan SALAHKAN AKU kalau dah kena rampas nanti. Tee hee.
  4. Kurma - Ok. Pasal kurma ni ramai yang taktau. Kurma paling femes mestilah kurma Nabi or orang panggil KURMA AJWAA. Kalau nak borong kurma Nabi dengan HARGA MURAH, beli dekat Jabl Uhud. Kat situ memang murah dan berkualiti. Aku perasan, travel agensi kebanyakan ingat kat pasar kurma or kat kilang lagi berkualiti tapi TAK! Harga dah lah macam langit dengan bumi padahal sama je. Tak percaya? Meh aku bagitau. Kurma Nabi kat Jabl Uhud, sekilo baru 50 riyal tapi dekat pasar or kilang? 100 riyal ok! So, pepandailah korang. Tapi kalau NAK JAGA STANDARD sangat, belilah kat pasar kurma or kilang. Takde hal derr! Duit kau. Bukan duit aku. Aku cuma bagitau je. =_=
  5. Ingat Nombor Pintu Masjid - Benda ni bagi MENGELAKKAN korang dari sesat nak balik hotel. Pintu memang sangat banyak dan sebab tu lah korang kena ingat, pintu mana KORANG MASUK tadi dan PINTU YANG SAMA tu jugaklah korang KENA KELUAR. Kalau tak ingat? Hahhhhh, memusing lah korang keliling masjid nak cari jalan BALIK HOTEL!
  6. Makan - Bab makan ni, korang takyah risau sangat lah sebab negara Saudi ni memang kaya dengan KEDAI FASTFOOD. Siapa yang cintakan fastfood, memang takde masalah lah sebab senang cari makan. Yang tak suka fastfood? Korang kena cari kedai makan biasa DALAM MALL. Kalau tak tau jalan, RAJINKAN MULUT BERTANYA.

Di Makkah

  1. Jaga mulut, jaga perangai - Dah sampai Makkah, tolong jaga segala benda yang KORANG CAKAP atau KORANG BUAT kalau taknak DIBAYAR CASH olehNya dalam masa yang sama. Serius punya amaran ni! Jangan LANCANG SANGAT MULUT kalau bahasa kasar aku lah. Hehehe.
  2. Masa - Pada yang takde pengalaman lagi buat Umrah, ramai ingat nak buat Umrah ni amik masa BERHARI-HARI macam orang BUAT HAJI. Tapi tak sebenarnya. Berapa lama masa yang diambil untuk siap buat Umrah depens on korang lah. Yang penting, dalam beberapa jam, Umrah dah selesai. Macam kami lakibini, selalunya selesai buat Umrah dalam 2 atau 3jam sahaja. Bukan BERHARI ye kengkawan.
  3. Miqat - Kalau nak buat Umrah banyak kali dalam sehari which memerlukan korang kena Miqat, memang TAKDE MASALAH sebab kat Makkah banyak TEKSI dengan PREBET SAPU yang korang boleh naik untuk ke Tanaim dan buat Miqat kat sana. 24 jam punya servis. Haaa .. buatlah Umrah sampai lebam! Buat selagi ada KUDRAT dariNya. Kalau penat, rehat. Jangan paksa diri dan ADA SIFAT TAMAK!
  4. Wuduq - Wuduk ni PALING PENTING sebab masa Tawaf, memang kena jaga wuduq. Jadinya, pastikan masa wuduq tu, time sapu air dekat kepala, SAPU SAMPAI KE BELAKANG KEPALA dengan niat bertakliq ke apa entah namanya. Aku pun lupa. Bila buat macam tu, takdelah wuduq korang BATAL bila TERSENTUH BUKAN MUHRIM masa tawaf Kaabah.
  5. Tandas - Ni aku bagitau, tandas takde DALAM MASJIDILHARAM. Tandas dekat luar Masjid. Memang jauh sikit lah kalau korang nak terkencing ke, terberak ke tapi kalau DAH TAK TAHAN tu, jauh pun boleh jadi DEKAT kan? Hehehe. Tapi kalau wuduq terbatal dan rasa tandas tu jauh, korang BOLEH amik wuduq guna air ZamZam. Takde masalah kat situ. Ok?
  6. Telefon & Kamera - Kat MasjidilHaram ni kalau nak bawak telefon takde masalah ye kengkawan. Nak bawak kamera pun ok je. Takde masalah. Boleh je. Cuma TAK DIGALAKKAN BAWAK MAKANAN masuk dalam masjid. 
  7. Hafal Nombor Pintu Masjid - Ni sama macam kat Madinah. Kalau TAKNAK SESAT, sila ingat pintu mana korang MASUK, pintu mana korang KELUAR.
  8. Plastik - Kalau nak masuk Masjid, make sure plastik kosong SENTIASA ADA dengan korang untuk letak selipar atau kasut dan simpan dalam beg atau ikat plastik berisi selipar tu dekat beg. Bukan tak boleh letak dekat rak kasut kat Masjid tu tapi benda ni MEMUDAHKAN lagi. Let say dah abis buat Umrah, korang tak perlu nak SUSAH PAYAH CARI RAK KASUT sebab selipar korang tu dah tentu dekat korang je.
  9. Rindu Malaysia - Kalau dah datang sini dan tetiba TEKAK GATAL nak teh tarik or roti canai, pegi makan dekat D'Felda. Restoran ni dekat bangunan Safa Tower. Safa Tower ni DEKAT dengan Menara Jam Kaabah tu. Nak kata betul sebelah tu, takdelah. Tapi area situ jugak. Cari Safa Tower and naik TINGKAT 4. Nanti jumpa restoran D'Felda ni.

Ok. Dah cukup. Ni je yang TERLINTAS dalam kepala hotak aku sekarang ni. Kalau ada nak tambah, as what I said, bagi komen. Ok? Benda macam ni, tak boleh kedekut. Kenalah kongsi sikit. Orang kedek ni, tak bagus. Bak kata anak sedara aku yang gemuk sorang tu ; " Nanti ALLAH marah!" . Hehehe.




Selamat Menunaikan umrah!

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :
  • Bekas teman lelaki kesayangan selamat bernikah. Congratulations awakkkk! Semoga menjadi suami yang baik untuk isteri. Semoga dimurahkan rezeki dariNya. InshaAllah.
  • Perut lapar. Harini lunch megi cup jek. Sedih betul.  =_=

2 comments:

  1. 1st time singgah. tq sharing ya. insyaAllah sy n en.suami akan menunaikan umrah 13/04-25/04 ni. sure tips ni membantu.ada advise lain dr nailah? tq again :)

    ReplyDelete
  2. mommy juju - Alhamdulillah. Tak lama lagilah ni. ;). Hmmm. Sekarang kat sini tengah musim panas. Kena banyak minum air. Lagi satu, bawak Vaselin. Bukan lotion tapi yg dalam botol bentuk kotak tu. Datang sini, rajin-rajin letak vaselin kat kaki tangan and bibir. Nanti kulit kering and mengelupas! Selamat menunaikan Umrah mommy juju!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...