March 5, 2011

Dugaan Datang Dan Pergi.

Assalamualaikum.

Sekarang hati tengah rapuh. Tapi terasa disayangi oleh Allah SWT sebab dugaan datang lagi. Kan kalau kita diduga itu tandanya Allah SWT MENYAYANGI DIRI KITA. Kan?

Kalau tak kuat, mau hilang pedoman aku ni. Hukhukhuk. Nasib lah dah kahwin. Hehehe. Yelah, bila dah kahwin ni, laki aku lah buat aku rasa macam : " Ok. Sabar. Ini dugaan. " . FINE! Dia memang terlalu cool untuk semua perkara. Sifat dia yang memang aku tak boleh nak lawan lah. =_=

Kekadang, tertanya-tanya pada diri sendiri : " Kenapa macam ni? " , " Kenapa macam tu? " , " Kenapa benda ni jadi? " , " Kenapa selalu diduga? " , kenapa dan kenapa dan kenapa dan kenapa dan akhirnya tiada kesudahannya. Cuma Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui semua perkara yang berlaku. Redha.


Alhamdulillah aku masih mampu TERSENYUM bila dugaan datang bertimpa.

Pagi ni bangun, SAKIT PINGGANG yang dah berhari makin teruk nampaknya. Inilah padahnya kalau cakap laki tak nak dengar. Disuruhnya aku sapu minyak panas, memang aku taknak lah kan! Sebab nanti, kalau sapu, badan panas semacam buat aku tak selesa. Lagi pulak, aku ni memang jenis tak suka minyak urut-urut ni. Rimas. Bau busuk. Minyak yang aku boleh terima sapu kat badan cuma Vicks. Eyh, Vicks tu minyak ke? =_=

Harini, aku kena jugak mula menaip nama-nama indah buat anak di dalam perot KAWAN BAIK SELAMANYA aka HEMPEDU aku, Amal. Anak dalam perut dia, mungkin ANAK LELAKI. Jadinya, disebabkan aku sekarang sangat teruja dengan anak dia, so aku bersemangat untuk carikan nama-nama klasik Arab yang memang sedap dan pasti, punya maksud yang baik.

Kan orang cakap : " Bagi nama anak, yang punya maksud yang indah. InshaAllah, anak akan terbentuk dengan semulajadinya melalui maksud namanya sendiri. " . Hehehe.

Senarai nama dah ada. BANYAK GILA okeiii. Aku rasa mahu si Amal tu nanti pening nak pilih mana satu. Haritu aku bagi contoh satu nama : UMAR DHIYA'ULHAQ. Hah? Korang pernah dengar lagi nama tu? Aku berani bet ah, mesti RAMAI BELUM PERNAH DENGAR lagi nama macam tu. Kan? Kan?

Baru bagi contoh satu nama pun, dah cukup buat si Amal ni menggila sebab eksaited nak tengok senarai nama yang lain. Aku harap, dia suka dan TAK PENING untuk pilih nak letak yang mana satu. Kekeke. 

Ada sesiapa yang berminat nak mintak tolong aku jugak nak carikan nama anak? Meh sini meh. Aku tolong dengan rela hati. Tapi for sure aku akan senarai semua nama-nama klasik dari Arab lah. Nama klasik lah BEST! Lain daripada yang lain. Terutama nama zaman Nabi Muhammad SAW. Sedap je semua nama zaman Nabi. Yang penting, punya maksud yang seiring. Sangat SUPER COOL okeiii!

Baiklah.

Aku ni dah mengarut sebenarnya. Tadi cerita lain, ni cerita lain. Apa nak buat? Kata hati TENGAH RAPUH. Bila tengah rapuh, kepala pun serabut. So, ayat pun serabut sebab dah tak seiring kata hati dengan apa dalam otak. Kekeke.

Apapun, aku suka dengan status Facebook aku sekarang ni : " Di dalam Quran, ujian dan dugaan disebut sebagai bala' serta fitnah. Menurut kamus al-Muhit, kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat, Ujian juga mengajar seseorang untuk menjadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan dalam kehidupan. "

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah
  1. Pagi tadi baru dapat tahu, kawan baik seangkatan sedorm masa sekolah teknik dulu, Mira diduga juga bila KERETA KESAYANGAN KENA CURI. Kesian dia. Mira, semoga tabah ya? Jangan sedih-sedih ok. Sayang kamu. Rindu kamu. Muah!
  2. Pagi tadi boleh pulak aku mimpi laki aku JADI GAY! Astaghfirullah Al-Azim. Ni lah bahananya bila tertidur lepas solat Subuh. Panggggggg! =_=

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...