March 27, 2011

Kehidupan Di Jeddah : Perkembangan Terbaru Si Makhluk Berbulu Putih

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak buat entri pasal MAKHLUK BERBULU PUTIH aku yang sekor ni hah. Walau sekor pun, rasa macam JAGA SEPLOH EKOR kucingggg! Manja nak mamposssss kucing aku sekarang ni. Makin menjadi-jadi MANJA dia dari hari ke hari. =_=

Oh, pada yang BARU KAT SINI, meh aku kenalkan kat korang kucing aku. Nama dia, MokMok. Kucing betina ni. Garang tak bertempat. Kalau ada kucing lain nak kawan, dari jauh dia dah BERBUNYI TANDA MARAH. =_=




Ni hobi baru dia bila pindah rumah baru : TERMENUNG DEKAT BALKONI. Sampai sekarang dia still suka macam ni especially bila aku buka sliding door without bukak yang jaring sliding door.




Yang ni pun hobi baru jugak : MENGENDAP KENGKAWAN kat tong sampah depan rumah. Dia ni KEPOH NAK MAMPOS! Pantang dengar bunyi kengkawan dia kat bawah. Mesti dok nak mengendap! 

Selain tengok kengkawan, dia ni suka tengok LORI SAMPAH. Kalau lori sampah datang nak kutip sampah depan rumah, dia lah PALING LAJU pergi balkoni nak tengok LORI SAMPAH! Aku pun taktau kenapa. =_=




Yang ni ikut mood. Kalau RAJIN, dia suka dok DUDUK BERTENGGEK kat tingkap rumah.


Perkembangan terbaru yang lain pasal si MokMok ni :

  • Dia suka MINUM MILO sekarang. Kalau orang minum Milo, leka dengan cawan, dia datang pergi kat cawan, selamba je jilat minum dari cawan tu jugak. Huhuhu.
  • Berat dia sekarang dah nak dekat 4 kilo dah. Ni berat tak sunat lagi ni. Kalau dah sunat? =_=
  • Hormon NAK MENGAWAN dia semakin kronik. Bulan depan memang nak KENA HANTAR SUNAT jugak. Kesian dah tengok dia. Tak sampai hati. Sobs. T__T
  • Makin kuat makan. Biskut Royal Canin makan, makanan basah dalam tin pun makan. Makanan kesukaan dia, KAMBING
  • Sifat MANJA dia makin MENJADI. Tidur pun nak SESAMA ATAS KATIL ngan kami lakibini. Tapi tak kesahlah sebab setakat ni, kalau ehem-ehem, dia tak kacau. Elok je duduk diam-diam. Kahkahkah.
  • Awal bulan haritu, dah bawak dia jumpa Vet untuk letak UBAT KUTU. Sakit dekat mata dia pun macam dah ok sikit dari sebelum ni.
  • Lagi satu, dia ni MAKAN AISKRIM BASKIN ROBBIN! Gila kauuuu! Tension je tengok dia jilat aiskrim laju kalau letak kat sudu! =_=
  • Sekarang dia MANJA DENGAN LAKI AKU. Mengada! Dia dah kurang dengan aku maybe sebab aku suka buli dia! Hahaha.
  • Akhir sekali, dia ni sekarang, dah pandai CURIK MINUM AIR MASAK dari gelas aku. Macam Milo lah. Kang aku susah payah tuang air masak dalam gelas, kang kalau aku leka, tengok-tengok, dia tengah syok jilat minum air masak aku tuh! Blughhhhh! =_=
Haaa ... tu jelah perkembangan terbaru dia. Aku tak sabar nak tunggu dia sunat sebab nak dia lagi BERAT DAN MEMBESAR bagai johan. Nak dia besar macam MARU THE CAT! Hehehe.

Tau tak Maru The Cat? Pergi cari dekat YouTube. Kucing paling comel dan bijak yang aku pernah tengok. Kucing dari Jepun. Entah hidup lagi ke tak Si Maru tu. Huhuhu.

Sekian. Masalamah!

6 comments:

  1. neklah balik msia mokmok ikut tak......pnjammmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. Kak Mimy - Mestilah ikut kakkkkk! Kang menangis tak berlagu neklah kat Malaysia. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Oh tidak! Dia sangat comel lah , dear. Nak pinjam ,untuk peluk sedut boleh ? Hehe. Okeh, saja nak cakap : nama sis anem sertakan dalam entri neh, okeh kan? Maaf, seadanya saja.

    Ni entrinya: Kerana kamu saya masih menulis

    Hurm, jaga kesihatan tau , macam2 sekarang ni:)

    ReplyDelete
  4. Anem - MokMok memang sangat comel! Nasib baik dia berbulu, kalau tak berbulu, dah lama kena geget! Ini dapat cubit je. Hehehe.

    Me dah baca that entry. Thanks very much. Anem pun keep blogging ya? Entry Anem pun best-best. Yang penting, kita berblogging kerana minat dan bukannya duit semata atau trafik semata. Hehehe.

    Anem pun jaga kesihatan diri juga. ;)

    ReplyDelete
  5. suka baca blog nailah..best..hihu..

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...