March 23, 2011

#Supermoon Di Jeddah

Assalamualaikum.

19 Mac haritu, bangun pagi bila aku bukak Twitter, tetiba keluar #supermoon as a TREND KAT TWITTER. Aku ingat kepebendalah menatang supermoon tu. Sekali je, tanya punya tanya, aku dapat tau, on that night akan berlaku kejadian like BULAN akan jadi NAMPAK LEBIH BESAR sebab jarak bulan sangat DEKAT DENGAN BUMI.

Disebabkan eksaited dan sangat jakun, aku yeye lah punya tak sabar NAK TUNGGU MALAM sebab nak tengok supermoon tu. Sekali je ... malam tu, tunggu punya tunggu ... aku memang TAK NAMPAK LANGSUNG bulan! Jenuh aku jenguk dari tingkap bilik aku dengan tingkap bilik lagi satu. 

Bila jenguk dari balkoni rumah pun aku memang tak nampak langsung supermoon ni! Memang frust lah. Bikin PANAS HATI je bila tengok timeline Twitter orang lain dok kagum tengok bulan cantik gila. Memang hampagas lah kan! =_=

Tup tup ...

Esoknya tu, kami lakibini keluar makan. Sebab laki aku NAK BELANJA KAWAN OPIS dia. Kebetulan kawan dia tu baru sampai Jeddah. Dorang lama dah kenal since kat Dubai. Now, keja sesama dekat opis sini. 

Dalam keta nak ke restoran makan tu, tetiba laki aku cakap : " Ayang, tu bulan cantik tu! ". Terus laju je mata aku tengok langit and ...

Memang serius nampak jelas gila bulan! Memang NAMPAK BESAR lah DARI KEBIASAANNYA. Even lambat sehari dapat tengok supermoon tapi aku serius memang happy gila sebab DAPAT TENGOK dengan MATA KEPALA SENDIRI kejadian supermoon ni.

Konon, dari dalam kereta nak amik lah kan supermoon dan dan tu jugak tapi apalah sangat nak dapat kalau setakat pakai kamera telepon! Ye dok? Last-last, balik dari makan tu, aku suruh laki aku amik supermoon pakai kamera canggih dia!

Yelah. Kamera dia tu, harap je canggih tapi BUKAN DIA SELALU GUNA pun sejak aku jadi kurang nak bergambar lagi dah! Dah jemu. Hahaha.

Lama jugaklah laki aku dok snap snap supermoon dari balkoni rumah. Tapi kira ok lah kan dari tak dapat tangkap langsung kejadian supermoon ni. Ye dok?







Kalau korang tengok bebetul, dari KEJADIAN SUPERMOON ni, bulan memang jelas SOLID gila! Lepas tu siap JELAS NAMPAK like ada 'peta-peta' kat PERMUKAAN BULAN tu. Kan? 0_o ( Nampak ke? Hehehe. )

Kuasa Allah SWT kan? Kejadian macam ni memang nampak jelas, Allah SWT BERKUASA KE ATAS SEGALANYA. DIA mampu buat apa sahaja ke atas setiap ciptaanNya. 

Malam tu, memang aku TIDUR LENA sebab finally dapat lihat kejadian alam ni secara live. Kehkehkeh.


Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Harini cuma makan MAGGI KARI letak cili padi, telur dengan udang. Memang menyelerakan lah sebab kebetulan memang teringat maggi. Masuk dapur terus masak. Lagipun, harini tak perlu masak sebab laki aku makan kat luar.
  • Musim MENGAWAN MokMok dah datang. Dua tiga hari ni memang terpaksa tadah and tahan telinga dengar dia buat suara nak mengawan. =_=
  • Aku mengidam nak makan IKEA meatball, salmon and mashed potato lah! Agak-agak, dapat makan tak menda tu semua malam ni? T__T

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...