March 8, 2011

Doha - Akhirnya Impian Jadi Kenyataan

Assalamualaikum.

Baiklah. Harini aku sambung cerita aktiviti seterusnya yang aku buat sepanjang aku BERJIMBA kat Doha.

Lepas dah puas ternak lemak dari hari pertama sampailah keesokkan paginya pun menternak lemak jugak, jadinya, petang hari yang sama tu, Amad bawak pulak ke tempat proses tak berapa nak pecahkan lemak sangat iaitu benda yang memang aku NAK SANGAT MAIN, NAK SANGAT NAIK! Hehehehe.




Apa lagikan kalau bukan main ATV! Yesssssssssssss! Finally beb gua dapat main! Gua tak kesah ah kalau lu cakap wa jakun ke, ketinggalan zaman ke. Gua tak kesah! Yang penting, GUA DAPAT MAIN! Huh! =_=

Tempat nak main ni, memang HUJUNG DUNIA. Jauh. Dekat sejam kot dari rumah Amad nak ke tempat tu. Aku tak ingat apa nama tempat tu tapi tempat tu memang dekat dengan laut. 

Sampai je kat tempat tu, akan jumpa like 'GERAI' banyak berderet kat tepi jalan yang kita kena sewa ATV ni. Kena PANDAI PILIH and nego harga lah. ATV ni sewa ikut jam. Lagi satu ATV ni ada 3 jenis. 

  • ATV Automatik
  • ATV Semi-Auto
  • ATV Fully Manual
Paling syok sebenarnya ATV Fully Manual la sebab pick up sedap sikit tapi kalau dah kata kau tu BEGINNER, kau tak payah lah kan dengan BERLAGAKNYA nak pegi sewa ATV Fully Manual lak! Kang kalau kau terover bawak laju dan tak pandai nak handle, lepas tu kau TERGOLEK MAKAN PASIR, jangan salahkan orang! Salahkan diri sendiri. Kekekeke.

Harga nak sewa pun berbeza ikut jenis ATV yang korang nak sewa. Paling murah mestilah yang Auto tu dan paling mahal, mestilah ATV Fully Manual.

Tapi kalau korang datang situ, ramai yang sewa dan ramai jugak yang BAWAK DIRI SENDIRI PUNYA and main kat situ. Biasalah. Kata orang Arab kan. Banyak duit. Beli sebijik pun ATV ni tarak hal pun! Hujung minggu bawak datang ATV kat sini, lenjan lah berapa lama kau nak lenjan sampai puas! Huhuhu. =_=




Masa ni dah dapat ATV sorang satu. Nasib baik lah kiteorang semua DATANG AWAL sebab kalau datang lambat, masa tu orang dah ramai plus ATV dah banyak habis orang sewa and main. Kang, melepas lah aku nak main ATV ni lagi. Hikhikhik.

Dulu masa datang Dubai, bukan ATV ni takde tapi masa aku pegi Dessert Safari tu, just ada ATV cinonet je. Kecik lak tu. Then, ada sebijik je. Camno nak main? Tak puas! Itu yang berkobar datang Doha sebab nak main menatang ATV ni. Hehehe.




Aku kan BEGINNER, jadinya bila dah amik ATV yang Semi Auto, mamat tu macam TAK PERCAYA je aku boleh bawak! Derrr, kata BEGINNER kannnn? Memang ah agak LEMS sikit plus TERKIAL-KIAL masa baru nak main. Kata SAYA BUDAK BARU BELAJAR kan? =_=

Mamat tu siap suruh aku bawak ATV Auto jek. Tapi aku biasalah. Kalau aku kata aku BOLEH BAWAK, mesti BOLEH PUNYALAH! ( Berlagak tak? 0_o )

Kiteorang amik ATV Semi Auto pun sebab kalau nak naik bukit ke apa ke, pick up ok sikit compare tu Auto. Terkedek-kedek pulak kang kalau nak lenjan laju-laju and naik bukit. Perghhhhh! Cakap nak berlagak kan? Padahal kau tu BEGINNER. Hahahaha.




Time ni aku baru nak biasakan main clutch. Sebab kalau motor, aku rasa nak tekan clutch kat kaki tu kena tekan ke bawah ( Eyh, yeke? CONFIDENT je aku ni kan? Bhahaha. ), tapi menatang ATV nak tukar clutch kena tolak ke atas pulak! Tapi disebabkan EKSAITED plus SEMANGAT punya pasal, tak kesahlah walaupun dok menolak clutch masa main tu sampai kaki MERAH-MERAH! Kahkahkah. T__T




Masa ni, aku dah tak dikira BEGINNER lagi dah sebab aku dah boleh LENJAN SUKA HATI menatang ni. Gila laju tak ingat! BERLAGAK tak pasal padahal baru reti sikit beberapa minit. Hikhikhik. Terasa pulak masa lenjan ni, kalau laki aku ada, mesti lagi best sebab dia gila MOTOR sikit. Lagi-lagi bila bawak ATV ni rasa macam bawak SUPERBIKE pulak. Kahkahkah. ( Over tak ingat kau ni lah! )




Kalau lu naik ATV tapi lu setakat bawak kat jalan rata tak naik bukit, lu memang BEGINNER lagi ah! Tak syok ah kan! So, nak membuktikan kat Amad yang gua bukan BEGINNER LAGI, gua lenjan naik bukit! Perghhhh! Perghhhhh! Rasa best gila ah sebab nak naik bukit bukan senang!

Dari jauh sebelum nak naik bukit tu, kau dah kena pakai clutch tinggi and kau kena press sehabis mungkin minyak kau or kalau tak, TERSEKAT lah kau kat KAKI BUKIT padang pasir tu! Hehehe. 

Bangga gila bila dapat naik bukit. Terasa KEPUASAN SEBENAR! Kuikuikui. Walaupun bukit tak berapa nak tinggi macam yang bebudak terror main tu tapi jadi lah kan dari tak berani langsung nak naik bukit! Ye dok? =_=

Paling kelakar, lepas dah puas naik turun bukit yang tak berapa nak tinggi menggunung sangat, Amad ajak aku naik bukit yang BAPAK TINGGI MENJUNAM TAK HENGAT! Gilaaaaa! Korang rasa aku naik ke tak? Hehehe.

TAKDE MAKNANYA lah woiiii! Kang kalau aku TERSEKAT? Satu keja kau nak kena turun and nak kena angkat and nak kena pusing ATV kau tu sendiri! Kau ingat ATV tu ringan? Berat nak MAMS okeiii! Aku dah lah perempuan. Yang naik bukit tinggi tak hengat tu pulak, majoritinya adalah LELAKI! Melainkan kalau ada laki aku, mungkin AKU SAHUT CABARAN Amad itu. Kekeke.

Jadinya, bila aku dah cakap kat Amad, aku tak berani, dia dengan PENUH SEMANGAT set tempat, lenjan andddddddddddddd ... vroooooommmmmmm ...! Dari jauh memang nampak laju ah derrrrrr, sekali bila dah nak sampai puncak bukit ... tinggggggggggggg! ATV tersekat! Kahkahkah. Aku memang gelak kuat gila kat bawah! Memang lawak tengok Amad. Paling buat aku gelak lagi bila dia dah terkedek-kedek, turun dari ATV and alih-alihkan ATV tu balik mengadap bawah bukit! Nasib baik lah aku TAK SAHUT CABARAN dia tadi. Kalau tak ... 0_o




Disebabkan semua orang dok syok main ATV ni dan disebabkan juga NA tergolong di dalam golongan IBU MENGANDUNG, dia hanyalah memerhatikan kiteorang main dari jauh. Hehehe. Nasib baik dia dah pernah main tahun lepas. So, tak kisahlah kan. 

Sepanjang main tu, sekali-sekala, semua orang datang check IBU MENGANDUNG ni ok ke tak. Manalah tau, kot-kot tetiba nak terberanak ke kan. Kahkahkah.

Gambar kat atas tu, eksyen je. Duduk kat belakang kejap untuk amik gambar je. Aku suka gambar dorang tu. Bak kata Ayong : " Seperti Dora dan Diego! ". Kahkahkah.




Dah puas main sejam, barulah nak ingat makan semua. Sebelum datang nak main ni, dah siap-siap bawak bekal. Bawak yang ringan-ringan je like samosa, kuih-muih as for minum petang kat tengah padang pasir. 




Bila dah kenyang, bergambar reramai sebelum balik. Masa nak balik tu, orang memang makin ramai dan makin meriah. Yelah, menda ni kalau nak datang main, kena datang time ada orang. Baru MERIAH! Boleh tengok aksi-aksi orang yang BARU BELAJAR nak main and jugak yang dah MEMANG TERROR GILA main!

Nak tau kenapa aku cakap TERROR GILA? Sebabnya adalah ini : 




Perghhh! Perghhhh! Boleh bawak keta senget sebelah beb! Kalau dalam filem, aksi macam ni by komputer tapi kat negara Arab, aksi macam ni adalah AKSI KEGEMARAN! Gila teror tak? Aku KAGUM sampai TAK TERKUNYAH kuih dalam mulut aku ni haaaaa. Kahkahkah.

Sekian. Masalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...