March 2, 2011

Pindah Rumah : Rumah Lama & Rumah Baru.


Assalamualaikum.

Baiklah. Harini aku akan tunaikan janji by update and post tentang rumah baru dan lama kami lakibini kat sini.

Lagipun, last entry masa aku post rumah yang-memang-macam-bukan-kat-Arab tu. Ramai bagi feedback and ingat itu rumah kami!

Wei! Wei! Wei! Bukanlah! Itu bukan rumah kami sebenarnya. Kan aku dah mention kat entry tu : " Itu bukan gambaran sebenar rumah kami. " . Sila jangan ingat lagi itu rumah kami okeiii? Hikhikhik.

Gambar tu aku dapat dari Flickr derrr. Celah mana pulak korang boleh ingat aku nak duduk rumah BESAR-BESAR macam tu sengsorang tatkala laki ku PERGI MENCARI NAFKAH?

Takdenye derrr. Aku ni PENAKUT TAHAP GABAN! Nak duduk rumah BESAR GABAK, memang BUKAN AKU ah kan. =_=

Tapi ... kalau laki dah nak beli and bagi duduk rumah BESAR, takkan aku NAK TENGOK je kan? SENGIH je lah. Kekekeke. 

Baiklah. 

Sebelum korang nak MENGGALAK tengok rumah kami. Aku kena lah tunjuk dulu rumah yang lama kan? Sebab aku pun memang belum penah lagi post kat blog ni gambar rumah lama. Dulu nak post tapi tak ter'post' sebab biasalah, aku kan SUKA MENANGGUH KERJA. =_=




Gambar ni korang boleh NAMPAK lah betapa dekatnya hospital yang still under construction dengan apartment kami. Apartment kami dulu level paling atas tapi takdelah atas mana pun. Level 3 je. Even level 3 pun, tetap jugak aku naik SEMPUT MENGAH semacam. Hehehe.

Hospital tu sebenarnya dah siap cuma tinggal nak siapkan INTERIOR kat dalam tu ha. Hospital ni lah yang aku cakap haritu. Sekali kalau kau dah masuk, duit register je pun, kau dah kena bayar sampai 15K. Hah! Ni lah hospitalnya. 

Yang korang nampak tu, dari view belakang hospital. Kira kawasan rumah lama aku ni, belakang hospital ni lah. Masa awal dulu, bila tau yang bangunan belakang ni hospital ... aku pernah cakap kat laki aku : " Senanglah bie kalau hospital. Sebab kalau I pregnant, kot-kot kalau U lembap sangat sampai masa I nak beranak, I jalan kaki je pegi beranak kat hospital ni. Senang! ". Kekekeke. 

Tapi ... kalau dah register sampai 15k, KAU GILA?!!!! Itu baru register. Belum lagi kos yang lain. Menangislah company laki aku tengok bil beranak aku nanti. Wuwuwuwu. T___T




Untuk gambar kedua ni pulak, aku buat label lah. Bagi korang senang paham sikit. Rumah ni kalau ikut apa yang laki aku cerita ah kan, asalnya VILLA tapi biasalah kan. Pak Arab ni kalau dah kaya sangat, kalau dah boring duduk rumah yang dah bertahun duduk, dorang pindah buat villa lain pulak.

Jadinya, tuan rumah ni bijaksana. Dia buat renovation villa dia dan jadilah  beberapa unit apartment. So, makin kaya lah dia sebab villa ni bila dah renovate, adalah dalam lebih kurang tambah tolak ade 15 unit apartment. Paling cikai pun, satu apartment, 1k ke atas. So kau TOTAL UP lah sendiri berapa yang Pak Arab ni dapat dalam setahun!!!! =_=

  • Label A - Apartment kami lakibini duduk selama setahun ni. 
  • Label B - Jiran bawah rumah yang aku cerita dok MEMEKAK bukak lagu kuat-kuat dari pukul 10 malam sampailah ke Subuh. Lepas tu dok bawak balik perempuan. =_=
  • Label C - Jiran-jiran.
  • Label D - Main gate nak masuk rumah. Da masuk ikut pintu ni, naik tangga sampai atas, then barulah jumpa pintu apartment kami lakibini.
  • Label E - Truck pick up kawan opis laki aku yang tolong angkat barang nak pindah.
  • Label F - Kedai runcit bawah rumah. Toke kedai ni dah jadi macam KAWAN BAIK dengan laki aku. 
  • Label G - Main gate untuk jiran-jiran rumah sebelah. ( C belah kiri )
  • Label H - Rumah orang yang jaga the whole villa ni. Like dia yang tolong tengokkan rumah. Kalau ada problem ke, panggil dia. Duit api & air, dialah yang kutip and dialah yang dok TIPU laki aku cakap bil api & air setiap bulan 200 riyal tapi kantoi sebab laki aku jumpe bil yang jumlahnya tak sampai 100 riyal pun. Derghhhh! TAK BERKAT hoiiii!

 Main gate tu, korang jangan pelik lah kalau korang tengok banyak sangat. Tapi kat sini memang macam tu pun. Jiran yang rumah Label C belah kiri, semua nak naik rumah ikut main gate Label D. Jiran yang rumah Label C belah kanan, ada main gate dia sendiri jugak. Takde semua apartment nak share satu main gate. Takde eh. Takde eh.



Haaaaa. Ni rumah jiran aku. Tadi hospital belah kanan. Ni jiran belah kiri. TINGGI kan tembok villa ni????? Tinggi menggunung. Korang jangan ah nak buat muka pelik lak! Kat sini memang kebanyakan rumah ada tembok tinggi-tinggi macam ni.

Function tembok ni, untuk tak bagi orang nampak, orang dalam rumah nak bersiar-siar kat kawasan rumah. Rumah ni ada kolam mandi. Itu pun boleh jadi sebab jugak, kenapa tuan rumah letak tembok tinggi macam ni. 

Ye lah. Kalau tak letak tinggi macam ni, kang kot anak-anak dara die ke, bini die ke nak BERBIKINI mandi pool, jiran boleh nampak pulak. Kan aurat. Kekekeke. So, bila buat tembok tinggi macam ni, boleh lah orang dalam rumah buat suka hati without risau orang nampak aurat anak bini dia. Logik kan? Kan? Hehehe.

Ok. Habis dah gambar kat rumah lama. Sekarang, aku nak tunjuk gambar kat rumah baru pulak. TERUJA TAK? TERUJA TAK? Kekekeke.




Ini pemandangan rumah-rumah jiran belah kiri. Ni view dari balkoni rumah baru. Ehem. BALKONI ok. BALKONI. KECINTAAN aku terhadap rumah yang ada balkoni, memang SANGAT TINGGI. Dulu kan, bila lalu rumah yang ada balkoni, aku selalu cakap kat laki aku : " Bestnya bie kalau duduk rumah ada balkoni macam tu. Seronok je. " .

SEKARANG? Nahhhh ... bertenggek lah kau suka hati kat balkoni sampai lebam! =_=




Ni view betul-betul depan rumah aku. Still kosong. Rumah lama dulupun mengadap tanah lot kosong macam ni jugak. Rumah baru pun sama. Macam ada jodoh je kan dengan lot tanah kosong ni? Macam petanda pulak suruh beli tanah lot kosong, lepas tu buat villa sendiri. Ye ke bie?

Hamboiiiiii! BANYAK CANTIK kau? Hahahaha.

Kat tanah lot kosong ni lah tempat laki aku parking keta. Lagi satu, korang nampak tak menara masjid tu ha? Memang dekat cuma takde jalan short cut nak ke masjjid. Kena pusing-pusing, baru jumpa masjid. Takde jalan straight to the point like lorong nak ke masjid. Takde. Takde.




Yang ni pulak, view rumah jiran-jiran belah kanan. Sebelah rumah aku ni berkemungkinan macam rumah lama aku. Dari villa convert jadi apartment banyak-banyak. Anak-anak jiran yang stay situlah yang setiap petang memang dok meriah aku dengar main kat luar. Main beskal. Main kejar-kejar. Sampai malam kekadang dorang main.

Almaklumlah. Macam laki aku cakap : " Kalau siang tak boleh main. Pagi pegi sekolah. Balik sekolah tengahari. Nak main tengahari, panas pulak. So, petang ngan malam je lah yang boleh main."

Baiklah. Gambar kat bawah ni lah yang korang PALING NAK TENGOK.




Ok. Puas hati dah? Ni lah rumah baru. Aku saja amik time malam-malam. Takdelah jelas kelihatan sangat. Kalau rajin, aku amik gambar rumah time siang pulak. TAK JANJI. Tee hee.

Nanti aku cerita LEBIH LANJUT rumah aku ni. Tapiiiiiiiiii ... Korang jangan ingat pulak kami bertiga ( sebab termasuk MokMok ) duduk rumah besar ni! Takde. Takde. Tak. Tak. 

Rumah kami level atas. Yang ada balkoni tu. Level bawah? Ada orang. Tuan rumah with his family. Okeiii? 

Takde kejadahnya derrr nak duduk rumah besar-besar. Hikhikhik. Tapi boleh kata, rumah baru ni, BESAR pun. Jenuh aku nak mengemas rumah. Huhuhuhu. =_=

Doakan aku RAJIN nak blog gambar dalam rumah like hall, living room, dapur, bilik semua. Hehehe. Sebab rasanya, entry lepas ni, aku nak cerita pasal PELARIAN DARI MESIR & TABUNG HAJI yang aku selamatkan. Hahaha.

Entry ni, bermakna dah habis entry aku pasal pindah rumah. Sekian.

Masalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...