March 9, 2011

Doha - Bila Diri Sendiri Ter'lajak' Shopping!

Assalamualaikum.

Sori eh korang sebab entry kat Doha belum habis sepenuhnya lagi. Hehehe. Jadinya, selagi tak habis, korang terpaksa lah mengadap entry kat Doha sampai muntah! Hukhukhuk. =_=

Azman : " Pegi Doha, no shopping-shopping okeiii. Jalan je. "
Nailah : " Ok. Baiklah Biebie. No shopping-shopping. " ( dengan confidentnya! =_= )

Sudahnya?

Bila dah aku pegi Doha pun, sengsorang dulu, hari ketiga bila NA ngan Amad dah bawak pegi CityCentre dan masuk butik 51 East lah, 9West lah, Timberland la, aku terus jadi macam ALAH SEMACAM je bila keluar tak bawak sekali paperbag kat tangan! Kekekeke.

Lagi teruja bila booties yang aku memang nak sangat kat 9West, tapi dah takde kat Jeddah juga kasut Timberland pujaan hati yang dah ku TENGOK SAHAJA untuk beberapa bulan sebab TUNGGU SALE tak sudah, akhirnya, ketemu dekat Doha! Patut kah aku TENGOK TANPA MEMBELI mereka? Patut kah? Patut kah? Macam TAK PATUT je kan? Kesian kat kasut-kasut itu yang seperti meronta kat aku meminta MEREKA DIBAWA PULANG BERSAMA. Kahkahkah. T__T

Third day kat Doha like A SHOPPING DAY FOR US! Semua memborong tak hengat! Lagi-lagi bila tag sale berlambak dalam Mall. Kat setiap butik terpampang 'SALE'. Semua dah tergoda. Semua mengalah. Hehehe.

Esoknya pulak, sambung lagi SHOPPING DAY tapi untuk ayah je lah sebab ayah nak beli kasut tapi asyik takde saiz je. Amad pulak kebetulan nak bawak pegi Mall taraf bintang banyak iaitu VillaGio ( entah betul ke tak aku eja ni. ).

Sampai VillaGio terus laju masuk butik Aldo. Nak cari kasut ayah tapi aku dah tersangkut dengan booties kaler coklat kat Aldo. Perghhh! Perghhhh! Aku dah nak beli dah tapi aku pikir banyak benda. Dah sedap borong semalam, takkan ni nak borong lagi? Tapi aku pikir lagi, kang tak beli, aku pulak rugi sebab memang tengah SUPER MURAH! =_=




Aku memang pikir banyak kali sebelum decided TAK JADI BELI. Hati memang meronta gila nak beli tapi bila setiap kali on phone dengan laki and he keep remind me : " Jangan over ok. Jangan over budget. Janji apa? " , membuatkan aku .. ahhhhhhh ... ok. FINE! Tak payah beli. Memang pasrah kat situ. Sampai sekarang teringat lagi kat booties tu. =_=

Kasut ayah pulak sampai terpaksa bersambung cari kat Mall sebelah VillaGio. Tu pun aku tak ingat apa nama Mall tu. Lupa. Sampai kat Mall tu pulak, lagi aku tak keruan dan agak kiciwa disitu sebab booties idaman tu harga lagi MURAH BERGANDA than dekat VillaGio. Sabar je lah. Aku cuma beli SELIPAR yang KONON NAK PAKAI PERGI PANTAI tapi kesudahannya sekarang? Aku PAKAI tapi PAKAI BUAT SELIPAR RUMAH! Kahkahkah.

Jangan memain, selipar rumah pun gua sarung dari Aldo! Lu ada kewwwwww??? Kekeke.




Dah puas MENGHABISKAN DUIT BERIBAN, malamnya pulak, Amad bawak pegi Cultural Village ngan Pearl Qatar. Cultural Village memang tak siap lagi. Memang kosong je. Orang ramai pun sebab ada event kat dalam tu. Lepas dah pegi Cultural Village, baru ke Pearl Qatar. 

Pearl Qatar ni memang cantiklah. Tempat dia memang EKSKLUSIF habissss! Datang Pearl Qatar ni ada sebab kenapa aku SENYUM SENDIRI. Bangga harum mekar KEMBANG HIDUNG sekejap bila tengok Pearl Qatar tapi sayangnya masa tu, dapat lalu je. Tak turun dari kereta pun sebab dah tutup. =_=

Malam the day pegi Cultural Village ngan Pearl Qatar tu memang menguji betul bila angin sejuk TAK HENGATTT! Aku dah lah pakai baju nipis. GAGAH tak pakai baju sejuk. Dengan seluar pun nipis TAK PAKAI JEANS. Memang HEBAT gila aku sampai KE TULANG aku rasa. T__T

Sebelum laki aku sampai the next day, aku dah kira rasa puas lah sebab akhirnya dapat MEMBAWA PULANG KASUT IDAMAN ke Jeddah.




EarthKeeper TimberLand Footwear for Women.





Booties 9west. Nak menangis dapat beli. Kekeke. 0_o

Cerita kat Doha belum habis. Ada lagi. Nanti ku update sampai habis harini. Hehehe.

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :
  • Berpesta bila MU kalah dengan Liverpool tempoh hari walaupun aku adalah MU! Hahaha.
  • Musim sejuk dah habis. Sekarang menyambut kedatangan musim panas.
  • Alhamdulillah, Acheeq dah selamat sampai. Sekarang dia di Madinah. Esok baru ke Makkah. Semoga Allah permudahkan urusan dia dan semoga juga kami dapat buat Umrah sesama.
  • Teman lagi sorang, Shida pulak baru berangkat ke Tanah Suci harini. Rombongan dia masuk ke Madinah dulu. May she have a safe flight and journey also.
  • Mengidam TAHAP GABAN nak makan kek lapis. Nafsu lagi membuak bila adik-adik di Twitter, Cik Dara ngan Zara_Syed dapat makan. Sungguh tak aci! Menyampahnya. Redha. =_=

2 comments:

  1. Tash - Kau nak ke? Kat sini 9west murah oh! Separuh harga dari Malaysia punya harga. Hehehe.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...