March 9, 2011

Doha - Sesi Memborong Cotton Silk di Souq Waqi.

Assalamualaikum.

Kalau masa awal honeymoon kat Dubai dulu aku memborong kain pasang di Naif, di Doha pula aku memborong kain pasang di Souq Waqi pulak. Macam lah kat Jeddah ni takde Souq kan? Bajet je aku ni. 

Padahal kat Al-Balad Jeddah tu haaa, BERLAMBAK-LAMBAK kain pasang, sama je reganya. Takde pulak aku sibuk nak membeli kan? Lepas tu, harga kain kat Jeddah dengan harga kain kat Doha, bukan jauh beza pun dengan tapi biasalahkan, kaum perempuan/wanita kan MEMANG PANTANG kalau berdepan dengan deretan kedai JUAL KAIN PASANG

Lagi PANTANG kalau dapat beli kain pasang tu dengan GENG TERBAIK untuk memborong kain pasang sebanyak mungkin. Itu yang JADI LUPA DIRI untuk beberapa ketika hingga lupa yang laki dah banyak kali pesan : " Don't you ever over my budget yayang! " . Hehehe.




Masa pegi Souq ni, berempat je sebab Amad dah tak cuti. Dah start pegi keja. Jadinya, pegi Souq tu pun naik teksi je memandangkan takde siapa yang berani untuk BERDEPAN dengan DRIVER-DRIVER GILA dekat Doha ni ha. Kekeke.

Nasib baik pegi Souq lepas dah siap solat Zohor da bukannya datang di pagi hari sebab NA lupa yang Souq bukak lepas Asar. Takpe. NA boleh dimaafkan sebab dia kan tergolong di dalam golongan IBU MENGANDUNG! =_=




Dah lepas solat Asar, baru kedai-kedai semua start bukak. Datang Souq ni dah memang tujuan utama NAK MEMBORONG COTTON SILK, jadinya memang terus cari kedai yang ada jual kain yang ada corak cantik-cantik dengan harga yang berpatutan.

Nak cari kedai terbaik macam biasalah. Agak lenguh gak lah kaki pusing satu Souq. Satu-satu kedai masuk. Nasib baik pusing punya pusing, jumpa kedai yang ada kain cantik-cantik dengan dapat harga yang boleh TAHAN dan buat semua orang rasa nak borong semua CORAK YANG CANTIK. Hehehe.

NA dengan Mak Lang je lah borong dulu sebab kedai yang dorang masuk tu, takde CORAK YANG BERJAYA MENGGODA HATI DAN SANUBARI ku ini. Aku ingatkan dah selamat lah kan. Like macam dengan bangganya nak tepon laki and bagitau : " Biebie, ayang pegi Souq tak shopping pun! Apa pun tak beli. Bagus tak I? " ... tapi .... =_=

Bila NA bawak ke another kedai yang totally jual cotton silk, aku dah TAK KERUAN. Nasib baik lah kedai tu tak banyak corak yang berkenan di hati. Jadinya, aku BERINGAT by beli kain untuk dua-dua mak, baik mak sendiri dengan mak mertua jugak untuk DIRI SENDIRI nak pakai untuk raya! 0_o

" Amboi, raya lambat lagi kau dah beli kain baju raya? "

Ye ah weiiii, aku sejak duduk luar Malaysia, selalu kelam kabut nak cari baju raya setiap kali balik. Disebabkan nak elak kejadian macam tu dari berlaku lagi, so aku belilah kain SEPASANG buat baju kurung untuk raya tahun ni. Yeayyyy! Aku dah beli dah baju raya! Korang ada kewwww???? Kekeke.

Bila semua dah dapat kain sorang satu dan juga dah dapat beli untuk anak-anak, juga menantu, juga mak masing-masing, terus balik. Takde jalan-jalan lagi dah memandangkan semua orang memang tengah penat lagi sebab hari sebelumya dok berjalan TAK HENGAT NAK BALIK RUMAH.

Malamnya pulak, aku dah boleh sengih kambing sebab lakiku sampai Doha dari Jeddah. Alhamdulillah. Bersyukur lah even dia lambat sampai but AT LEAST, dia sampai jugak.

Nantikan aktiviti dating kami berdua pulak di entry akan datang. 

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :
  • Terasa malas nak keluar membeli barang groceries. Cuma ingin duduk di rumah. Sesungguhnya aku memang malas NAK KELUAR!
  • Tak tau lagi sama ada nak buat Umrah malam esok atau Jumaat pagi. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan dan urusan kami lakibini. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...