March 12, 2011

Doha : The Mechanic & Paul Cafe

Assalamualaikum.

Disebabkan di Jeddah TAKDE SATU pun PANGGUNG WAYANG, jangan kata Jeddah, satu Saudi Arabia memang takde panggung wayang as you know kan, tengok movie ikutkan sebenarnya tak digalakkan sangat sebab mengundang maksiat tapi disebabkan aku dah kahwin, so apedehal kan? =_=

Jadinya, sehari sebelum balik Jeddah semula, dan juga kebetulan laki selamat sampai Doha, esoknya tu, agenda utama adalah TENGOK MOVIE kat VillaGio. Laki aku ajak tengok cerita pasal perang tapi sebab aku tau yang aku ni kalau tengok cerita macam tu mesti CONFIRM tidur punya, so we decided tengok cerita THE MECHANIC

Sebab utama aku nak tengok movie tu adalah pelakon utama dia was ehem, ehem ... si botak yang sangat cool siapa lagi kalau bukan JOSH STAHAM. Hehehe. Lupa diri seketika bila tengok movie tu setiap kali tengok aksi dan lakonan dia yang alahaiiii ... cairnya hatiku ini. T___T

Korang dah tengok ke movie The Mechanic ni? Cerita dia memang best. But the beginning storyline of the movie memang lembap sedikit ye. Tapi disebabkan ada si lelaki botak yang sangat cool itu, membuatkan aku tetap NAK CAKAP yang movie tu memang sungguh awesome! Hahaha.

Berbaloi 'bayar' tiket sampai 45 qatar riyal per person untuk movie ni. =_= ( Padahal sampai sekarang rasa macam bodoh bayar tiket mahal nak mampos! Kahkahkah. )

Habis movie, terus pusing jenjalan kat VillaGio tu. Kebetulan petang dan memang dah janji dengan Ahmad mintak tolong dia amik balik dari kerja, jadinya, we decided to have such a high-tea kat Paul Cafe kegemaran Aweeza. 

She keep saying she was craving by had breakfast for almost everyday kat Paul Cafe ni masa dia kerja kat Dubai dulu, so I should give a try nak tengok best sangat ke Paul Cafe ni. Hehehe. Laki pulak memang sentiasa baik hati MAHU BELANJA ISTERI TERSAYANG kan? Apa lagi, terus ke Paul Cafe membuang masa yang ada petang tu. 




Tengok menu pun dah gempak. Nama setiap makanan jangan cakaplah! BERBELIT-BELIT. Let say, makanan aku order. Boleh je tulis kat menu tu ; Cheese Macaroni but kat menu tulis entah apa nama entah. Memang berbelit habis nak menyebutnya. =_=




Lelaki tercinta baru sampai Doha. Ikutkan sebenarnya, dia berat hati nak ke Doha sebab dah penghujung cuti yang dia dah apply tapi disebabkan aku seorang bini yang BAJET suka paksa laki, jadinya dia datang jugak. Hahaha.




Tengok? Nak order air pun sampai taktau nak order air mana disebabkan nama air pun macam nama makanan yang berbelit-belit jugak. Sudahnya lakibini order air yang dah biasa diorder ; Cappucino for him and ice lemon tea for me. =_=




One of the reason aku suka makan kat cafe macam ni adalah, dorang mesti bagi appetizer roti yang sedap begini sementara tunggu makanan atau air sampai. Servis memang tip top lah. Rotinya jangan cakaplah. Sedap, lembut. Siap ada olive spread lagi. Rasa bersyukur sebab dapat makan sedap-sedap macam ni. T__T




Selain appetizer roti yang sedap, Paul Cafe sangat baik hati bagi salad ni. Siap ada olive oil lagi untuk makan dengan salad. Mewah sebenarnya makan dekat Middle East ni. Mereka sangat tak kedekut untuk provide benda sebegini mahal untuk menjaga hati customer. Kat Malaysia kenapa takde kan? =_=




Laki aku order Roasted Beef on Toasted Bread rasanya. Aku pun tak pasti apa nama on the menu but it is like daging panggang, mushroom, mustard on a toasted bread. Sedap! Ah, aku ni semua benda sedap sebab aku memang bukan cerewet kalau bab makan ni. Semua aku bedal! Sebab tu aku macam ni. =_=




Haaaa ... nilah yang aku cakap tadi. Dalam menu tulis entah pebenda entah tapi bila sampai kat aku, rupanya Macaroni Cheese with Chicken. Adoilah! Kenapa lah tak tulis nama yang simple? Kan senang nak tau pebenda and senang nak menyebutnya? Mentang-mentang kau pun asalnya Cafe dari Perancis, jadi menunya pun nak bunyi Perancis gak eyh? 0_o

Bajet nak high-tea tapi ini semua bukan high-tea tapi mentekarah-tea. Makan tak hengat padahal malam confirm dinner sebab after this high-tea, three of us tak balik rumah but terus ke Souq Waqi to lepak together and enjoy dengan pesta kat Souq. =_=

Tapi apakan daya. NAFSU MAKAN mengatasi segalanya. Hehehe.

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :
  • Terkejut dengan kejadian Tsunami di Jepun tatkala semua orang di Saudi baru selesai menunaikan Solat Jumaat. 
  • Nampaknya seperti ada orang seperti 'mencurah minyak tanah' kat aku. Silakan. Kalau kau melebihi batasan kesabaran aku, jangan kau tanya kenapa aku sepak terajang kau kalau aku balik Malaysia dalam masa terdekat ni.  

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...