March 20, 2011

13 Rahsia Di Sebalik As-Solat

Assalamualaikum.

Solat seperti yang kita tahu, adalah TIANG AGAMA. Kalau kau tak solat, mean TIANG KAU RAPUH. TIANG KAU RUNTUH! Solat ni jugak perkara pertama sekali yang akan DIHISAB bila kau dah kat ALAM BARZAKH nanti.

Aku bukan nak kata, solat aku dah bagus. Tidak. Tapi setakat ni, Alhamdulillah, solat aku dah teratur. Tak sama dah masa ZAMAN KEJAHILAN aku dulu. T__T

Aku tak malu ah nak ngaku yang dulu, aku memang SELALU SKIP SOLAT. Cuma sejak kahwin, benda tu BERUBAH. Mungkin itu hikmah dariNya.

Selalunya, kita asyik baca or dengar pasal dosa setiap kali kita TINGGALKAN WAKTU SOLAT kan? Tapi harini, aku nak kongsi 13 RAHSIA DI SEBALIK SOLAT. Benda ni aku dapat dari laki aku. Laki aku dapat pun sebab ada orang email kat dia. Jadinya, aku KONGSI dengan korang. 

13 rahsia di sebalik solat ni, pada aku sebagai PERINGATAN bagi dah memang dah tahu dan juga bagi PANDUAN pada yang baru tahu. Aku dalam golongan baru tahu sebab sebelum ni, aku memang BELUM PERNAH BACA lagi 13 rahsia di sebalik solat ni. Huhuhu. =_=

  1. Niat Solat - MEMELIHARA TAUBAT kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri betul - Ketika mati, dapat MELUASKAN tempat kita di dalam KUBUR.
  3. Takbir-ratul Ihram - Sebagai PELITA yang MENERANGI kita di dalam KUBUR.
  4. Al-Fatihah - Sebagai PAKAIAN yang INDAH-INDAH di dalam KUBUR.
  5. Ruqu' - Sebagai TIKAR di dalam KUBUR.
  6. Iktidal - Akan MEMBERI MINUMAN AIR dari TELAGA AL-KAUTSAR ketika di dalam KUBUR.
  7. Sujud - MEMAGAR kita ketika hendak MENYEBERANGI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM.
  8. Duduk Antara Dua Sujud - Akan MENAUNG panji-panji NABI kita di dalam KUBUR.
  9. Duduk Antara Dua Sujud ( Akhir ) - Menjadi KENDERAAN ketika kita di PADANG MASYAR.
  10. Tahhiyat Akhir - Sebagai PENJAWAB bagi SOALAN yang dikemukakan oleh MUNKAR & NANKIR di dalam KUBUR.
  11. Selawat Nabi - Sebagai PENDINDING API NERAKA di dalam KUBUR.
  12. Salam - MEMELIHARA kita di dalam KUBUR.
  13. Tertib - Akan PERTEMUAN kita dengan Allah SWT.

Tengok? SubhanAllah. Sesungguhnya apa yang datang dariNya itu adalah YANG TERBAIK buat kita. Jadinya jangan jadikan alasan apa sekali pun untuk kita tinggal solat. Tak baik. Hidup kalau nak sentiasa berkat, kita kena patuh perintahNya dan tinggalkan apa yang dilarang olehNya.

Janganlah amik mudah perkara macam ni. Memang sangat tak bagus untuk minda, rohani dan jiwa kita sendiri. Sebab solat, juga berzikir kepadaNya adalah UBAT YANG TERBAIK untuk segala penyakit baik dari segi penyakit dalam atau spiritual.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah SAW bersabda :

Senarai di atas adalah SALAH SATU SEBAB mengapa ORANG YAHUDI atau ORANG KAFIR tidak sukakan ANGKA 13 dan juga HARI JUMAAT. Itulah sebab mengapa mereka MENCIPTA CERITA yang BEGITU SERAM sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang PERASAN!





Solat lah kalau korang nak HIDUP BAHAGIA baik di dunia dan juga di akhirat. Juga seperti apa yang selalu kita nampak di surau atau kawasan kubur :

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!

Semoga solat kita semua diterima olehNya. Buat yang SELALU TINGGAL SOLAT atau TAK PERNAH LANGSUNG untuk bersolat, solat lah! Takutkan lah azab dariNya. Buat SEBELUM TERLAMBAT. Nanti dah PUTUS NYAWA kau dari badan, TIADA MAAF BAGIMU!

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Aku dah habis juga berjaya tengok drama Samson & Delaila sampai episod 21. Nak tengok drama Trilogi Cinta tapi episod berterabur lak!
  • Will have NASI BERIANI untuk MAKAN MALAM nanti. Erk?
  • MokMok MERAGAM harini. Langsung tak tidur dari pagi. Ni dah nak Maghrib, baru nak tidur. =_=

8 comments:

  1. salam..

    singgah malam untuk folo ur blog...

    **nice blog

    ReplyDelete
  2. SR - Wsalam. Terima kasih sebab sudi singgah. Thank you anyway. ;)

    ReplyDelete
  3. subahanallah...betape setiap perincian yg dtg dari Allah s.w.t itu tiada tandingan!..

    anyway..respond ko di comment atas aku ni..sgt matang..erk?..;p

    ReplyDelete
  4. salam..thanks for D info..akan menjadi lebih baik selepas ini...

    ReplyDelete
  5. Amal - Kan? Aku like kagum gila bila dapat tau pasal 13 rahsia ni. Weih, aku memang matang pe? Kekekeke.

    Cik Tini - InshaAllah. Semoga kita terus belajar untuk menjadi lebih baik di sisiNya.

    Misz Nana - Wsalam. Terima kasih sudi singgah.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...