March 23, 2011

Hijab Adalah Untuk Menutup Aurat Dan Bukannya Untuk Fesyen!

Assalamualaikum.

Dua tiga hari lepas KECOH KEJAP dunia blog dengan Twitter, bila blog gosip BeautifulNara dok buat entry perihal fesyen tudung Yuna yang baru.

Terus-terang aku bagitahu, sebelum aku tengok kat blog BeautifulNara gambar-gambar Yuna dengan fesyen tudung baru dia tu, aku dah tengok gambar-gambar tu semua DEKAT BLOG ORANG LAIN. Orang tu pun KURANG SENANG jugak dengan fesyen tudung Yuna.

Yang jadi aku tak paham tu, kenapa bila BLOG GOSIP buat entry pasal fesyen tudung terbaru Yuna tu, some of peminat Yuna or some of hijabster yang memang admire gila kat Yuna ni, like MELETUP MERUAP kalah gunung berapi? Why? Bila blog orang lain buat entry macam tu, takde pulak orang tu kena serang? Why? 0_o

Pada aku, entry tu takdelah macam nak menghina ke, ape ke, pada aku, itu memang SATU TEGURAN. Teguran KE ARAH KEBAIKAN. Apa yang salahnya? Sebab itu blog gosip artis semata dan bukan blog dari ustaz atau ulama'? Macam tu? =_=

Cuma salahnya, entry tu sepatutnya, RUANGAN KOMEN tu tak payah lah nak diadakan. Paham je lah. Benda macam ni memang membuatkan orang cepat nak maki atau mengutuk. Komen-komen tu yang mungkin buat Yuna jadi frust dan merajuk sampai privatekan Tumblr dia terus!

Aku mengakulah, aku suka Yuna. But not because of HER FASHION tapi MUZIK dia. Tapi aku TAKDELAH ADDICTED sangat. Masih tahap biasa-biasa lagi. Tapi sebenarnya, dia menyanyi tu pun dah dikira salah jugak. 

Sebabnya?

Sebab SUARA PEREMPUAN kan dikira SALAH SATU AURAT yang patut kita jaga. Betul tak?

Ala .. rilek lah. Rilek derrr. Itu pendapat aku. Jangan lah BUAT MUKA lagi kalau kot iye pun korang peminat kipas susah mati Yuna. But chill lah! Chill mannnn! Hehehe.

Kita kan negara demokrasi. Negara bebas bersuara. Semua orang ada pendapat masing-masing. Kan? Kan? So, kena hormatlah. Rilek sudah. Jangan nak emo emo. Kalau nak emo, PERGI MAIN JAUH-JAUH. Tak payah nak mengadap baca entry aku ni. Hehehe.



Haaaa, macam ni baru tutup aurat dengan betul!

ISU PASAL AURAT ni aku rasa MEMANG TAKKAN HABIS sebab apa yang aku boleh nampak, fesyen hijab sekarang ni MAKIN LAMA MAKIN PELIK MAKIN JELIK. Seriusss! Aku tengok pun aku boleh gelak dan rasa geli. Entah apa-apa fesyen hijab lah yang ada sekarang ni. Ada setengah fesyen hijab tu MEMANG MENGARUT habis!

Dalam Quran kan memang dah TERANG LAGI NYATA menyatakan bahawa, orang perempuan Islam memang kena tutup aurat. WAJIB! Takde alasan apa sekalipun once kau DAH CUKUP AKIL BALIGH! Alasan tak sampai seru ke, tak sampai hidayah ke, itu DAH TAK BOLEH PAKAI. Simpan je alasan tu semua.

Kalau nak TUNGGU SERU tu pulak, sampai bila? Kau lupa ajal maut tu tak kira masa? Contoh kau kata esok nak pakai hijab lah, kejap lagi ... setengah jam tu Allah SWT dah tarik nyawa kau! Camno tu? Meraung lah dalam kubur panggil mak ayah camne sekalipun takkan buat kau terlepas dari TANGGUNG SEKSA DOSA tak pakai tudung. Tak takut ke? Tak terpikir ke semua tu? Tak ingat mati ke? =_=

Yes, memanglah kubur masing-masing. Yes, memang itu urusan kau dengan Allah SWT tapi kalau dah perintah dariNya pun kau dah taknak ikut, macam mana?

Then, kau cakap pakai tudung kena kerana Allah SWT, kena ikhlas lah. Soalnya sekarang, benda tu memang wajib. Pokok pangkalnya memang pada hati kita. Kalau hati kita memang kita DAH SET NAK TUTUP AURAT, automatically kita akan jadi ikhlas nak tutup aurat. Tak payahnya derr nak tunggu ikhlas tu datang. Sendiri mau ingat lah kan?

Macam sekarang ni, sepatutnya hijab tu TUJUAN UTAMA untuk MENUTUP AURAT DARI BUKAN MUHRIM dan juga pakai hijab tu adalah sebagai tanggungjawab kita pada Allah SWT tapi setengah tu, aku tengok, pakai hijab sebab nak fesyen! Pebenda tu?

Kau tahu kenapa kau PAKAI HIJAB tapi kau still TAK DIKIRA MENUTUP AURAT

PAKAI HIJAB TAPI BAJU KETAT. Agaklah kan kalau 'nasi lemak' kau tu semahal sampai 10 ringgit pun. Tapi beragaklah kan. Macam lah kau sorang je ada 'nasi lemak' mahal macam tu kan?

Then, PAKAI HIJAB TAPI SELUAR KETAT nak mampus kalah sarung nangka! Aku rasa, sarung nangka pun longgar lagi kot dari seluar dengan baju kau tu. Baju budak kecik pun longgar lagi dari baju kau tahu? =_=

Takpun, pakai hijab tapi ... mak aiii ... nampak leher lah, seluar singkat nampak alur tabung boleh masuk duit duploh sen lah. 0_o

Adoiilahhh, tak segan ke? Tak segan ke dengan orang yang tak pakai hijab? Manalah bebudak yang free hair tak dok cakap yang setengah perempuan pakai hijab ni, perangainya tak semenggah dari dorang yang free hair! Kau nampak tak kat situ? Nampak tak?

Aku bukan nak kata aku ni dah baik sangat ke apa ke, yeye ke, tapi kita sesama Islam ni kenalah SALING MENGINGATKAN sesama Islam. Tak kira di kalangan lelaki atau perempuan. Jadinya, janganlah NAK SENTAP SANGAT kalau orang tegur kau untuk MENJADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK di masa akan datang. Tak salah kan? Aku pun still dalam proses belajar untuk menjadi Muslim yang lebih baik lagi.



Aku suka Yuna yang dulu. Lebih sopan. Muka pun nerd je.
( Siapa setuju, korek hidung sekarang! Kahkahkah. )

Pendapat aku, hijabster termasuk diri aku, tak payah lah nak jadikan Yuna ni role model korang untuk berhijab. Memang tak sesuai. Banyak lagi hijabster kat luar tu yang boleh korang jadikan role model. Tak semestinya artis. Sebab seperti kata Wardina : " Golongan artis memang sangatlah TAK SESUAI dijadikan role model! ". Tak nampak lagi?

Dalam dunia blog ni, ramai je hijabster yang berfesyen dengan menutup aurat dengan sepenuhnya mengikut syariat Islam. Bersepah je. Baiklah korang jadikan dorang tu idola. Jauh lebih baik dari golongan artis ni.

Aku suka je tengok hijabster yang mampu berfesyen tapi dengan syarat, memang betul tutup aurat like the siblings AishahAmin, FatimahAmin, MaryamAmin and KhadijahAmin. Dorang adik beradik ni memang aku respek gila-gila lah sebab fesyen dorang still menutup aurat : PAKAI TUDUNG COVER DADA, BAJU LONGGAR, SELUAR LONGGAR. Itu barulah betul nak dijadikan role model bagi kita-kita yang hijabster ni.

Apapun, sesungguhnya ... aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang umat Islam faham, sebagaimana yang kita paham. Sebaliknya, apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami BATASAN AURAT YANG SEBENARNYA baik dari segi KEHIDUPAN KHUSUS dan juga KEHIDUPAN UMUM menurut syarak yang telah DITETAPKAN oleh Allah SWT.

Selain dari tu, kena ingat jugak, MENUTUP AURAT ni hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu untuk MENDAPATKAN KEREDHAAN Allah SWT semata-mata dan bukannya atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Pesanan aku :

If you love YOUR PRIVACY SO MUCH, don't you EVER upload your PERSONAL PHOTOS in whatever blog, website or your social networking. Kena ingat, dunia internet ni, dunia TANPA SEMPADAN. Berhati-hatilah.


Sekian. Masalamah!

2 comments:

  1. Suka lah . ya ALLAH ,lambat nyer Anem suka entri ni. aiyak. Suka dengan pandangan ikhlas camni. Anem nak tulis tentang ni, tapi dulu Anem pun pernah dikritik bab yang SAMA, jadi segan rasanya nak membuat ulasan yang sebegini .

    *Suka lah entri matang macamni. Bila ntah Anem dapat tulis sebaik ini. Wallahualam.

    Apapun. Thumbs up ! Dear :)

    ReplyDelete
  2. Anem - Alahh Anem. Biasa je kot entri ni. Apapun terima kasih. Masih banyak yang perlu kita belajar. Entri kira pandangan peribadi sebab isu tudung ni kan sensitif tapi sekarang ni, haih. Makin menjadi pulak isu ni. Itu yang terkeluar entri ni. Hahaha.

    Hey, entri Anem pun matang pe. Ok je. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...