March 13, 2011

Doha : Pesta Muda Mudi Sebelum Pulang Ke Jeddah

Assalamualaikum.

Aku mengesahkan ini ENTRY TERAKHIR pasal percutian aku kat Doha bulan lepas. Jangan kata korang nak termuntah, aku pun dok nak termuntah gak nak habiskan entry pasal Doha ni ha. Hehehe.

Baiklah.

Lepas dah habis tengok wayang and siap solat Maghrib kat surau VillaGio, Amad amik kiteorang and terus ke Souq Waqi. Lagipun nak tengok kemeriahan waktu malam kat Souq ni plus kali ni pegi, cukup korum. Semua orang ada pasangan. Ritukan aku sorang je takde pasangan. Uhuk uhuk. T__T

Sekarang dah ada pasangan, barulah boleh BERPESTA MUDA MUDI bersama mereka kat Souq Waqi ni ha. Hehehehe.





Sampai-sampai je kat Souq Waqi ni dah terasa meriah sebab cahaya dah nampak LAMPU lap lip lap lip dari jauh. Rupanya, dorang ada buat show joget-joget macam tu lah. Joget gelek Arab ada, tradisional ada.




Tepi stage buat show tu kebetulan terjumpa dengan 'Charlie Chaplin' weiiii. Siapa kata 'Charlie Chaplin' dah takde? Hidup je ni ha kat Doha ni. Sihat walafiat je aku tengok. Kekekeke.




Selain datang untuk tengok pesta muda mudi, tujuan lain tak bukan mestilah sesi mentekadarah beramai-ramai. Si jejaka-jejaka dan juga TEKAK IBU MENGANDUNG teringin nak makan style MOROCCO. Jadinya, kiteorang reramai lepak makan kat restoran Tajine.




Kalau dah kata makan style Morocco tu, don't you expected ADA NASI okeiii sebab makanan ruji kat Middle East ni adalah roti. Nasib baiklah roti dia tu besar, lembut dan SEDAP DIPEGANG! Kahkahkah. Yang penting, perut kenyang like korang makan nasi jugak. Sama. 

Lauk pauk jejaka-jejaka yang pilih. At first masa makanan tu semua sampai like macam NAMPAK SIKIT je tapi kalau dah makan dengan roti, burrpppppp!!! Memang kenyang jugaklah. Cuma add on 'rendang ayam'. Hehehe. Lauk tu nama apa entah tapi memang sama macam rendang ayam. =_=

Lepas dah kenyang, NA si ibu mengandung ajak aku buat operasi yang dinamakan MEMBELI BARANG TANPA LAKI DI SISI. Kekekeke. Kebetulan pulak, kawan laki aku yang sesama keja kat Bangsar dulu, datang join lepak sekali. So, time ni lah aku ngan NA cabut memulakan operasi khas berdua. Hehehe.

Alkisahnya, si ibu mengandung ni nak beli gelang yang dibuat FRESH DARI OVEN dari sorang pakcik ni! Memang fresh oh gua bagitau! Kalau nak gelang tu, korang pilih je nak corak apa and nak bentuk macam mana, masa tu baru dia buat. Panas-panas weih korang dapat gelang tu. Serius gua tak tipu.




Nampak tak pakcik tu like macam uli-uli pakai batang kayu tu? Lagi satu, nampak ketul empatsegi color kuning, merah, hitam, pink tu? Benda tu semua dari wax. Before uli jadi gelang, dia akan campur-campur semua kaler tu kat sepanjang batang kayu and dia uli dan BENTUK GELANG ikut saiz pergelangan tangan korang.

Time ni, aku ngan NA memang dok melangok KAGUM tengok pakcik ni buat gelang tu. Orang lain yang tengok, jangan cakaplah! Ada sorang mamat Arab tu sampai beli gelang pakcik ni 5 kot? Maybe nak bagi bini or anak-anak perempuan dia.

Tapi semua yang datang Souq Waqi and tengok pakcik ni buat GELANG FRESH OVEN ni, majoriti memang KAGUM GILA NAK MATI tengok hasil kerja pakcik ni. Gelang ni harganya dijual ikut bentuk and saiz gelang. 

Gelang yang aku ngan NA beli, 25 riyal satu. Disebabkan kiteorang mengamalkan sifat ; ORANG TAMAK SELALU UNTUNG, kiteorang rembat dua gelang sorang mean empat gelang lah. Hahahaha.




Hah! Ni lah gelang tu. Cantik tak? Cantik tak? Kekeke. Bolehlah. Nak BUAT KENANGAN. Maklumlah, nak beli gelang lap lip lap lip beriban, TAK MAMPU. Takkan nak harap DUIT LAKI MEMASING lak kan? Kang ada lak orang MENGATA kata KIKIS DUIT LAKI. Kahkahkah.

But all of us memang on the night kat Souq. Balik pun lewat. Itupun masa balik, show kat stage still on. Sampai rumah, terus sesi PACKING BARANG NAK BALIK lak. Haru betul bila time kemas, semua dok melangok tengok aku mengemas. Huhuhu. =_=

Esoknya tu, flight balik Jeddah by 4.30pm, jadinya lepas makan tengahari and solat Zuhur, kami lakibini dah gerak pegi airport naik teksi sebab Amad kan dah kerja. 

Anyway, thanks so much to NA and Amad sebab bagi tumpang tidur, tumpang makan, tumpang mandi, tumpang tengok DVD, tumpang keta, tumpang segala tumpang lah! InshaAllah, panjang umur, jumpa lagi.

Tak lupa, aku nak berterima kasih dekat LAKI I lah sebab bersusah payah make it for real! Juga bersusah payah bermurah hati MEMBERI DUIT BELANJA kat bini. Hehehe. Tenkiu biebie busuk! Ada rezeki, kita travel lagi eh? Takpekan? Muah!

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :
  • Sedihnya tengok gambar sebelum dan selepas tsunami kat Jepun. Takziah untuk mangsa-mangsa di Jepun. Kuasa Allah SWT, tiada siapa mampu melawanNya. SubhanAllah.
  • Malu tengok kartun Ultraman yang lari dari ombak Tsunami yang ada dalam berita harian. Kenapalah dorang ni tak sensitif benda macam ni? Langsung buat malu negara sendiri. Siap keluar kat CNN news pulak tu. =_=
  • Cuaca di Jeddah menyamankan. Matahari terik memancar tapi anginnya, alahaiiii .. mendamaikan jiwa. Sejuk. MashaAllah.

2 comments:

  1. gelang tu lawa...pink lak tu...i sukeeeeeee

    ReplyDelete
  2. Kak Mimy - Hehehe. Sis, other thing, sorry, komen entry lepas semua dah hilang since Neklah tak guna dah Intense comment tu.

    Pasal kasut, abaya, perfume tu semua will update time to time. Like kasut tu, nanti ada sale baru roger. But probably boleh dapat half price dari Malaysia.

    Perfume pun sama. Neklah pakai tester je. Still original. Cuma takde penutup je. And much more better.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...