December 19, 2010

When They are In Makkah & Madinah also ...



Masjid Nabawi.

As'salam.

Hi korangggggggggggggg! Ehem. Ehem. Mood berblogging baru datang kembali setelah lebih dari dua minggu kot mood berblogging aku dah ke lauttttttttttt! T_T

Sedih gila bila bukak blog , tengok kengkawan semua asik dok update blog jek memanjang tapi aku? Isk isk isk. Sadis sungguhlah! Ni lah akibatnya kalau kerja asik nak bertangguh jek. Sila jangan contohi perangai buruk aku yang satu ni! ( walaupun sebenarnya ada lagi banyak perangai buruk aku! Hahaha. )

Ok. As apa yang aku pernah mention, parents aku kan datang sini. Buat Haji. So sepanjang dorang kat Makkah or Madinah sekalipun, sepanjang tu lah kami dok busy melayan parents. Masa parents kat Makkah, at first tu berangan jugaklah nak buat Umrah together buttttttt ... takde rezeki nampaknya memandangkan bendera Jepun aku tak mahu turun dari berkibar di angkasa. Hukhukhuk. T_T

So, jadinya sekadar datang hotel tempat parents and makan and lepak and makan. Sedapppppp woooo makanan yang dorang makan setiap hari. Berbaloi lah pada pendapat aku. No wonder lah mak aku makin nampak berisi bila balik Haji. Muahahahahaha. Abah aku jek kurusssssss due to dia pun asyik tak sihat sepanjang kat sini.

The next weeknya pulak , at first sekali lagi, konon nak tidur bilik the parents but i have to cancel it. Kali ni, mood aku pulak macam ke laut. Padahal masa tu anniversary kot? Tapi ada hikmahnya tak jadi sebab malamnya tu, aku dapat surprise yang aku tak boleh nak bagitahu tu. Kalau jadi pergi tidur kat bilik the parents, for sure aku tak dapat! Muahahahahahaha. ( jahat gilaaaa aku ni kan? )

Tapi as the ganti, the next day tu baru kiteorang pegi lepak sana. Takde buat pape pun. Lepak kat bilik sebab masa tu pun kat hotel memang ramai yang dah takde sebab ramai dah gerak ke Madinah. Yang sama dengan mak abah aku jek yang tinggal kat hotel tu. The whole day memang kat bilik. Ada lah jugak aku turun bawah pegi bazaar dengan mak. Saja cuci mata tengok barang apa yang ada. Time solat, aku kat bilik je lah memandangkan bendera Jepun aku pun still berkibar di angkasa lagi.



Anwar Al-Madinah Movenpick Hotel, Madinah.

Then by 6 Dec tu, the parents gerak pegi Madinah pulak and in the same time, kiteorang kat Jeddah ni, rushing booking hotel kat Madinah. At the first place memang nak stay kat Dar Al-Hijra InterContinental but tak jadi sebab nak stay at the same hotel with parents. So, booked kat Anwar Al-Madinah Movenpick. We booked to stay for 3 days & 2 nights.

So, on 7 December tu, gerak pegi Madinah but errrrr .. the day nak gerak tu ... memang banyak menguji kesabaran aku lah sebab time tu lah laki aku baru sibuk nak berhempas pulas hantar submission ke office dia. Padahal dah lah dia memang off day that day. Aku nak bising sangat, memang bukan aku lah. Nak taknak, kena tunggu sampailah dia siap and submit kat lead dia. Haih. =_____=

Lepas dah submit tu, ingatkan dah ok lah kan. So, terus gerak. Sebelum tu memang singgah coffee house kegemaran. Tetiba lead dia boleh pulak hantar msg mintak laki aku email kat dia for CADD File. Aku? Jangan cakap dah lah. Muncung aku dah sedepa. Memang dah menyumpah dalam hati! 0_o

Last-last gerak dekat pukul 12 tengahari. Azan Zuhur siap dah masuk kau! So, sepanjang dalam kereta nak ke Madinah tu, aku diammmmmmmmmm jek. Bukan diam je tapi memBUTA terusssssssssssss! Bhahahahahahaha. ( senyum )

Sampai Madinah around 3 something but masa tu pun dah masuk waktu Asar. Jalan memang banyak dah tutuplah. Laki aku sibuk cari hotel pakai GPS tapi aku pulak rasa macam lain jek yang aku tengok kat internet dengan kat GPS. Hmmmmm ... nampaknya aku betul sebab hotel tu memang exactly dekat area hotel Dar Al-Hijra yang kiteorang biasa stay tuh.

Sampai hotel terus check-in. Sekali masuk bilik hotel tu ... mak aiiiiiiiiiiiiii ... besar kau! Bilik bukan macam untuk dua orang tapi 4 orang. Lebih pun takpe. Siap ada dapur. Paling aku suka sebab shower dia ... fuhhhhhhh ... air memang best sungguh! Derasssss! Mandi pun memang puas hatilah! Hiks. ( senyum )

Malam tu memang takde pegi manalah. Maghrib & Isyak memang kat Masjid. Lepas siap dah solat berjemaah sampai waktu Isyak, lakibini menjajor cari makan. Mana taknya sebab dari pagi okeiiiii, both memang takde isi perot with anything! Memang kebulur dah time tu. Lapar tahap gaban kalah satria baja hitam! T_T



Bumbung Raudhah & Makam Nabi.

The next day tu, seawal pukul 4 pagi aku dah bangun. Semangat ni nak pegi solat kat Masjid dengan mak! Hahahahaha. Mak pulak siap call bilik nak check aku dah bangun ke tak. Hihihihi.

The day pegi solat sesama kami berempat, sejuk gilaaaaaaaaaaaaaaaa kau! Memang sejuk habis! Kalau laki aku, mak abah dah siap bersweater plus stokin bagai, aku pulak still steady lagi tak pakai apa. Lagipun aku dah sarung abaya aku. Sejuk tu takdelah terasa sangat lagi. Boleh tahan lagi. Tapi masa solat tu, terasa jugaklah sebab aku solat pakai sejadah kecik kemetot je. So bila pijak lantai tu, mak aiiiiii ... rasa macam pijak ais!

Eyh, nak tahu, that time kan, masa solat Subuh for the first time aku solat Subuh without baca Doa Qunut. Aku memula macam confius gak. Ingatkan imam lupa. Tapi bila dah tahiyat akhir tu, takde pulak Imam buat sujud sahwi ke ape ke, rilek jek terus berzikir & baca doa. Terus lah aku tanya mak aku :

Aku : Mak, imam ni takde baca doa qunut pun!
Mak : Sini memang takde baca doa qunut lah.
Aku : Yeke mak? Tak tahu pun.

Nampak sangat itu first time aku dapat solat Subuh kat masjid. Yelah before ni pun pegi buat Umrah ke ape, mana dapat solat Subuh. Bila datang sini pun sama. Selalu terlajakkkkkkkk! =______=

Dan sekarang buat aku kekadang jadi rasa macam kalau nak solat Subuh tu, rasa macam taknak baca doa qunut. Laki aku cakap doa qunut tu sunat. So kalau tak baca pun takpe. Eyh, boleh tak macam tu? Aci tak kalau solat Subuh taknak baca doa qunut dah? Anyone yang boleh jawab soalan aku yang satu ni? 0_o

Lepas solat, terus breakfast. Breakfast asing-asing. Erk?!!! Maksud aku, kami breakfast tak sama dengan the parents. Parents breakfast dekat dewan makan dorang. Kami breakfast kat cafe hotel sebab breakfast memang included in the booking. 

Aaaaa ... kalau breakfast kat hotel kat Malaysia, rasa seronokkkkkkkkkkkkkkk ja. Memacam ada. Nasi lemak ada, bubur ada, kuih muih ada, western sekalipun ada. Tapi kat sini. Demmit! Demmit! Demmit! Memang peliklah! Tapi nak kata pelik sangat tu, tak lah! Paling banyak pun, roti. Roti memang makanan ruji orang kat sini. Suka ke tak suka ke, makan je lah. Itupun lagi nasib baik sebab ada cereal. So, aku belasah makan cereal. Tapi cereal tak berapa sangat. Choco ball? Lemau okeiiii. Sangat kesian! Sobs. T_T

Then, around 8 am tu, aku pegi Raudhah dengan mak. Lebih kepada sebenarnya aku tunjuk mak cemana nak pegi Raudhah. Raudhah ni kalau untuk jemaah perempuan, pintu masuk ke Raudhah dekat pintu no 25. Kena carefull sebab masjid ni memang sangat besar dan luassssss! So, kalau salah jalan, silap haribulan, korang boleh terpaksa pusing satu masjid sebab nak cari pintu ni. 

Lagi senang nak cari pintu ni, korang kena cari pintu utama masjid iaitu King Fahd punya pintu. Then, bila dah jumpa pintu utama, terus menghala ke kiri. Kat kiri tu lah nanti akan jumpa pintu no 25. Tips ni untuk sesiapa yang datang nak buat Umrah dan melawat Madinah. Hiks. ( senyum )

So, sepanjang nak ke Raudhah tu, aku memang ajar satu per satu kat mak cemana dan arah mana nak pergi kalau nak berkunjung ke Raudhah. Masa ni, kata musim Haji kan. Orang memang ramailah. Kalau sebelum ni aku datang, aku boleh main suka hati jek masuk Raudhah tapi this time ... kena ikut turn. Jemaah paling ramai pagi tu jemaah dari Indonesia. So telinga ni asyik kedengaran : " Ibu .. ibu ... bla bla bla ... "

Dekat sejam jugaklah tunggu turn nak masuk ke Raudhah. Aku memang pegang mak aku bebetul sebab the days before dah ada kes ada dua orang jemaah perempuan Malaysia meninggal sebab kena pijak kat kawasan Raudhah. ( semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. ). So, sepanjang tu lah, aku dok check mak aku ok ke tak. Asal ada orang tolak mak aku jek, aku tolak dorang balik. Hah hah hah. 



Pintu masuk ke Masjid untuk jemaah perempuan.

Tengaharinya pulak, solat Zohor kat masjid macam biasa. Lepas solat, seperti biasa, kami lakibini pegi cari makanan untuk isi perut. Hmmm ... pada aku, kat Madinah ni kalau bab makan, memang susahhhhh sangat. Tak macam kat Makkah. At least banyak jugak restoran yang ada. Tapi kat Madinah like so limited okeiiii. 

Kalau datang Madinah, selalunya kiteorang akan beli fastfood je untuk lunch sebab itu yang paling senang and memang kiteorang tahu. Untuk dinner, kiteorang pegi restoran apa ntah namanya. Aku pun dah lupa. Tapi restoran tu macam restoran standard kat Arab ni lah. Itu dah kira ok lah kan. Takdelah memanjang kami asyik kena beli & makan fastfood jek. Boringgggggggg!




Haaaa ... kalau korang nak tahu ... the one thing aku suka Madinah sebab kat sini meriah. Ada bazaar kecik-kecik kat setiap lorong jalan. Memang meriahhhhhhhhhh sangatttttt! Murah! Sangat murah okeiiiii! Aku yang memula asyik tak bagi mak aku shopping pun boleh terjebak dengan beli sejadah kat bazaar ni. Ada ke patut jual sejadah tebal yang kira berkualiti hanya dengan harga 15 riyal ??? Isk isk isk. Tak patut aku tengok jek. Mestilah beli kan? Alasan aku beli : nak bagi laki aku pakai sebab aku tak bawak sejadah dari rumah. Muahahahahahha. Ingatkan nak beli banyak lagi but we have to cancel it atas sebab-sebab tertentu. Hehehehe.




Yang mak aku pulak, tak sudah cari doll nyanyi lagu : " ya taiba ya taiba ... yada yada ... " tu kat Makkah, bersambung pulak cari kat Madinah. She is really dying to find & buy the doll okeiii. Khas untuk si budak gemuk Damya bumbum katanya. Hah hah hah! Masa aku ada, takdenya mak aku nak beli. Lepas aku dah balik Jeddah baru dia beli. Kekekeke. Aku kan penentang utama mak aku dari dia bershopping lagi. ( senyum )

Lepas solat Asar, kami berkejar ke Jabl Uhud bawak mak abah. Mak shopping kurma Ajwaa dengan lagi satu kurma tu. Apa entah nama. Then, aku sempat lagi belikan cousin aku akar Fatimah untuk memudahkan masa nak bersalin nanti. Selain tu, ada herba apa entah namanya. Satu untuk asthma, satu untuk kencing manis. Aku mengelat taknak makan herba tu by bagi kat abah. Alasan aku bagi : sebab aku duk sini. So, anytime boleh beli. Kahkahkah.



Aku ceria malam sebelum aku sakit teruk.

At night tu pulak, solat Maghrib & Isyak memang sah lah kat masjid. After solat, terus makan reramai kat kedai Arab yang biasa makan tu. Lagipun, abah nak belanja. Tee hee. ;))

Lepas makan tu, abah nak beli jubah sama macam laki aku beli. Finally laki aku dapat beli jubah kain cotton yang memang dia nak sangat! Lamaaaaaaa sangat dah dia cari kain cotton yang super selesa and finally jumpa kat satu kedai ni. Kedai ni memang sebelah betul dengan kedai makan yang kiteorang makan tu.

So, sampai kat kedai ni ... hmmm ... mamat-mamat yang memang jaga kedai ni, like berebut okeiii tengok aku! Nak tahu kenapa? Sebab the day before masa beli, aku pakai burqa but this time datang, sah lah aku tak pakai burqa sebab aku pun baru balik dari solat kat masjid. So, mamat-mamat ni like kind of teruja dapat tengok aku without burqa. Aku nak gelakkkkkkk je tapi aku tahan. Gila jakun macam apa! Kahkahkah. 

On the way nak balik hotel malam tu, aku memang dah shaking gila. Sejuk satu badan rasa sampai ke tulang! Serius aku tak tahan dah masa tu. Suhu malam tu pulak cuma 12 celcius kau! Gila! Balik hotel, aku terus kondem. Sarung stokin, sarung cardigan, masuk comforter ... dummmmmm ... pengsan terus tak ingat !



Lastday. Muka pun dah pucat!

Pagi tu memang mintak ampun lah aku nak bangun solat kat masjid. Badan memang tak bermaya sungguh. Dengan panas melampau. Hukhukhuk. Mak pulak siap datang bilik bawak breakfast roti yang dia dapat pagi tadi. Hihihihi. Am so thank you to makkkk!

Around 2pm, kiteorang terus check out and lunch dekat The Lounge hotel. Lebih kurang macam restoran hotel Movenpick ni lah. Paling surprise harga makanan memang macam standard makan kat luar. Takde mahal macam kat Malaysia. Heaven betul! Bolelah selalu makan kat hotel kalau macam tu kan? Hihihihi.

Gerak balik Jeddah around 3pm macam tu jugaklah. Sampai Jeddah, hujan lebat gilaaaaaaaaaaaa! Feel like kat Malaysia. Weeeeeeeeeeeeeee~. Tapi bila dah hujan ni, traffic pulak macam cipan sebab orang sini memang tak reti bawak kereta kala hujan. Habis keluar hazard light dorang time hujan lebat! Bhahahahahaha. Laki aku je cool drive kereta time hujan. Like rasa macam nak bukak tingkap and say to them : We are Malaysian beb! Kahkahkah. =_____=

Ok. Fullstop. Cerita dah habis!

Sejam woooo aku menaip untuk buat entry satu ni jek! Fuhhhhhhhh ....

1 comment:

  1. assalamualaikum neklah..
    suke 8ratus kali kat entry neklah yg ni. hehehe..
    suke bace pengalaman neklah kat sana.

    pasal doa qunut tu, kta penah dgr ustazah kat matrik dlu bgtau.. mmg sunat. tapi antara kebaikan doa qunut: si pembaca terlindung dirinya dari kejahatan org & segala fitnah. mayb ade bnyk lagi kebaikan laen doa qunut. sbb tu kot kat malaysia ni mmg bace doa qunut tu.. hihi.. *jannah dgn teorinya sendiri* ;D

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...