December 22, 2010

Musim Berkebun Sudah Berlalu Tapi Tiba Pula Musim Membina Bandar.



As'salam.

Hi! Hi! Hi! Apa khabar korang semua? Sihat tak? How was your day and life? Just hope that each of you had a great day all the way. InshaAllah.

Heh! Harini update blog di malam hari lagi. Selalunya aku update blog siang hari tapi kenapa entah, lately ni aku jadi macam malasssssssssss tahap cipan nak update blog siang hari. Nak kata busy sangat tu, takdelah jugak. Tapi ... tu lah kan. Kalau penyakit malas dah datang, gitu lah ghupanya. T_T

Hah! Siapa dulu pernah terjebak dengan game berkebun kat FarmVille (FV)? Aku dulu addicted gilaaaaa okeiiii! Siap pengaruh budak-budak rumah main sekali. Tak puas budak rumah, aku pengaruh sepupu sepapat aku. Bhahahahahahaha! 

Tapi musim berkebun tak hot macam dulu dah. Sekarang mana ada dah orang berkebun. Yang tengah dok main lagi tu, maybe sebab baru jumpa game FV kot? Hihihi. Aku lama dah retired dari FV since aku dah sampai level 50 dan aku sendiri dah tak terkerjakan lagi dah dengan kebun aku yang besar gabak tu. Besar satu hal. Lepas tu, satu keja nak mengutip, membajak, menanam. Derghhhhhh ... tak kuasa okei! Letih!

Lepas FV, ahaaaaaaaaa ... sekarang muncul pulak CityVille. Seangkatan lah dengan FV. Satu company. Perghhhhhh ... sambutan game ni sama hangat macam FV dulu. Sekarang ni, kalau bukak Facebook jek, mesti penuh wall dengan post dari CV. Orang mintak tolong hantar itulah, inilah. Like FV like CV lah sekarang.

Dulu aku duk tengok je, sebab sekarang aku memberikan sepenuh perhatian dekat game Millionaire City tapi bila dah setiap hari hampir setiap masa, kengkawan aku asyik post benda yang sama, gatal lah aku pergi main. 

Sekali dah terjebak ... hambekkkkkkkkkk! Sekarang setiap jam dok nak bukak memanjang. Hukhukhuk. T_T

Game ni lebih kurang dengan Social City. Dulu aku main gak Social City tapi as usual, aku stopped. Semuanya sebab bila Social City nak upgrade sistem game dorang and buat Social City jadi lambat gila nak uploading. Lepas tu, asyik nak kena refresh jek. Jadi menyampahlah aku! 0_o

Terus aku stop! Tak cakap banyak. 

Tapi sekarang dah boleh tersenyumlah sebab aku dah jumpa pengganti Social City aku iaitu CityVille ni. Siapa yang tak join main lagi, sila-silalah yek! Tapi kalau korang dah addict, jangan salahkan aku! Hehehehehe.




Apapun, game ni memang best. Cuma payah sikit sebab kena ada energy untuk construct building, kutip hasil kebun, kutip hasil kedai. Energy tu pulak sikit jek. Kena tunggu. Leceh jugak. Tapi aaaahhhhhh ... apa nak kisahkan?

Sekarang aku baru nak masuk level 26 kot? Tak tahulah level berapa aku akan retired. Ada sorang sepupu aku sampai dah level 60. Siot betul! Geram aku. Semput sikit lah nak kejar. Aku nak kejar Allen kat game Millionaire City pun tak terkejar lagi sampai sekarang. Hukhukhuk.

Hahahaha. Paling kelakar, aku dengan Allen berjaya pengaruh Amal main sekali. Sekarang dia pulak semput nak kejar kiteorang. Kahkahkah.

Oh, Allen tunggu hari je sekarang. InshaAllah by 25 December ni, she will be admitted and the next day akan operate. Kena operate sebab baby breach. Baby taknak pusing. Nak taknak kena operate jugak. Apapun, sama-samalah doakan semoga semuanya selamat. I am so excited nak tengok hasil acuan muka Diddy & Allen. Mesti so comelllllllllll! Diddy hensem ( ehem ) , Allen pulak soooo gorgeous! 

Allen, wish you all the best! Semoga selamat semuanya okei? Jangan lupa tips tu. Jangan be so neves. Hiks. I know you can do it! Kalau gabra habis, gigit je kuku tangan ke, kuku kaki ke, mesti Allen okeiii punya! Muahahahahahahahaha. :P

Oklah. Nak sambung main game. Bye! Masalamah.

2 comments:

  1. heee...same la kite...dlu gile fv..pastu cw..skrg 2-2 stop...focus cv plak :)

    ReplyDelete
  2. As'salam Daya.

    Hahahahaha. Marilah kita beramai-ramai membesarkan dan memeriahkan lagi game ni. Hiks.

    Thanks for droping by here!
    Thanks for reading!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...