December 20, 2010

HouseWork : Kenapa Mesti Ada Kerja Lipat Baju Itu ?



Baju yang berlambak dalam bakul laundry. Yang pasti , itu bukan bakul aku. Heh.

As'salam.

Entry kali ni aku update di kala tengah malam mahu muncul. Keseorangan di ruang tamu bertemankan makhluk berbulu putih kesayangan kami berdua jua sambil menonton movie gila-bunuh-orang je kerja sebab dalam movie ni asyik tunjuk bunuh orang pakai pedang samurai! Ngeri ohhhhhhhhhhh! 0_o

Ok. Back to the main tajuk entry ni.

HouseWork atau istilah bila dah translate ke Melayu adalah kerja rumah. Perempuan dan kerja rumah adalah seperti sesuatu yang tak berapa nak dapat dipisahkan. Setuju tak? Hehehehe. Like macam dari kecik , tapi takdelah kecik darjah satu tu ha ... like bila anak perempuan dah meningkat dewasa dan boleh diharapkan, biasanya anak perempuan ni lah yang akan mengurangkan beban mak, ibu, mama sementelah mummy sekalipun dengan menolong mereka membuat kerja rumah.

Kerja rumah ni bagi aku include :

  • Sapu rumah.
  • Mop rumah.
  • Basuh baju.
  • Sidai baju.
  • Kemas dapur.
  • Gosok baju.
  • Memasak.
  • Cuci toilet.
  • LIPAT BAJU.

Ada lagi tak yang aku tertinggal dalam senarai kerja rumah? Kalau ada, sila tambah sendiri ya? Tee hee. :)

Seperti yang korang maklumlah kan, memandangkan aku sekarang ni memang fulltime housewife, so boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan buat kerja-kerja rumah tu lah. Errrrr ... tapi tak semualah. Alahhh ... rumah aku kecik. Rasanya macam tak perlu je nak setiap hari sapu rumah, mop rumah. Cuma kalau ada ribut pasir je aku rajinkan diri untuk lebih kerap menyapu rumah juga mop rumah. Hiks.

Like memasak tu, memang setiap hari lah kan aku buat. Orang kata, perut suami tu like tol plaza. InshaAllah kalau kita jaga betul tol plaza tu, akan kekal rumahtangga. Lagi pulak, air tangan isteri lah boleh buat suami sentiasa rasa dekat di rumah even dia pergi jauh mana sekalipun. Jadi perempuan, silalah belajar memasak tak kira atas alasan apa sekalipun. 

Tiada juga memasak itu satu perkara yang amat azab nauzubillah ye! Itu hanya alasan. Aku ni nak kata tak pandai masak sangat tu takdelah. Aku boleh masak cuma aku jarang masak sebelum kahwin. Jaranglah nak praktik. Time study je baru rajin nak praktik sebab tukar tugas dengan budak rumah. Yelah, kata duduk rumah sewa kan. Takkan lah nak suruh orang yang sama masak jek? Tapi kekadang macam tu jugak memandangkan orang yang kerap masak itu sendiri suka masak untuk budak rumah! Hiks.

Bila dah kahwin, automatik aku reti masak. Haishhhh bukanlah nak kata bila masuk dapur tu terus tahu masak segala! Takkkkkkkkkkk! Tapi aku belajarlah. Plus aku kahwin dengan orang yang memang terror masak memasak ni. So, itu dah dikira bonus untuk aku. Sekarang? Ohhhh ... boleh kata aku masak memang sedap! Ini bukan kes nak masuk bakul angkat sendiri ok tapi mak aku pun puji aku masak sedappppp sampai dia tanya bila masa aku belajar masak macam-macam padahal kat rumah sebelum kahwin tu, takdelah pulak mak aku nampak aku bertukang kat dapur! Muahahahahahha. ( senyum )

Boleh dikatakan lah, dalam banyak-banyak kerja rumah yang aku kena buat, aku sekarang paling suka kerja rumah memasak. Kalau boleh segala lauk aku nak masak tapiiiiiiiiiii kenalah tengok perut dan selera laki aku jugakkan? Macam aku ni, aku semua lauk aku makan kot. Semua jenis lah! Tolak batu, kayu dan lauk tak halal. Heh!

Tapiiiiiiiii ... laki aku pulak tak macam aku. Ada lauk yang dia tak berapa nak suka. So, setakat ni aku masak ikut apa yang dia sukalah sebab perut dia lagi penting dari perut aku. Diakan ketua rumahtangga. So, mestilah kena ikut dia. ( hormat .. hormat ... baris ke kanannnnnnnnnn ... hormat! *apaakumerepekni?* )

Ok. Itu kerja rumah yang aku suka. Kalau ada suka mesti ada yang aku tak suka kan? 



Korang suka tak? Suka tak?


Hahhhhhhh? Suka? Korang suka LIPAT BAJU? Biar betul! Wa memang respect lu lah! Wa respect sama itu orang yang paling sangat super duper suka kerja rumah melipat bajuuuuuuuuuu! 0_o

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Aku memang seakan alergik bila dengar dua patah perkataan! Lipat dan Baju! Rasa like macam ... urhhhhhhhhhh ... muka dah ketat semacam. Paling ketat bila tengok bakul laundry dah bertimbun-timbun dengan baju yang tak berlipat lagi. Kekadang sampai dah terbuak keluar dari bakul. Biasanya bila bakul dah penuh lah, baju-baju akan bersambung bertimbun kat katil pulak! ( akulah tu! Tolongggggggggggg! =_____= )

Aku memang tak suka gila woooooooooo kalau bab lipat baju ni! Memang gua anti gila! Kat rumah memang susah lah nak tengok aku lipat baju ( sebelum kahwin ) melainkan bila mak aku dah menjerit-jerit dari bawah suruh lipat baju! Bhahahahahahahaha. Tapi dalam rumah tu, biasanya kakak aku lah yang paling rajin lipat baju. Tapi bila dah kahwin ni, aku tak boleh nak mengelat lagi dahhhhhhh! Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... T_T

Kat sini, kalau dah nama tak suka, kadang boleh jadi lebih dari seminggu kot baju tak berlipat! Tak kisah lah walau dah bertimbun sambung sampai atas katil, aku boleh steady lagi buat tak tahu tengok baju berlambak! Aaaaahhhhh ... you can called me pemalas or what so ever but i don't care because i just don't really like it! 

Tapi janganlah korang sampai pikir baju yang bertimbun tu laki aku yang akan lipat at the end. TAKDE MAKNANYA okeiii! Bertuah badanlah nak tengok laki aku lipat. Laki aku kalau dah start lipat baju ... ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn ... dia lipat almost like you ambil baju kat kedai dobi ok. Sangat kemas, licin & tajam. Kekadang sampai bagi aku inspiration untuk bukak kedai dobi one fine day if i could! Muahahahahahaha.

Bukan nak kata laki aku tak pandai but die terover pandai pulak. Boleh jadi kalau dia lipat baju, he will take AT LEAST an hour or more to habiskan lipat all the baju. Duhhhhhhhhhhh ... laki siapa yang so-kemas-and-tidy ni? Heh heh heh. ( senyum )

So, dia memang sangat jaranglah nak masuk bab lipat baju. Biasalah kalau baju dah bertimbun tu, dia lebih kepada : " Ayangggggggggggggg , gunung berapi nak meletup dah ni!!!!! " . Kahkahkah. Itu sindiran yang kadangkala menusuk kalbu. Tapi sekarang boleh dikatakan aku akan senyum kambing bila dialog yang sama keluar setiap kali dia balik kerja, masuk bilik dan tengok baju bukan kurang dalam bakul tapi makin menimbun dari hari ke hari. Lalalalalalalalala ~

The worst, aku akan ada mood lipat baju bila segala stok baju, seluar or yang dalam-dalam tu dah habis. Mean seluar nak pakai dah takde, baju nak pakai dah takde. So, time tu lah baru aku akan set dalam mind aku yang that day, aku memang kena lipat baju gak by hook or by crook. No choice! Fuhhhhhhh ...

Sometime bila baju dah banyak sangat rasa nak menangis bila tengah melipat tu sebab tengok baju macam tak kurang dari bakul. Padahal baju memang berlambak. Lagi bagus salahkan diri sendiri bila situasi macam tu.  Laki aku gelak je lah bila tengok muka bini dah muncung semacam kala melipat baju. Selalunya dia  akan cakap : " Siapa suruh tangguh? Lain kali lepas angkat, terus lipat! " . Itulah yang dia pesan setiap kali aku muncung lipat baju tapi ... wellllllll ... kalau dah memang TAK SUKA tu, you can say anything! Hiks.

Tapikan bila pikir banyak kali, aku ni baru kena lipat baju aku dengan laki aku. Nasib baiklah MokMok aku tak pakai baju. Bayangkan kalau aku dah ada anak nanti? Gila kauuuuuuuuuuuuuuuu! Parahhhhhhhhhhhh aku ni! Baru baju dua orang dah malas semacam ... inikan pulakkkkkkkk ...

Aaaaaaaaahhhhhh ... tetiba rasa like, kenapa kan ... lepas baju dah kering tu kan, bila kita masukkan baju kering terus dalam bakul tu kan ... kenapa kan ... baju yang kita masukkan dalam bakul tu kan ... tak automatically terus berlipat? Kan? ( aku serius ni tanya sebab nak atasi masalah aku yang satu ni! Ke ada rasa nak cepuk aku sekarang jugak kalau aku depan korang? )

Iskkkkk ... nak terbang ke Jepun lah macam ni. Kita kan harus pandang ke Timur. Nak mintak jurutera teknologi terhebat Jepun cipta mesin yang macam aku nak tu? Agak-agak idea aku boleh diterima pakai tak???? 0_o

4 comments:

  1. hhahahaha!!..nailah!...aku xlipat n xgosok lagi!...aduh!!..ape entry ko ni??!!!....ko wat aku lak teringat2 ..adoilah..hahaha...

    anyway...lau nak gi jpn tu,..mintak skali..die leh wat package > mesin > lipat+gosok baju n basuh pinggan..

    n ucapkan terima kasih kpd pencipta mesin basuh..;p

    ReplyDelete
  2. yeayyyyyyyyy! ada orang setuju aku nak pegi jumpa jurutera hebat kat Jepun. Bhahahahahahahaha. Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  3. haha senang2 je hang je semua baju.macam i lah,mak i asyik2 bebel sebab wardrobe i selau bersepah.dia tensen gila agaknya pastu terus gantung semua baju i.dia cakap lebih senang dan praktikal (tak bersepah sangat maksudnya) hahaha :D

    ReplyDelete
  4. @alina : My husband tak bagi gantung baju. Dia lagi suka lipat bajunya dari gantunggg! Dia cakap semakkk! Hahahaha.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...