December 21, 2010

Bila Dah Biasa Dengan MacBook Akan Jadi Macam Bangang Bila Pakai Laptop Lain !



As'salam .

Hi, harini nak borak santai. Borak pasal akan jadi macam bangang bila dah biasa dengan Macbook dan tetiba kena pakai lappy lain. Ok. Serius rasa akan jadi macam bangang gila. Rasa macam tak pernah pakai laptop seumur hidup!

Apapun , entry ni entry santai ye. Jangan rasa seperti aku mahu menunjuk-nunjuk pulak sebab aku ada Macbook. ( senyum )

Aku fully pakai Macbook kalau tak silap aku masa aku semester 3 of my degree. Masa tu pakai mungkin sebab laki aku dah kesian gila tengok bini dia macam nak mati pakai HP Pavillion yang di kala sangat lemsssssssss dan masa tu pulak, aku memang sangat perlu laptop yang laju untuk taip thesis aku. 

Oh, memang berterima kasihlah kat laki aku sebab dia selalu berlaku baik pada aku setiap masa tak kira bila kat mana or apa keadaan sekalipun. ( terima kasih biebie! )

Macbook ( tak payah bagitahu spec apa , or model mana atau berapa harganya sekalipun. Tak penting kan? ) ni laki aku beli masa dia kerja kat Dubai dulu. Rasanya masa tu, dia dapat first gaji kat company yang dia baru tukar kerja. Laki aku ni memang biasanya akan macam tu lah. Setiap kali gaji, dia akan beli sesuatu untuk diri dia as kepuasan berhempas pulas bekerja sepenuh hati selama bulan.

Aku masa dia nak beli tu, aku tak expect dia akan kejar dan beli model Macbook yang boleh-buat-aku-telan-air-liur bila tahu harga Macbook ni. Kalah hantaran aku. ( demmitttt! ). Nasib baik tak jadi nak buat Macbook ni as salah satu dulang hantaran masa kahwin kami dulu. Kalau tak ....

Boleh kata, even laki aku yang beli and dia pakai dulu ... aku rasa aku lah yang paling lama dengan Macbook ni. Heh! Kira aku lagi terror pakai Macbook ni dari laki aku sendiri sampai satu tahap, dia boleh kagum tengok bini dia sangat laju bila 'berdating' dengan Macbook ni.

Tapi jangan tak tahu. Masa memula nak pakai Macbook ni , serius aku rasa macam bodoh jek. Rasa macam bangang semacam. Rasa macam aku ni memang seumur hidup tak pernah pakai laptop. Asyik-asyik rasa pening dan bengang : " Eyh, camne nak minimize ni? " . Takpun : " Eyh, kalau nak ni cemane pulak ? " . Boleh kata Macbook ni kalau dah beli and nak pakai, korang memang kena pandai explore sendiri. Tak payah rajin sangat nak tengok manual. Godeh sendiri sudahhhhh! Lagi senang ...

Bila dah ok dan dah biasa dengan Macbook, terus jatuh hati. Biasalah, kata produk Apple kan. Segalanya tentang Apple memang hebat! Takde siapa boleh dinafikan. No wonder if Apple keluarkan any kind of product, orang akan sanggup beratur panjang tak hengat semata nak dapatkan gadjet terbaru dari Apple.

Paling suka bila da pakai tu, jangan kata nak taip thesis, nak berkebun kat FV masa tu pun terus jadi laju gila. Loading cepat habissss! Tak payah tunggu lelama nak loading or what so ever. Suka gila aku time tu. Lagi pulak masa tu memang tengah hot musim berkebun kat FV. Satu rumah berlumba berkebun. Satu rumah berebut siapa level paling tinggi. Dan akulah ... paling hebat berkebun! Kahkahkah.

Bila type thesis memang cepat gila. Laju sentiasa. Tak payah nak pening-pening. Tak payah nak risau takut document hilang ke ape sebab Macbook ada Time Machine. Korang letak lah document lama mana sekalipun. Kalau hilang or korang terdelete tapi tak sedar yang korang delete any document, just trace it by Time Machine. InshaAllah ada dan memang akan dapat balik file tu. Hebat tak Macbook? ( senyum )

Masa awal aku pakai Macbook ni, budak rumah memang pening lah nak guna. Oshin yang sebilik dengan aku steady lagi sebab dia memang pakar bab explore. Amoi pulak memula macam tanya jugak : " Ilah, ni cemana nak ni? Nak tu. Nak ni. " . Lebih kurang lah . But few days, dah ok dah. Dorang pandai sendiri dah.

Paling tak lupa masa ada orang rompak masuk rumah sewa kami. Gila kauuuuuuuuuuuu! Masa tu yang ada kat rumah Intan dengan Zaza. Za pulak masa tu memang tengah sakit teruk sebab tonsil. Kesian kat dia. Dahlah memang kurus kering. Bila sakit teruk aku rasa dah macam tengkorak bergerak pulak bila tengok dia. Huhuhu. ( Za, kau dah operate belum? )

Kejadian tu berlaku waktu pagi. Aku, Kak Su & Amoi masa tu dalam kelas Prof Roslan. Oshin pulak ... hehehe ... ada hal lain. Masa tu kira baru nak enjoy lah dalam kelas sebab Prof Roslan memang ajar best gila. Tak boring langsung. Tengah seronok dalam kelas, tetiba Intan call Kak Su bagitahu ada orang masuk rumah and si perompak tu cuma sempat samun laptop Za sorang je sebab kebetulan laptop dia sorang je ada kat hall depan.

Tapi kiteorang yang lain still cuak lagi sebab masa tu Intan dengan Za still blur. So, yang kami ni dah panik balik rumah. Aku pulak terus teringat Macbook aku ni yang aku tak simpan and letak atas meja study jek. Bilik aku pulak masa tu memang tak boleh nak kunci. Gila pucat aku masa tu! Dalam kepala dah pikir memacam. If perompak tu ambil semua laptop dalam rumah, how i could tell hubby that the Macbook just gone like that? Tak gila ke namanya? Huhuhuhu.

But Alhamdulillah. Balik rumah memang laptop Za je sorang kena ambil. Tapi kesian lah kat dia sebab laptop tu barang kes, so memang polis akan simpan. Dahlah memasing tengah busy nak siapkan thesis tapi jadi macam tu pulak. Nasib baik Za pandai 'kenyit mata' mintak abang polis bagi dia pakai laptop tu sampai thesis dia siapppppp! Tee hee. ;)

Lagi satu kejadian, masa eksiden dulu. Jangan tak tahu, masa aku eksiden, boleh cakaplah, harta yang ada dalam kereta masa tu, fuhhhhhh ... lebih dari 15k kot. Dengan kamera DSLR laki aku, Macbook ni, HP Pavillion tu lagi, iPhone dan segala macam baranglah ada. Masa tu memang tawakal lah kalau ada anyone yang nak bawak lari harta tu semua tapi nampaknya, Allah itu Adil. Harta semua selamat. 

Itupun sebab abang-abang tentera jaga kereta yang dah kemek takde rupa tu dari orang ramai keliling and curi barang yang lain. Dorang sempat curi gelang masa batal air semayang dengan handphone aku. ( sedih kalau teringat gelang tu sebab gelang tu sama bentuk dengan cincin. Kira one set lah tapi takde rezeki. Redha jelah. Pernah je pegi Diamond & Platinum cari balik gelang yang sama tapi takde. )

Bayangkan kalau semua kena rembat? Menangislah aku sebab thesis aku semua dalam laptop. Then, save dalam pendrive dengan external hard disc pun, bende tu semua dalam kereta jugak. Meraunglah aku kalau kena taip balik semua. Mau aku upah orang suruh tolong taipkan thesis aku. Hihihihi.

Paling sadis masa Macbook ni tetiba hanged! Memang sadis habissssssssssss! Dari lama tak sentuh HP, terus terpaksa pakai HP sementara tunggu Macbook ni siap repair. Mahal kauuuuu! Kos repair ganti mother board baru boleh dapat macbook standard putih yang biasa tu. Menangisssssssss bayar! Tapi berpadanlah dengan harga beli Macbook ni. Heh!

Masa tu bila terpaksa pakai HP, memang banyak menguji kesabaran betul! Dah la lemsssssssss semacam , lepas tu games kat Facebook yang aku main semua ya ampunnnn ... nak tunggu loading tu sampai boleh rasa aku nak telan HP tu! Derghhhhhhhhhhhh!

Lepas tu rasa macam bangang gila nak pakai HP. Jadi tak pandai segala mala. Jadi bodoh pakai Words dan seangkatan. Memang ... eiiiiiii ... sabar je lah. Itu je lah yang boleh ungkapkan! Suka tak suka, nak atau tak, kena jugak pakai HP sebab Macbook tengah repair.

Siapa dah biasa pakai Macbook dan tetibe kena pakai laptop lain atas sebab-sebab tertentu, mesti paham betapa seksanya jiwa masa tu. Hukhukhuk.

Aaaaaaa ... biarlah orang cakap Apple kedekut sebab kebanyakan file or program, memang takleh share dengan WIndows ke ape. Tapi aku memang suka dengan Macbook. Lajuuuuuuuuu je pakai. Lajuuuuuuu je internet. Segalanya lajulah!

Pernah nak beli Macbook putih standard yang biasa orang pakai tu tapi tak jadi since dah berhabis bayar nak repair Macbook kesayangan ni. Apapun, memang nak kumpul lah barang Apple. One by one lah. Sekarang dah tak boleh suka hati nak main je beli. Sekarang kena consider banyak benda. Terutama masa depan ....

2 comments:

  1. Salam,

    Sy silent reader. Just nak tanya, kat Jeddah lagi murah tak Apple product, compare to Msia?

    ReplyDelete
  2. As'salam.

    Hi Croft!
    Aaaa lebih kurang je harga. Tak jauh beza.
    Tapi rasanya sini murah sikit dari Malaysia.
    Sikit je lah. Tak banyak mana pun. Hihihi.

    Thanks for drop by here!
    Thanks for reading!

    Masalamah!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...