December 5, 2010

730 Hari Candle Light Dinner !



RoseWood Corniche Hotel .


As'salam .

Memandangkan harini genap 730 hari kami bersama , so korang terpaksa dan akan menghadapi entry berkenaan kisah sambutan 730 hari kami . Hihihi . Jangan boring ok ? ( senyum bahagia )

Sambutan hari 730 hari kami tak habis setakat surpise kedua yang aku tak boleh nak share dengan korang tu . Semalam bersambung lagi bila laki aku bawak pegi dinner dekat RoseWood Corniche Hotel . Hotel ni memang the best hotel restaurant in the world ! The best wa cakap sama lu ...

Dulu masa bulan puasa , pernah je kami nak datang sini . Niat di hati masa tu nak berbuka puasa sebab ramai colleagues laki aku suggest makan kat hotel ni sebab hotel ni bukan setakat the best in Jeddah but the best in the world ! 

Laki aku memula konon nak ajak tidur sini . Masa tu konon nak surprise lah jugak tapi surprise tu tak menjadi bila akhirnya kantoi dengan aku bila dia tanya pasal bilik . Muahahaha . Bila aku tahu terus aku tak bagi sebab one night stay je dah mampu untuk buat aku telan air liur . Dari membazir macam tu , lebih baik lah tambahkan koleksi bags Coach aku . Ada jugak faedahnya ! Hihihi .

So , sebab aku taknak stay hotel , laki aku ajak dinner . Kami survey dulu kat website sebab nak tau hotel ni provide makan macam mana . Disebabkan kat hotel ni ada banyak jenis restoran , so kami pilih Noodles - Chinese Food . Nak pilih Japanese tapi laki aku pulak tak tertelan makanan Jepun . Huhuhu .



Here we are . Noodles Restaurant !


Aku rasa bebanyak hotel 5 star yang aku dah pernah pegi , hotel ni boleh kata service dia memang tip top ! Serba serbi tip top ! Dari nak masuk parking , nak masuk hotel , naik lif sampailah korang selamat sampai kat Noodles Restaurant ni . Gila best ! Semalam dah rasa macam aku ni Queen of Kingdom Saudi pulak . Muahahahaha . ( jelir lidah )

Jalan nak masuk restoran tu kalau korang nampak kat pic atas , korang akan nampak glasses floor . Aku masa tu dah cuak gila sebab aku ni memang gayat sikit orangnya . Muka aku dah lain dah masa nak berjalan dari awal sampai ke tangga nak naik restoran tu . Hahahaha . =_____=

Masuk je restoran terus kami pilih meja makan kat tepi tingkap . Konon sambil makan nak menikmati pemandangan luar hotel lah sebab hotel ni mengadap laut . ( Takde maknanya ! )



Our special menu .

Tengah nak belek-belek menu nak pilih apa , sekali je waiter kat situ suggest kat kami special menu . Special menu ni memang sesuai lah untuk celebrate any event . So memang kena dengan tema lah memandangkan kami datang situ pun sebab nak celebrate our 730 hari . ( senyum )



Menu biasa .

Untuk menu yang biasa ni , memacam lah ada . Menu chinese food lah . Siapa yang suka chinese food tahulah apa ada dalam menu ni . Like dim sum , soup , noodles and lots more ! 



Welcome Drink .

Aku tak ingat apa nama welcome drink ni tapi air tu memang sedaplah ! Ada rasa berry. Lepas tu , ada berry floating kat air tu . Berry dah kupas kecik-kecik lah . Biji-biji berry . Tak lupa kalau makan kat hotel , mesti ada air mineral . Itu aku sukaaa ! Aku dan air mineral memang tak dapat nak dipisahkan . Hehehehe .



Appetizer 1 - Kopok udang .



Appetizer 2 - Spicy Soup .

Baru makan appetizer tapi perut dah penuh kauuuuu ! Dah terkial-kial nak suap appetizer dalam mulut . Hukhukhuk . Appetizer ni ada lagi sebenarnya tapi aku tak ambil pic sebab leka makan . Lagipun laki aku dah bising tengok bininya asyik dok ambil gambar makanan jek . Muahahahaha . ( jelir lidah )



Lobster Black Pepper .



Chicken & Beef .



Fish .

Lepas appetizer dah habis makan , barulah waiter hantar main dishes pulak . Main dishes ni ada nasi goreng but aku tak ambil pic nya sebab nasi dah tinggal suku . Hehehehe . Tapi apa yang colleagues laki aku cakap memang betul lah tentang makanan kat restoran hotel ni . Sedappppppp gilaaaaaaa beb ! Kami memang puasss hati lah . Rasa berbaloi dan tak rugi bayar harga khas untuk makan kat sini . Suka ! Suka !



Dessert . Homemade Ice Cream . Choc & Pandan with Strawberry .

Memang jatuh hati dengan dessert ni . Aku siap tamak sebab gelojoh nak habiskan flavor pandan aku punya dengan laki aku punya ! At the end , aku punya flavor coklat tu , aku tak dapat nak habiskan sebab perot aku memang dah penuh sangat . Orang tamak selalu rugi . Sobs . T_T



Jasmine Tea .

Dah lama aku tak minum jasmine tea ni since aku datang Jeddah . Dah puas tambah lemak masa makan tadi , inilah pemeceh lemak di pengakhirannya . Baru adil kat sistem penghadaman perut , ye tak ? 0_o




Muka gembira lakibin sebab for the first time dapat celebrate anniversary together !

Thanks again to biebie for this candle light dinner !  Love you sooooooooo much !

1 comment:

  1. happy annivesery for both of u... bila nk ada 2nd generation ila n hubby :)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...