August 31, 2010

Solat & Lailatul Qadar


Salam .

Sekarang sedar tak sedar Ramadhan semakin meninggalkan kite . Bile penghujung Ramadhan ni la , sumer Umat Islam akan menambahkan lagi amal ibadat bagi mengejar malam penuh barakah : Malam Lailatul Qadar .

Tapi adakah di kalangan mereka , yang masih khilaf dengan mengejar Malam Lailatul Qadar tapi masih mengabaikan solat fardhu 5 waktu ?


Pernahkah mereka terfikir :

" Apakah sah puasa mereka sedangkan mereka sendiri tidak solat ? " atau ...

" Apakah sah raya bagi orang yang tidak solat & tidak puasa ? " dan juga mungkin ...

" Hari raya ni disambut sehari atau sebulan ? "

Inilah persoalan yang sering kedengaran sebenarnye sampai arini walaupun arini kite sebagai rakyat Malaysia sudah meraikan kegembiraan merdeka untuk ke 53 Tahun . Masih ramai lagi sebenarnye di kalangan kita masih naif manakah lebih penting : solat , puasa , zakat ataupun raya ?

Sebab itu la sekarang kite lihat di seluruh dunia , ALLAH menurunkan bencana di mana-mana tanpa mereka sedar yang DIA sebenarnye ingin memberi peringatan kepada setiap hambaNYA supaya menurut perintahNYA & taat segala suruhanNYA .

Dalam agama Islam & di dalam Al-Quran sendiri sudah menyebutkan bahawa solat 5 waktu adalah yang paling utama . Yang paling penting . Solat juga adalah perkara pertama yang akan dihitung & di soal di akhirat nanti . Tak payah tunggu akhirat , dalam kubur pon nanti , Mungkar & Nangkir akan bertanyakan amalan solat terlebih dahulu sebelum amalan yang lain . Kalau solat kita sendiri bermasalah maka amalan lain juga akan jadi lebih masalah malah lebih parah . Tidak takotkah kita dengan hukuman yang bakal diterima ??? Di alam kubur & di Akhirat ???

Jadi marilah kite sebagai umat Islam sesame sendiri terutama yang kadangkala terlalu leka dengan Bazaar Ramadhan , persiapan raya atau sebok bermain mercun & bunga api supaya mengutamakan solat 5 waktu terlebih dahulu . Sia-sia je berpuasa kalo tidak menunaikan solat fardhu 5 waktu dan solat 5 waktu jugalah yang membezakan antara orang Islam dan golongan yang kafir . MashaALLAH .

Seperti juga ade di kalangan umat Islam yang puasa tapi tidak menunaikan solat fardhu langsung ! Ini adalah sia-sia kerana solat itu lebih utama . Sia-sia sahaja berpuasa di bulan Ramadhan sedangkan perkara utama perintahNYA kita abaikan . Sedarkah mereka bahawa solat itu tidak boleh ditebus atau dibayar dengan fidyah sekalipon berbanding puasa yang boleh dibayar fidyah ?

Sekali lagi diingatkan bahawa solat adalah perkara pertama yang akan dihisab disaat kite terpisah dari dunia . Selepas dihisab di alam kubur , di Akhirat juga amalan solat kita akan ditanya sekali lagi . Jika solat kita baik & sempurna maka amalan-amalan kite yang lain akan akan diperiksa dengan mudahnya . Jika sebaliknya , bile solat sendiri tidak sempurna maka amalan yang lain secara automatik akan tersangkut .

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di Hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik maka die akan berjaya & selamat . Sekiranya solatnya rosak maka dia akan kecewa & rugi . " ( Riwayat At Tirmizi )

Nabi Muhammad SAW juga bersabda yang maksudnya :

" Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka ALLAH SWT akan berkata : Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat ? Maka jika ada , ia akan menampung kekurangan fardunya . Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain . "

Abes kalo tak solat , macam mane pula nak kira ? Nauzubillah . Kita patut ade rase malu pada ALLAH SWT jika mengabaikan perintahNYA . Kalau solat 5 fardhu sempurna , barulah kite boleh memperkatakan tentang perkara yang lain seperti puasa . Apatah lagi Malam Lailatul Qadar itu sendiri .



Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sunat dicari . Ia merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan & diperkenan doa oleh ALLAH SWT . Malam Lailatul Qadar adalah malam sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat . ALLAH SWT sendiri berfirman bahawa Malam Lailatul Qadar adalah lebih baik dari 1000 malam .



Malam Lailatul Qadar selalu berlaku di antara 10 Ramadan yang terakhir . Bulan Ramadhan , Al-Quran & Malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab ALLAH SWT & hadis Rasulullah SAW di antaranya firman ALLAH SWT :

" Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada Malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu LailatulQadar . LailatulQadar lebih baik daripada 1000 bulan . Pada malam itu , para malaikat & Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan . Malam ini sejahtera sehingga terbitnya fajar . "



Antara tanda-tanda Malam Lailatul Qadar ialah : Malam itu tenang , tidak dingin , tidak panas . Pada siang hari , matahari sangat pucat warnanya . Pada malam itu juga Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan beribadat kepada ALLAH SWT dengan penuh ikhlas & penuh keimanan . Mudah-mudahan kita dapat kurniaan ALLAH SWT yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita . SubhanALLAH .

Tapi sebelum itu ...
Jangan sebok nak Malam Lailatul Qadar ...
Tapi solat 5 waktu entah ke mana !
Sesungguhnya kita yang patut mengejar amalan .
Kerana maut itu tidak kira masa . :)

Renung-renungkan la & Selamat beramal kepadaNYA !

1 comment:

  1. Mohon share image 'LailatulQadar' di atas ya..

    terima kasih.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...